View: 159|Reply: 0
|
Rakyat Yaman desak segerakan peralihan
[Copy link]
|
|
Pembangkang sekat Saleh daripada pulang ke tanah airSANAA: Rakyat Yaman yang berpecah semalam meminta supaya peralihan kuasa segera dijalankan ketika pihak pembangkang berikrar akan menghalang Presiden Ali Abdullah Saleh daripada pulang ke tanah air selepas menjalani pembedahan di Arab Saudi.\rSaleh yang cedera akibat letupan ketika solat di masjid di pekarangan kediaman presiden kini berehat selepas menjalani dua pembedahan di Riyadh Ahad, ketika beribu-ribu orang meraikan pemergiannya di jalan raya di Sanaa.\r\n\n\n\n\r Jawatankuasa belia yang menjadi perancang utama di belakang kebangkitan menentang Saleh yang memegang kuasa autokratik hampir 33 tahun meminta langkah segera bagi memastikan peralihan kuasa.\r\r\n\n\n\n\n Ia menyeru semua pihak dan pertubuhan politik agar menubuhkan majlis presiden sementara dan mewujudkan majlis peralihan kebangsaan.\rJawatankuasa itu juga meminta untuk penubuhan kerajaan teknokrat untuk mengetuai peralihan.\rKumpulan belia, penganjur anti rejim mengadakan demonstrasi di Sanaa dan menyeru orang ramai meraikan apa yang dikatakan sebagai penggulingan Saleh.\r“Revolusi sudah mencapai objektif pertama, penggulingan Saleh,” kata seorang daripada anggota kumpulan itu yang menambah rakyat akan terus menunjuk perasaan sehingga semua matlamat dipenuhi.\r\n\n\n\n\rPuluhan ribu penduduk membanjiri ibu negara Yaman kelmarin untuk meraikan apa yang dianggap sebagai hari berakhirnya rejim Saleh. \rRatusan turut meraikannya di bandar kedua terbesar Taez.\rKumpulan pembangkang di Parlimen Yaman berikrar untuk menghalang kepulangan Saleh ke negara itu.\r“Kami akan berusaha keras menghalang kepulangannya. Kami lihat ini sebagai permulaan kepada pengakhiran regim kuku besi dan rasuah,” kata jurucakap pembangkang, Mohammed Qahtan.\rBagaimanapun jurucakap pemerintah Kongres Rakyat Umum (GPC) memberitahu stesen berita al Arabiya, bahawa ‘Presiden Saleh akan kembali ke Yaman dalam tempoh beberapa hari’.\rSeorang pegawai Arab Saudi berkata Saleh dibedah dua kali kelmarin.\r“Presiden Saleh menjalani dua pembedahan yang berjaya. Pembedahan pertama untuk membuang serpihan peluru di dada dan pembedahan saraf untuk lehernya. \r“Prosedur seterusnya bertujuan membaiki anggota tubuh yang cedera. Selepas berehat selama dua minggu beliau akan kembali ke Sanaa,” kata pegawai itu yang enggan namanya disiarkan.\rPresiden yang diperangi rakyatnya itu terbang ke Riyadh menggunakan pesawat perubatan Arab Saudi lewat Sabtu sementara pesawat kedua membawa anggota keluarganya.\rKerajaannya menyalahkan pemimpin puak berpengaruh, Sheikh Sadiq al-Ahmar berikutan tindakan menyerang pasukan kerajaan di Sanaa sejak rancangan peralihan kuasa gagal bulan lalu.\rPejabat Sheikh Sadiq berkata pihaknya setuju untuk gencatan senjata bersyarat dan menarik pasukannya daripada bangunan awam, selepas diminta Naib Presiden, Abdrabuh Mansur Hadi.\rAnak sulong Saleh, Ahmed yang juga komander Pengawal Republikan yang masih berada di Yaman, bersedia mengambil alih kuasa daripada bapanya sebelum kebangkitan rakyat, kata pembangkang. – AFP\r
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|