CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 129|Reply: 0

Zairil Khir Johari: Sayap pemuda tidak diperlukan

[Copy link]
Post time 22-6-2011 01:07 PM | Show all posts |Read mode
Keputusan Pilihan Raya Umum ke-12 menyaksikan kecenderungan golongan pemuda untuk menyokong parti pembangkang, DAP, PAS dan PKR, yang kemudiannya membentuk Pakatan Rakyat.  Gandingan parti politik yang menggalas misi untuk melakar masa depan generasi muda ini, menampilkan ramai pemimpin muda yang \"menonjol\".Ironinya, sayap pemuda parti-parti ini kurang \"terserlah\" sebagai organisasi yang dinamik dan proaktif.  Sayap yang secara tradisionalnya berada di baris depan perjuangan parti ini semakin pudar sinarannya - dari apa yang diharapkan.  Lebih menggusarkan, apabila agenda dan pendekatan perjuangan parti gagal menggarap imaginasi generasi pemuda-pemudi.Baru-baru ini, dalam satu wawancara bersama MerdekaReview, Mohamad Sabu (gambar kiri) berkongsi pengamatan beliau bahawa terdapat anak muda Melayu yang menunjukkan minat untuk menyertai DAP.  Pemerhatian Timbalan Presiden PAS baru ini mencungkil pertikaian sesetengah pihak, dan kebetulan MerdekaReview bertemu dengan Zairil, anak kepada veteran UMNO Khir Johari yang menyertai DAP baru-baru ini.Kurangnya ruang bersuaraSatu wawancara ringkas diadakan bersama Zairil Khir Johari, yang melawat ke bilik media ketika Muktamar PAS ke-57 berlangsung di Dewan Kolej Universiti Islam Zulkifli Muhammad, Taman Melewar, Gombak pada 4 Jun 2011.  Anak muda yang berusia 29 tahun ini menyertai DAP tidak lama sebelum ini, dan kini bekerja sebagai Setiausaha Politik kepada Lim Guan Eng, Setiausaha Agung DAP.\"Struktur (organisasi)-nya yang sangat hierarki.\"  Demikianlah jawapan yang diberikan Zairil Khir Johari ketika menjelaskan punca beliau memilih DAP, dan bukan UMNO atau PAS di sebaliknya.  Wawancara dijalankan selepas pengumuman keputusan pemilihan PAS pada jam 10 pagi, menyaksikan kekalahan bekas Menteri Besar Mohd Nizar Jamaluddin dalam pertandingan jawatan Naib Presiden.Mungkin antara faktor yang menyebabkan kekalahan Nizar adalah senioriti beliau, yang dianggap masih baru dalam PAS, kata Zairil.  Dan apabila faktor \"senioriti\" diambil kira sebagai pertimbangan utama, maka ia menjadi halangan kepada sesetengah pemimpin muda yang mahu menyertai perjuangan sesebuah parti dan mahu mendapat ruang untuk menyuarakan aspirasi mereka.Wartawan menunjukkan wawancara berjudul \"Mat Sabu: Jangan terperanjat anak tokoh PAS bertanding atas tiket DAP\" kepada Zairil, yang mendakwa dirinya telah membaca tulisan tersebut.  \"Ini bukan untuk anak tokoh PAS atau UMNO sahaja.  Saya ingat, kalau kita lihat dari MCA atau parti lain pun... (kami) balik dari luar negeri, balik dari belajar, banyak idealisme, so kita nak masuk sesuatu perjuangan yang kita confident (yakin) suara kita didengar,\" katanya.Namun demikian, ruangnya amat kurang dalam UMNO dan PAS, malah di parti-parti yang lama.  Bagaimana pula dengan perjuangan parti, apakah ia menggarap imaginasi anak muda - misalnya demonstrasi untuk membantah konsert sebagaimana yang dianjurkan sesetengah sayap pemuda?Zairil (gambar kiri) mengakui bahawa sesetengah agenda perjuangan yang dibawa gagal menggarap imaginasi anak muda.  Untuk isu seperti konsert, beliau memilih untuk berselindung, mendakwa bahawa wujudnya perbezaan hasrat, aspirasi dan pandangan yang berpunca daripada perbezaan latar belakang, sosial ekonomi dan geografi.Seseorang anak muda di Kuala Lumpur mungkin berbeza dengan seseorang anak muda di Kelantan, misalnya, dalam hal ini.  Namun, Zairil menekankan bahawa anak muda mahukan ruang untuk menyampaikan aspirasi mereka.  Dalam aspek ini, beliau menganggap DAP menyediakan pentas dan peluang yang seluas-luasnya untuk anak muda, berbanding dengan parti-parti politik yang lama.Sayap pemuda tidak diperlukanMengapa DAP, dan bukan Angkatan Muda KeADILan, atau PKR sendiri?  Zairil mengakui dirinya tertarik dengan pimpinan muda seperti Nurul Izzah Anwar, Nik Nazmi Nik Ahmad dan Rafizi Ramli dalam PKR, namun beliau akhirnya memilih DAP kerana hubungan persahabatannya yang lebih rapat dengan Liu Chin Tong, ahli parlimen Bukit Bendera DAP.Zairil menganggap kelemahan sayap pemuda dalam parti politik tidak hanya berlaku dalam Pakatan Rakyat, tetapi semua parti politik.  Beliau menganggap \"sayap pemuda\" yang wujud sejak zaman dahulu tidak lagi diperlukan dalam konteks politik masa kini, apabila pola di dunia menunjukkan bahawa pemimpin utama negara semakin muda usianya - ada yang menyandang jawatan penting pada usia 30-an atau 40-an.Beliau mengambil contoh Perdana Menteri, Timbalan PM malah Ketua Pembangkang di Britain, yang rata-rata muda usianya.  Zairil mencadangkan agar anak muda dimasukkan sahaja ke dalam induk parti, dan diberi peluang kepada mereka untuk memainkan peranan dalam penentuan halatuju negara.*Lim Hong Siang ialah Editor MerdekaReview, edisi bahasa Malaysia.

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-5-2024 04:54 AM GMT+8 , Processed in 0.208149 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list