CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 186|Reply: 0

Kerjasama penyelidikan Malaysia-Laos

[Copy link]
Post time 22-6-2011 01:07 PM | Show all posts |Read mode
KEDUTAAN Malaysia di Vientiane, Laos menjadi pemudah cara untuk meningkatkan kerjasama membabitkan institusi pengajian tinggi (IPT) kedua-dua negara.\rDuta Besar Malaysia, Datuk Than Tai Hing, berkata terdapat banyak ruang boleh diteroka bagi meningkatkan nilai tambah pelajar.\r\n\n\n\n\r  “Laos adalah negara yang sedang pesat membangun dan banyak peluang pelaburan baru boleh diceburi, terutama sektor industri dan infrastruktur.\r\r\n\n\n\n\n  “Dalam bidang pengajian tinggi pula, kami melihat ada ruang untuk pelajar Malaysia dan Laos menjalinkan kerjasama dalam bidang penyelidikan dan pembangunan (R&D) seperti biodiesel.\r“Ini boleh menjadi pemangkin hubungan dua hala kedua-dua negara,” katanya ketika berucap pada majlis meraikan peserta Ekspedisi Biodiesel Singapura-Thailand-Laos di Kedutaan Besar Malaysia di Laos, baru-baru ini.\rBeliau berkata, kerajaan Laos sedang menjalankan kegiatan penanaman kelapa sawit pada skala besar bagi menampung keperluan semasa penduduknya dan penanaman itu bakal menjadi pencetus kepada kajian lebih mendalam dalam penghasilan biodiesel sebagai bahan bakar alternatif dalam tempoh lima tahun akan datang.\rKatanya, kebergantungan Laos terhadap bahan bakar tradisi seperti petrol yang diimport sepenuhnya mengakibatkan harga bahan api itu mencecah RM5 (LAK13,283).\r\n\n\n\n\r“Usaha pensyarah dan pelajar Universiti Teknologi Malaysia (UTM) menganjurkan ekspedisi ini diharapkan dapat memberikan pendedahan kepada orang ramai mengenai kepentingan biodiesel dan tanggungjawab menjaga alam sekitar.\r“Dengan nilai bahan api yang tinggi di Laos, saya percaya penggunaan biodiesel mampu mengurangkan bebanan rakyatnya di samping menjadi penghubung terbaik kerjasama antara IPT dalam aspek R&D,” katanya.\rPeserta ekspedisi yang terdiri daripada pelajar UTM; Universitas Tanjungpura, Indonesia dan Prince of Songkhla University, Thailand sempat beramah mesra dengan kakitangan kedutaan dan rakyat Malaysia yang melabur di Laos sambil dihidangkan masakan tradisional Malaysia.

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-5-2024 12:38 PM GMT+8 , Processed in 0.775539 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list