CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 165|Reply: 0

Awas jangan curi!

[Copy link]
Post time 22-6-2011 01:07 PM | Show all posts |Read mode
Kes kecurian lukisan bukan saja berlaku di Barat, tetapi juga di MalaysiaAKHIRNYA, selepas 37 tahun dilarikan dari negara asalnya, Januari lalu catan gaya impresionis Edgar Degas dipulangkan semula kepada Perancis oleh Kerajaan Amerika. \rBlanchisseuses souffrant des dents (Laundry Women with Toothache) berukuran 16sm X 21.6 sm, dianggarkan bernilai  $USD350,000 (RM 1,062,425) dan $USD450,000 (RM1,365,975) disiapkan oleh Degas antara 1870 dan 1872. Catan itu muncul dalam lelongan Sotheby New York, selepas dicuri dari Muzium Malraux Le Havre di Normandy, Perancis pada 1974.\r\n\n\n\n\rCatan itu dikenal pasti Interpol dalam risalah lelongan terbitan Sotheby dan cuba dijual oleh pakar bedah terkenal Amerika, Dr Ronald Grelsamer yang mendakwa menerima lukisan itu daripada bapanya, akhirnya diserahkan kepada ihak berkuasa atas persetujuan kedua-dua pihak.\r\r\n\n\n\n\nBlanchisseuses souffrant des dents bukan satu-satunya karya Degas yang dicuri. Sebaliknya, lima lagi karya Degas dilarikan pada 18 Mac 1990 dari Muzium Isabella Stewart Gardner di Boston berkongsi nasib serupa. Dalam kejadian itu, 13 keping catan dicuri membabitkan karya Degas, satu karya Johannes Vermeer (The Concert), satu karya 蒬ouard Manet (Chez Tortoni) dan tiga catan Rembrandts, semuanya bernilai U$SD500 juta (RM 1517 juta). \rWalaupun ditawarkan $USD5 juta (RM 15.1 juta) sebagai habuan membawa kepada tangkapan penjenayah sehingga kini selepas 20 tahun, tiada sekeping pun hasil seni itu ditemui. Ia adalah kes kecurian catan terbesar yang sehingga kini tidak pernah dapat diselesaikan.\rJenayah mencuri karya seni dianggap sebagai kegiatan jahat yang glamor kerana membabitkan kebijaksanaan memanipulasi sistem keselamatan galeri dan di barat ia dianggap sama taraf atau hebat dengan sindiket dadah mahupun penyeludupan senjata. \rAda kala catan yang dicuri bukan untuk dijual, sebaliknya sebagai suatu yang hendak dibangga-banggakan. dan saban tahun di barat, terutama di Perancis mahupun Jerman, ada saja kes kecurian catan dilaporkan sehinggakan Polis Perancis menubuhkan unit khas bagi menangani masalah itu.\r\n\n\n\n\rDi London, unit khas berkenaan dikenali sebagai Skuad Seni dan Antikuiti Scotland Yard, manakala di Amerika pula,  Biro Siasatan Kebangsaan (FBI) juga menubuhkan unit khasnya pada 2004. Interpol juga memiliki unit khas bagi memerangi jenayah itu dengan 188 negara menjadi ahlinya termasuk Malaysia.\rTahun lalu, kecurian bernilai  
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-5-2024 07:25 AM GMT+8 , Processed in 0.721814 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list