View: 115|Reply: 0
|
Ucapan dasar Pengerusi dalam Kongres Nasional PSM ke-13
[Copy link]
|
|
PengenalanSaya bagi pihak Parti Sosialis Malaysia (PSM) ingin mengucapkan selamat datang kepada komrad-komrad dan tetamu-tetamu sekalian yang dihormati dan dikasihi. Salam perjuangan. Semoga Kongres PSM membawa pendekatan baru, alternatif baru demi memperjuangkan nasib rakyat yang tertindas khususnya kaum pekerja.2. Pergolakan DuniaNegara-negara ArabKomrad-komrad sekalian, perjuangan rakyat sentiasa bergolak di mana-mana jua dan pada setiap pelosok dunia ini. Kerana angin perjuangan semakin kencang. Sentiasa mendedahkan kuasa rakyat menentang ketidakadilan dan kekejaman. Baru-baru ini berpuluh-ratus-ribu rakyat Negara-negara Arab turun ke jalan raya menuntut hak mereka. Tidak tahan lagi menderita di bawah dinasti diktator-diktator dan raja-raja di mana masalah kemiskinan, kekejaman dan pembunuhan bermaharajalela. Keadaan menjadi teruk lagi apabila inflasi melambung tinggi dan rakyat tidak dapat pekerjaan. Lantas yang kaya bergelumang dalam kekayaan dan yang miskin pula terhumban ke dalam lembah papa kedana. Amalan korupsi, nepotisme, kronisme dan sekongkolan sudah menjadi budaya hakiki.
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|