View: 146|Reply: 0
|
NGO sokong Shah Rukh Khan berhenti merokok
[Copy link]
|
|
MUMBAI: Sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dilaporkan menghantar satu set terapi penggantian nikotin (NRT) kepada aktor Bollywood, Datuk Shah Rukh Khan bagi membantu beliau berhenti merokok.\rHRIDAY (Health Related Information Dissemination Amongst Youth) berkata mereka cuba membantu pelakon terbabit untuk menghentikan tabiat merokok selepas bintang filem My Name Is Khan itu menyatakan secara terbuka keinginan untuk berbuat demikian.\r\n\n\n\n\r“Kami menghantar sepucuk surat bersama dengan alat bantuan berhenti merokok itu kepada Shah Rukh,” pegawai komunikasi kumpulan, Nikunj Sharma dipetik IANS sebagai berkata.\r\r\n\n\n\n\nMonika Arora, pengarah kanan pertubuhan itu dalam surat dihantar Khamis lalu berkata jika Shah Rukh mengambil langkah itu kerana mungkin akan dapat membantu memberikan mesej kesihatan kepada jutaan peminatnya di India dan juga seluruh dunia terutama golongan muda. \r“Keputusan beliau untuk berhenti merokok akan memberikan contoh bahawa merokok boleh menjejaskan kesihatan dan berhenti daripada amalan itu adalah sesuatu yang boleh dilakukan tidak kira berapa lama anda sudah merokok,” kata Amit Yadav daripada NGO terbabit.\r“Shah Rukh adalah aktor serba boleh dan kami berharap beliau berjaya untuk berhenti merokok yang akan merangsang orang lain.” – Agensi
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|