CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 237|Reply: 0

Indonesia tingkat kawalan keselamatan

[Copy link]
Post time 22-6-2011 01:07 PM | Show all posts |Read mode
3,000 polis,   tentera dikerah kawal pusat beli-belah\rJAKARTA: Indonesia semalam mengetatkan kawalan keselamatan di pusat beli belah di Jakarta berikutan ancaman bom sehari sebelum perbicaraan pendakwah radikal Abu Bakar Bashir atas tuduhan keganasan, kata polis.\r\n\n\n\n\r  “Saya mengarahkan kawalan keselamatan di pusat beli belah diutamakan, kami akan menghantar lebih banyak pegawai untuk memastikan keselamatan awam,” kata ketua polis Jakarta, Sutarman memberitahu wartawan.\r\r\n\n\n\n\n  Lebih 3,000 polis dan tentera yang dibantu oleh kenderaan berperisai dan beberapa penembak hendap akan mengawal perbicaraan di mahkamah daerah selatan Jakarta, kata polis.\rPolis mengambil beberapa langkah pencegahan khusus selepas menerima pesanan ringkas telefon mengancam berlakunya serangan pengganas berleluasa di negara majoriti Islam itu, kata Suratman.\r“Banyak pesanan sms disebarkan dengan beberapa ancaman serius. Kami tidak memandang ringan ancaman ini,” tambahnya.\rAbu Bakar, 72, didakwa menyediakan pembiayaian lebih daripada AS$62,000 (RM187,770) kepada kumpulan pengganas mirip al-Qaeda di Acheh yang merancang serangan di Indonesia dan pendakwa memohon untuk hukuman seumur hidup.\r\n\n\n\n\rBeliau dilihat sebagai pemimpin kerohanian militan Asia Tenggara tetapi beliau menafikan peranannya dalam aktiviti pengganas. \rJurucakap mahkamah, Ida Bagus Dwiyantara berkata, hakim yang mengendalikan kes Abu Bakar turut menerima pesanan ringkas ancaman yang berkata akan ada letupan bom di beberapa tempat.\r“Polis akan menyediakan kawalan keselamatan khas kepada hakim,” kata Ida Bagus.\rKawalan keselamatan turut ditempatkan di sekeliling mahkamah dan hanya mereka yang mempunyai pas pengenalan khas seperti wartawan dibenarkan memasuki premis.\rIndonesia sudah digegarkan dengan beberapa siri serangan pengganas oleh rangkaian Jemaah Islamiah sejak beberapa tahun termasuk pengeboman Bali pada 2002 yang membunuh 202 orang. – AFP.\rINFO: ABU BAKAR BASHIR  \rJuga dikenali sebagai Ustad Abu mengetuai Majlis Mujahidin Indonesia\rMengendalikan sekolah agama Al-Mukmin di Ngruki, Jawa Tengah\rBeliau mendakwa Jemaah Islamiah tidak wujud dan CIA serta Israel bertanggung jawab terhadap pengeboman di Bali pada 2002\rBersimpati dengan Osama bin Laden dan Saddam Hussein tetapi tidak menyetujui tindakan mereka.\r

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-12-2024 04:28 PM GMT+8 , Processed in 0.169429 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list