View: 150|Reply: 0
|
Kos operasi di Libya RM3.35b
[Copy link]
|
|
Obama restu tindakan tentera Amerika, tak perlu kelulusan Kongres\rWASHINGTON: Perbelanjaan operasi tentera dan bantuan kemanusiaan Amerika di Libya kini berjumlah AS$716 juta (RM2.181 bilion) dan dijangka meningkat kepada AS$1.1 bilion (RM3.35 bilion) menjelang September depan, kata satu laporan Rumah Putih kepada Kongres disiarkan semalam.\r\n\n\n\n\rLaporan itu menyatakan dana berkenaan boleh dilihat dalam bajet Jabatan Pertahanan sedia ada dan berikutan itu tidak memerlukan permohonan mendapatkan peruntukan tambahan kepada Kongres.\r\r\n\n\n\n\nUntuk perbandingan, kos membiayai konflik di Afghanistan ialah kira-kira AS$10 bilion (RM30.47 bilion) sebulan.\rSementara itu Presiden Barack Obama menegaskan tindakan tentera Amerika di Libya adalah sah dan menolak kritikan daripada Kongres mengenai matlamat dan kesahihan operasi terbabit.\rDalam laporan setebal 30 halaman kepada Kongres, Rumah Putih menyatakan penyertaan Amerika dalam serangan diketuai Pertubhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) tidak memerlukan kebenaran Kongres, kerana peranan Washington hanyalah sebagai sokongan.\rLaporan menyatakan pembabitan Amerika di Libya tidak membabitkan serangan dan peperangan terbuka yang memerlukan kebenaran anggota Kongres di bawah undang-undang Resolusi Kuasa Perang 1973.\r\n\n\n\n\r“Tentera Amerika memainkan peranan sokongan dalam pakatan pelbagai negara itu,” kata laporan berkenaan yang menambah, penggunaan tentera hanyalah untuk melindungi orang awam, menguatkuasakan zon larangan terbang dan gencatan senjata.\r“Operasi Amerika tidak membabit peperangan atau pertempuran dengan tindakan kekerasan. Mereka juga tidak terbabit dengan serangan darat,” kata laporan itu. – Reuters
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|