CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 181|Reply: 0

Hari Pelarian Sedunia: "Pertukaran Suaka" hadiah terburuk untuk pelari

[Copy link]
Post time 22-6-2011 01:07 PM | Show all posts |Read mode
SUARAM menyifatkan inisiatif \"pertukaran suaka\" yang dicadangkan oleh kedua-dua kerajaan Australia dan Malaysia merupakan hadiah terburuk bakal diberikan kepada pelarian dan pemohon suaka di Malaysia sempena Hari Pelarian Sedunia yang disambut hari ini (20 Jun 2011).Hari ini adalah hari pelarian sedunia dan kedua-dua kerajaan masih lagi mahu meneruskan inisiatif \"pertukaran suaka\" tersebut walaupun telah mendapat kritikan dari pelbagai pihak termasuk organisasi hak asasi manusia di Malaysia dan Australia dan Pesuruhjaya Tinggi bagi Orang Pelarian, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNHCR).Hari Pelarian Sedunia merupakan hari dimana masyarakat dunia umumnya dan rakyat Malaysia khasnya memberikan perhatian tentang pengalaman dan keperitan yang dilalui oleh pelarian dan memupuk semangat solidariti dan perkongsian beban di antara manusia.Namun, Hari Pelarian Sedunia yang disambut di Malaysia pada tahun ini merupakan satu \"mimpi ngeri\" dan merupakan \"hadiah terburuk\" yang bakal diberikan kepada pelarian dan pemohon suaka di Malaysia.  Inisiatif \"pertukaran suaka\" merupakan satu inisiatif yang melanggari undang-undang berkaitan pelarian seperti yang diumumkan oleh Pesuruhjaya Tinggi bagi Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu berkaitan Hak Asasi Manusia (OHCHR), Navi Pillay.  Ia juga merupakan satu penafian hak bagi individu (pemohon suaka) untuk mendapatkan perlindungan di Australia.Sebagai sebuah badan hak asasi manusia, kami mempersoalkan di manakah semangat \"perkongsian beban\" dan tanggungjawab melindungi \"hak asasi manusia\" yang sering kali dicanangkan oleh kerajaan Malaysia dalam isu Palestine dan Gaza?  Adakah usaha membanteras jenayah transnasional ini perlu meminggirkan hak asasi dan keselamatan manusia yang tidak bersalah?  Membanteras dan usaha melindungi persempadanan negara ini adalah tanggungjawab kerajaan Malaysia namun itu tidak bukan alasan untuk terus menafikan hak asasi dan tanggungjawab Malaysia untuk melindungi pelarian.Lebih kurang 93,000 pelarian berdaftar dan ribuan pemohon suaka kini tinggal di Malaysia tanpa perlindungan sewajarnya dan kini bakal diberikan satu lagi \"hadiah terburuk\" sempena hari bersejarah ini.  Pelarian dan pemohon suaka diklasifikasikan sebagai pendatang asing menurut Akta Imigrasi 1959/63 dan boleh ditangkap, ditahan dan dikenakan hukuman termasuk hukuman sebat. Pelarian juga tidak dibenarkan bekerja, akses kepada pendidikan formal dan tinggal dalam keadaan daif.Sempena hari pelarian sedunia yang disambut hari ini, SUARAM menggesa kerajaan membatalkan inisiatif \"pertukaran suaka\" bagi menghormati hak pelarian untuk mencari perlindungan suaka di Australia dan tidak menghantar mereka semula ke negara (Malaysia) di mana mereka akan berhadapan layanan buruk.  Ia juga bagi menghormati hari pelarian sedunia yang disambut di seluruh pelusok dunia.  Kita menggesa kerajaan supaya berhenti memberikan imej buruk kepada negara.SUARAM juga menggesa kerajaan untuk meratifikasi Konvensyen 1951 berkaitan Status Pelarian dan Protokolnya 1967 bagi member perlindungan formal kepada pelarian dan pemohon suaka di negara ini.*Kenyataan oleh Andika Ab. Wahab selaku Penyelaras Pelarian dari Suara Rakyat Malaysia (SUARAM).

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-5-2024 05:43 PM GMT+8 , Processed in 0.317504 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list