View: 154|Reply: 0
|
MediaCorp sedia 7 saluran TV percuma
[Copy link]
|
|
Warga Singapura tonton siaran di internet 2012SINGAPURA: Syarikat penyiaran MediaCorp akan menyiarkan tujuh saluran televisyen kendaliannya secara percuma di internet menjelang 2012.\rMenteri Penerangan, Perhubungan dan Kesenian, Dr Yaacob Ibrahim, mengumumkannya ketika merasmikan pameran Infocomm Media Business Exchange (imbX) yang diadakan di Marina Bay Sands, kelmarin.\r\n\n\n\n\r “Inisiatif ini cara terbaik bagi warga Singapura yang berada di luar negara mengikuti program televisyen tempatan yang disiarkan MediaCorp menerusi internet ,” kata Dr Yaacob.\r\r\n\n\n\n\n MediaCorp akan mengumumkan butiran lanjut tentang khidmat berkenaan dalam masa terdekat.\rYaacob berkata, Penguasa Pembangunan Media (MDA) juga akan melancarkan percubaan rangkaian televisyen digital secara meluas mulai September ini menjadikan Singapura antara yang pertama di rantau ini berbuat demikian.\r“ Inisiatif itu antara usaha Singapura menghentikan penggunaan teknologi analog dan bertukar kepada digital terbaru DVB-T2.\r“Kita merancang berbuat demikian pada 2015 hingga 2020, bagaimanapun ia berlaku lebih awal tetapi mengikut jadual sejajar masa ditetapkan ASEAN,” katanya.\r\n\n\n\n\rPercubaan itu membabitkan 700 keluarga dan dikendalikan syarikat MediaCorp dengan kerjasama StarHub.\rYaacob menambah MediaCorp bakal menyediakan khidmat interaktif baru secara percuma dan berbayar, menerusi jalur lebar pada separuh akhir tahun ini.\rDigelar khidmat ‘Over-the-Top’ atau OTT), ia akan disediakan melalui pelbagai medium termasuk televisyen, komputer, ‘tablet’ dan telefon bimbit. – Agensi\r
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|