CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 137|Reply: 0

Arnold bayar saraan anak sebelum cerai

[Copy link]
Post time 25-6-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
Isteri minta pandangan akauntan aset bekas Gabenor CaliforniaLOS ANGELES: Arnold Schwarzenegger membayar sejumlah ‘besar’ wang saraan anak kepada isterinya yang kini tinggal berasingan.\rPelakon berusia 63 tahun itu bersetuju memberi bantuan kewangan kepada Maria Shriver, yang berpisah dengannya bulan lalu, sejurus sebelum didedahkan beliau  bapa kepada anak bekas pembantu rumahnya Mildred Patty Baen, untuk dua anak remajanya Patrick, 17, dan Christopher, 13, walaupun tiada pihak yang memfailkan perceraian setakat ini.\r\n\n\n\n\rSumber memberitahu RadarOnline.com Arnold membayar sejumlah besar wang saraan anak selain  membayar yuran sekolah persendirian untuk anak lelakinya, Patrick dan Christopher.\r\r\n\n\n\n\nMengikut undang-undang California, Maria  layak menerima wang saraan anak sebaik salah seorang daripada mereka memfailkan perceraian. Peguam Maria dan Arnold sedang menguruskan  penyelesaian perceraian namun buat masa ini Arnold bersedia membayar wang terbabit kepada Maria,” kata sumber.\rSumber mendakwa Maria, yang turut mempunyai anak perempuan Katherine, 21, dan Christina bersama bekas Gabenor California itu, menyenaraikan bantuan akauntan forensik bagi mendapatkan pandangan tepat berhubung aset pasangannya untuk memastikan perceraian mereka berlaku secara adil.\r“Maria mahu mendapatkan penyelesaian perceraian yang adil dan meneruskan kehidupannya.”\r“Maria dan Arnold kerap bercakap di telefon dan berbincang mengenai anak mereka, agak mengejutkan apabila  Maria sangat tenang menghadapi  semua masalah yang timbul daripada perkahwinannya. Beliau sangat tabah kerana  tidak mahu anaknya menderita kerana keputusan bodoh yang dibuat bapa mereka dan beliau menggalakkan anaknya bersikap  jujur dalam menyatakan perasaan mereka,” katanya. – Agensi

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 07:34 AM GMT+8 , Processed in 0.050161 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list