CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: jeluwi

KENAPA ORANG SELALU BERPANDANGAN NEGATIF TTG MLM?

  [Copy link]
Post time 17-7-2011 04:44 PM | Show all posts
Kwn aku penah.kondem aku.sbb mkn gaji..sian...aku..p x sampai setahun.lgnsg x jln zhulian nya itu..dah dia menyesal...ramai gak dia ilang kwn..sal zhulian nih...sian dia plak.uhuk
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-7-2011 07:32 PM | Show all posts
Post Last Edit by Alt-F4 at 17-7-2011 19:36

nak buat multilevel boleh.. tp kena ada la sikit sensiviti of rejection.. mula2 buat intro..kalo nampak bakal downline mcm tak berminat.. jangan paksa.. tukar topic sembang pasai lain.. belanja dia minum.. pastu balik..

mungkin dlm 5-6 bulan lagi terdetik dia nak join.. dia boleh kontek balik.. kalo downline camtu lebih berkualiti berbanding downline yg masuk sebab terpaksa. janji kita business jenis ada ethics and manners.. ada ke org nak business atau join kalo kita pun takde adab dlm business.. bukan takat mlm je.. konvensional pun sama..

kalo korang approach cara yg betul.. korang boleh berjaya dlm multilevel..

tp ingat.. rezeki allah ada dimana2.. bertebaran diserata dunia.. cari lah selagi terdaya.


inner peace.. hehe..
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2011 02:47 PM | Show all posts
lebih kurang 13 tahun lepas... time tu MLM LCI.. ada satu brader tu himpit aku.. dia cakap "ekau tengok hidup kau sekarang.. ekau taknak jadi saksess macam den?".. brader tu baru 2 bulan pakai Alfa 146 hasil tarik budak2 baru kerja macam aku jadi member.. jadi member kena keluar RM1800.. dapatla barang kosmetik yang katanya buat dari bahan2 organik.. lipstik dia kalau lapar boleh makan.. tak membahayakan kesihatan.

Time tu aku baru kerja, mana ada saving.. hujung minggu perabih duit kat karaoke, snuker wayang bla bla.. brader tu suruh selet kredit kad.. nasib baik aku taknak.  So in the end takdelah aku join LCI tu.. tak silap lepas setaun brader tu jual alfa ambik wira pulak.. tak tau la alfa kena tarik ke atau mmg dah tak larat nak bela.. semenjak tu aku langsung tak berminat pada MLM ni, walaupun yang bagus & berpotensi.
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2011 03:35 PM | Show all posts
saya cuma nak jawab soalan TT.

KENAPA ORANG SELALU BERPANDANGAN NEGATIF TTG MLM?

sebab, orang ramai tak tahu apa itu MLM yang sebenarnya.

sebab ke-2 plak,ramai yang join syarikat yang SALAH ..tertipu.. padahal DSAM pun tak approved.. ramai yang ambil ringan.  If join company yang kukuh , stabil .. attitude pun kena betullah. Tapi jangan le jadi hamba kepada duit.

sebab ke-3 ramai yg ingat MLM kayakan orang paling atas. Siapa pioneer, dia kaya.... ini hanyalah mitos.. ttp akan jadi benar kalau company tu menyamar .. memperdayakan orang ramai yang kebykkan jenis nak kaya cepat.
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2011 08:55 PM | Show all posts
Post Last Edit by capiloton at 18-7-2011 20:56

kenapa aku benci MLM?

1. ZALIM
MLM sistem yang zalim. menindas orang bawah. sanggup ker jadi kaya n pada masa yang sama downline kat bawah terpaksa hutang bank sampai 10 tahun?

2. PENIPU
katanya kebebasan kewangan dan kebebasan waktu bekerja. siapa yang dah masuk sistem ni or kenal sesiapa yg terlibat, tau la apa citer di sebaliknya.

3. KAKI KUTUK, SUKA HINA ORANG, BERLAGAK
ayat2 standard MLM ni aku rasa ramai yang tau..

4. HAMBA DUIT @ BERTUHANKAN DUIT
pi mana2 asyik cerita pasal duit. or tayang gambar duit kat FB. membosankan.

5. HUBUNGAN SILATURRAHIM TERPUTUS
di sebabkan MLM yang bodoh, kawan2 lama ramai menjauhkan diri or putus kawan.

6. BUKAN JUAL BARANG TAPI "JUAL ORANG"
produk tak seberapa pun, buat syarat jer. tapi mau bonos kalu, kena pasang kaki. temberang sket sana sini untuk tarik downline baru..


banyak lagi lah, malas aku nak taip. memang ada syarikat MLM yang bagus, tapi tak banyak. dari 10 boleh kata 1,2 jer yang baguih macam HPA, SmartHerbs dan lain2..
Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2011 04:14 PM | Show all posts
saja suka baca pandangan terhadap MLM.... ramai yang negatif terhadapnya...

sebenarnya MLM atau networking business adalah Ok kalau tidak kerana segelintir syarikat dan members yang buat hal.... seingat saya... tupperware adalah MLM yang sangat lama di Malaysia... sejak tahun 1971 diperkenalkan kepada kampung saya (tak tahu lah dah berapa lama di KL sebelum tu sebab kg saya jauh dari KL).... sehingga hari ini, tupperware masih Ok... tak de tipu2....

begitu juga dengan Amway...

pada saya, kita perlu hati2 dengan kerenah syarikat MLM dan juga cara ahli2nya mempromosikan barangan.... kalau kita bijak, insyaAllah tidak terpedaya....

ingatlah... mana ada keuntungan tanpa usaha.... jgn ingat 'melabur' puluhan ribu ringgit dan mengharapkan pulangan hanya dengan 'goyang kaki'....

masih ada banyak syarikat MLM yang  baik di luar sana....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-7-2011 01:06 AM | Show all posts
(Tapi perasaan bila dah sampai di puncak bukit kita  seorang yang rasa. Saat berjaya kita seorang yang raikan. Ibarat bila  kita dah berjaya dan mampu pakai kereta BMW…kita seorang yang  bawak…takkan nak senang-senang bagi member bawak…...
jeluwi Post at 25-6-2011 20:22



kenapa aku berpandangan yg orang MLM ni sama je..

1 Materialistik

Taksub bebeno dengan harta2 yg diperolehi dgn "bisnes" dia. Kereta, rumah, gile barang berjenama yg tak tahu hujung pangkal. Seumur hidup boleh duk rumah kecik, lepas dpt komisen nak rumah2 kawasan2 elit, anak2 yg selama ni diajar berjimat cermat tiba2 bertukar jadi pemboros. Hasilnya org2 mcm2 ni la bila pindah ke kawasan2 elit, bawak perangai lama, lepas tu bile "bisnes" terlungkup, barula sedar yg ilmu bisnes dr MLM tu tak mampu nak mengajar org jadi manusia yg baik dan bukan pembazir. kalu dah kaya pulak, TAMAK. tak pernah bersyukur dgn apa yg dah ada, tetap nak follow leader2 dia yg bertukar kereta (dan bini) mcm la dunia ni hanya kereta dan seks semata2. Kalau dah berugama tu pun boleh lupa diri, inikan pulak yg separuh2.

2 beranggapan yg bisnes tu hanya untuk keuntungan
Meniaga untuk profit semata2, takda kesedaran civic langsung. produk2 yg di jual tu kadang2nya bukan sahaja tak bermutu, tp boleh membahayakan orang. Sebelum jual produk2 yg berunsur kesihatan, korang ambik tahu ke apa kajian yg dibuat keatas produk2 ni, effect2 dia kepada pengguna dia? Sedar tak yg org2 ni berlainan jenis, dan kalau mak diorang sihat lepas makan ubat buatan entah dr mana tu, tak semestinya mak org lain pun akan sihat.


3 menyebabkan org lain terjerumus ke dalam belenggu hutang sdgkan org tu belum bersedia dan tak mampu nak bisness.

Dah ada modal br berniaga, bukannya kena buat pinjaman br berniaga. Dah tu siap tolong isikan borang pinjaman, uruskan proses supaya org2 yg sepatutnya hanya duduk rumah jaga anak terpaksa jadi conwoman seterusnya. Akibatnya, beribu2 org yg tak patut dan tak mampu menanggung hutang.


4 menyamakan org lain dengan dia.
Tak semua org nak kaya, nak bergaya mcm org2 kaya, nak bercuti main ski, nak hantar mak ke mekah dgn duit MLM.

insyallah, ada rezeki dr duit halal bisnes halal yg kononnya kerja teruk mengikut kata agen2 MLM, mampu menghantar makpak ke mekah tanpa perlu melibatkan org lain.
Reply

Use magic Report

Post time 20-7-2011 08:30 AM | Show all posts
aku rasa TT ni baru join MLM, terpengaruh dgn kata2 riak MLMers bengap, tu yg semangat nak mampos.

Aku mmg anti dari dulu. Setiap point2 MLMers aku akan counter-attack dgn ayat2 aku sendiri yg lebih pedas dan panas. So far berjaya.

Baru2 ni sedara aku promote MLM. dah la aku dtg dari jauh. Dtg umah dia pun terpaksa sbb terpaksa amik seseorang. Tu pun kelepet kat aku ckp dia tak bole hantar atas alasan keta tak muat. Rupa2nya mati2 nak promote nak MLM baru.

Ayat2 pedas aku tak sanggup nak keluarkan sbb aku hormat dia sbg sedara & nak jaga hati. Member dah siap isikan form ahli dan keluarkan produk utk bagi aku, dia paksa aku bayar cash RM400+ on the spot. Time dia minta cash tu aku dah hilang respek terus dan marah2. Aku dah la letih and sbg tetamu jgn la paksa2 join MLM dia.

Last2 aku blah je dan tinggalkan dia mcm org bodoh. Serve u right.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-7-2011 04:26 PM | Show all posts
(Nak bagitahu siang-siang, aku guna  perkataan “korang” bukan “anda” sebab nak hilangkan formali ...
jeluwi Post at 25-6-2011 20:22



    keikhlasan tu macam diragui. Tengok je lah... kau tader post kat topik dah. 4 page pun takder nick kau.
Reply ke, backing ke, nampak macam ko memg nak promot je... kalu luck ong...org masuk..tak ong....asik kena lahar mcm skrang.

Aku kalu org post macm ni, aku tengok dulu post dia yg lepas.
post kau ok dah..kira ada la jugak wujud kt sini...
tapi bila ada post mcm ni...selebet la.
pasal ada jugak mamut buat mcm kau...cek balik topik previous dia...hamjad... promot mlm semata
bukan pasal nak berkawan ke, sharing ke...
Reply

Use magic Report

Post time 20-7-2011 11:28 PM | Show all posts
Reply 88# underground

bro...kalau boleh share la dgn kitorg apa ayat2 pedas yg bro guna utk hentam MLMers ni.kot2 kitorang didekati oleh MLMers lagi nati, bolehlah guna ayat2 yg bro guna.

kebanyakan kita tak berapa kuat nak melawan diorang,
tak berapa pandai nak menyangkal ayat2 atau point2 diorang.
itu yg kadang2 boleh terjoin tu. 'iman' lemah.
diorg dah prepare awal2 ayat2 yg power utk tarik kita join,
tapi kita tak prepare awal2 jawapan atau hujah utk diorang.
itu yg diorang selalu menang.

harap bro sudi kongsi ;)
Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2011 03:37 PM | Show all posts
Post Last Edit by Brutal at 21-7-2011 15:38

Reply 90# amirezu
banyak cara bro...
ko boleh attack marketing plan diorang....guna logik matematik dan hukum haram-halal....
ko boleh belasah product diorang kalau ko paham pasal produk diorang...

tapi ko kena paham la selok belok marketing plan MLM ni sebab biasanya asas dia sama je...
ko boleh tambah ilmu tentang penipuan MLM kat sini http://aididmuaddib.blogspot.com/

kat facebook ko boleh gi sini http://www.facebook.com/home.php#!/pages/SAY-NO-to-MLM/144366415620850
Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2011 03:42 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2011 03:44 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2011 03:45 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2011 03:47 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2011 03:48 PM | Show all posts
3. How are MLM activities governed in Singapore?
MLM activities in Singapore are governed by the Multi-level Marketing and Pyramid Selling (Prohibition) Act. The Ministry of Trade and Industry administers the Act. The original Multi-Level Marketing and Pyramid Selling (Prohibition) Act was first passed in 1973. In June 2000, Parliament approved an amendment to the Act to widen the definition of pyramid selling to catch all business schemes that were multi-level in nature. However, as not all multi-level marketing techniques are undesirable, the Government concurrently enacted the Multi-Level Marketing and Pyramid Selling (Excluded Schemes and Arrangements) Order (hereafter, referred to as the 'Exclusion Order') to exclude legitimate businesses from the Act, such as insurance companies, master franchises, and direct selling companies which fulfill certain criteria. This Exclusion Order was implemented in June 2000.

Dey >>Pengharaman MLM daripada tahun 1973 lagi wei! Patut la orang Singapore punya life tersusun rapi dan culture perniagaan kat sana 1st class! Hidup rakyat Singapore restrictive - true, but they're happy with their government. Takde nya ahli politik nak bercakaran tak tentu hala beb. Kerja birokrasi semua jalan. Dan kaum Melayu di Singapore happy aje aku tengok. Perkauman pehal?



sumber : http://aididmuaddib.blogspot.com ... -that-pathetic.html
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-7-2011 08:37 AM | Show all posts
Reply  amirezu
banyak cara bro...
ko boleh attack marketing plan diorang....guna logik matematik  ...
Brutal Post at 21-7-2011 15:37



ayat counter-attack aku tak linear. based on kpd MLMer yg approach aku.

tapi nak hentam ko kena ada ilmu. maksud aku ko kena paham MLM ni dan ayat2 favorite yg biasa derang gunakan.
ko boleh baca blog aidid tu utk tambah ilmu. Selain itu aku sendiri adalah marketer yg ada belajar ilmu marketing psychology.

Kalo ko biasa kena approach, ko akan tahu ayat2 killer derang dan ayat2 derang utk menangkis rejection drp prospek mcm kita... cth:

- aku ada peluang bisnes terbaru dan terbaeeekkk. Ko mesti berminat dan mesti grab peluang ni sebelum market tepu.
- ko skrg pki keta apa? Ko tak teringin ke nak pakai keta besar2?
- ko skrg gaji berapa? ko puas hati ke? Keje separuh mati, gaji kecik. Nak dpt income besar dgn mudah dan pantas? Tak teringin ke dpt passive income, goyang kaki pun duit masuk?
- kalo ko join bwh aku skrg, aku janji bagi ko bbrapa new client aku jadi downline ko.

Kena ingat, psikologi marketing MLM ni:

- atasi rejection sepantas dan sebaik mungkin.
- anticpate ko dlm discussion, then drag ko utk setuju dgn point2 mereka.
- public testimonial yg mengancam, cth kwn dia keje jadi cikgu biasa aje, bila dah join, skrg pki BMW 7 series. tujuan utk merendahkan kredibiliti ko, utk bagi 'wow' factor, dan pengaruh ko utk jadi spt mereka yg berjaya kononnya dgn join MLM mrk.
- act fast. maksudnya, sedaya upaya akan paksa ko join on the spot. Taktik biasa, mereka akan isikan form daftar ahli, ambik produk testing, kalo kena bayar, mrk sanggup ambik yuran minimum dan ada special case, mrk sanggup bayarkan fee tapi pembelian produk atas harga yg tak masuk akal tu, ko kena la byr later. Kat sini la profits derang.

and byk lagi yg aku tak ter pk. Atas ni point2 yg biasa dan ter pk oleh aku. Selalunya based on case scenario.

Org mcm kita mmg hard to say no. especially kalo yg approach tu awek seksi/mamat jambu/kwn baik/sedara sepapat. Kalo bukan org yg aku hormati spt sedara/pakcik, aku akan reject bila derang start buka mulut. Cth ayat2 reject:

"Aku ni anti-MLM, ko nak citer jugak, sila berambus!"
"aku tau ko join MLM ni bukan ikhlas pun pasal nak recommend produk tu, ko nak cepat kaya mcm MLM lain. Head hunting la ni. Tapi ko dah terjerat, then ko nak drag aku jadi mcm ko. Sorry, tak berminat langsunggg!"
"Model biz MLM mcm ko ni dah kire haram. Ko nak tau kenapa haram? Ko cuba surf dan baca sendiri site Ust. Zaharuddin!"

and byk lagi point2 penting dan 'power words' utk counter attack. Pandai2 la korg pusing sendiri.
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2011 03:11 PM | Show all posts
Reply 97# underground

ok thanks sudi berkongsi. sama macam cara yg aku gunakan untuk counter attack diorang. aku pun selalu baca blog aidid tapi bagi aku ianya still lg kurang utk betul2 nak hentam orang yg brainwash kita join MLM ni. maybe sbb penerangan aidid panjang sangat sampaikan aku nak baca pun banyak skip haha. kan elok bahasa diindahkan sikit supaya ringkas dan padat.

kebanyakan point yg ko letak kat sini memang boleh digunakan. harap bakal2 prospek tu dapat la bersedia dgn jawapan macam ni supaya tak terjebak dgn MLM yg lebih banyak buruk daripada baik.
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2011 10:45 AM | Show all posts
Post Last Edit by mata_bulat at 23-7-2011 10:51

Kekadang MLM ni memang ada kala menyusahkan org ajak org join dengan bayaran yg beribu lebih lagi yg kurang mampu.......Teman join MLM malas nak pk pasal plan pendapatan atau mcm mana nak naik dengan lebih cepat.... yang teman petingkan produknya jer.........kekadang upline dok suruh pergi sana sini teman buat tak perduli jer.......yg penting produk  la bukan kejar sangat duit tu.

Bila kita pakai fokus pada produk tahu jalan ceritanya.....baru kita boleh berniaga tapi kalau kira duit masuk je cepatlah sejuknya tapi depa pelik kalau kita berniaga masih jalan mcm biasa sedangkan depa dah sejuk beku......mula nak intai2 kita berniaga mcm mana.......Teman tak berapa suka org paksa org yg susah2 join MLM dengan harga yg beribu.......kesian dekat diaorg kekadang depa teruja nak join sampai berhutang bagai........nak join boleh tapi biarlah bayaran yg sikit2 jangan terlalu teruja sangat nak join beribu2 ni.

Teman dah tengok perjalanan org berniaga nak untung cepat sampai tak menghiraukan kesusahan org lain....tapi kalau buat lagu tu tak kemana pun hasil tak berkat menyusahkan org.
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2011 12:05 PM | Show all posts
Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: "Akan datang suatu zaman seseorang tidak akan peduli terhadap apa yang ia ambil, apakah itu halal atau haram." - Hadith Riwayat Bukhari
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 06:47 PM GMT+8 , Processed in 0.077151 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list