CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 94|Reply: 0

Penangan penglipur lara

[Copy link]
Post time 27-6-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
PERSEMBAHAN tokoh penglipur lara dan Orang Hidup Malaysia, Ali Badron Sabor yang berceloteh sambil memalu gendang memberi kelainan kepada Malam Puisi Riong BH-UTHM dan bertambah menarik apabila dalam baik ikon tertentu dalam dunia seni tanah air sempat menjadi bahan jenaka nakalnya.\rAli Badron salah seorang daripada dua tokoh penglipur lara yang masih bersisa di negara ini sempat mengusik bekas penyanyi nombor satu negara yang kini menjadi usahawan kecantikan, Datuk Siti Nurhaliza Taharuddin, ketika berkisah mengenai Umi Kalsom Ratna Dewi Kilat Berdentum di Waktu Senja.\r\n\n\n\n\rKonon tersebut sebuah kisah di zaman bahari\rdi hujung sebuah negeri\r\n\n\n\n\nada raja memerintah dengan adil dan saksama\rdibantu oleh para menteri yang adil dan saksama \rbaginda mempunyai seorang puteri\rseorang puteri yang diberi nama\rUmi Kalsum Ratna Dewi kilat berdentum di waktu senja\rakan Tuan Puteri Umi Kalsum ini seorang perempuan \ryang tersangat cantik sekali\r\n\n\n\nsepuluh kali Siti Nurhaliza bukan tandingnya\rKisah keengganan puteri menerima pinangan yang dikisahkan secara jenaka bukan saja menarik perhatian generasi muda yang turut membanjiri Malam Puisi Riong BH-UTHM, tetapi juga mendedahkan kepada mereka kaedah penglipur lara berhikayat.\rAli Badron yang turut dikenali ramai sebagai Pak Ali Tarbus begitu terharu dijemput memeriahkan sama Malam Puisi Riong BH-UTHM sedar cerita rakyat semakin dilupakan, sempat mengusik Naib Canselor UTHM, Prof Datuk Dr Mohd Noh Dalimin, sehingga seluruh Dewan Terbuka UTHM bergema dengan tawa khalayak.\r\"Hanya ada dua orang saja pakar penglipur lara yang masih ada di Malaysia dan seorang daripadanya ialah saya. Rugi jika generasi muda tidak mengenal dan mendalami cerita rakyat yang disampaikan penglipur lara dengan tujuan memberi hiburan kepada khalayak. Penglipur lara juga menyampai mesej dan maklumat melalui cerita yang disampaikan.\" katanya.\rApabila Puteri Umi Kalsum Ratna Dewi Kilat Berdentum di Waktu Senja\rsudah menjadi gadis remaja\rdia tidak boleh berjalan seorang diri kerana siapa memandang\rsiapa memandang jatuh berahi\rkalau tak gila, kalau tak gila, setengah mati\rmukanya bulat bulan purnama, hidungnya mancung seludang mayang\rmatanya itu bintang timur, pipinya putih telur dikupas\rdagunya bulat lemah tergantung, giginya putih mutiara tersusun\rbibirnya manis limau seulas lehernya jinjang buyung petani\rdadanya molek membusut jantan\rpinggangnya ramping macam kerengga\rpinggulnya itu keranjang bawang\rbetisnya pula bunting padi\rrambutnya mayang mengurai\rKhalayak yang mendengar Puteri Umi Kalsum Ratna Dewi Kilat Berdentum di Waktu Senja tersenyum sendiri pada penghujung persembahan apabila mengetahui gadis rupawan itu akhirnya menerima pinangan Ali Badron dan mereka hidup kekal sebagai suami isteri sehingga ke anak cucu.

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-5-2024 05:46 PM GMT+8 , Processed in 0.066867 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list