CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 100|Reply: 0

Safee, Mat Yo igauan kami: Chih Tsung

[Copy link]
Post time 29-6-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
PADA pengamatan jurulatih Taiwan, Lo Chih Tsung - tiga pemain skuad Harimau Malaya dianggap boleh memusnahkan cabaran mereka menjelang pertemuan pusingan pertama kelayakan Piala Dunia 2014 di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam ini.\rTrio dimaksudkan pengendali berkenaan adalah Safee Sali, Norshahrul Idlan Talaha dan S Kunalan yang disifatkan boleh mengucar-kacirkan kubu mereka andai tidak dikawal baik anak didiknya.\r\n\n\n\n\r  “Daripada apa yang saya lihat, ketiga-tiga pemain Malaysia ini sudah membuktikan keupayaan mereka semasa Piala Suzuki AFF dan juga ketika menentang Hong Kong, baru-baru ini. Saya ada melihat perlawanan itu (rakaman video) dan bagi kami mereka tidak boleh dipandang ringan,” katanya ketika ditemui selepas sidang media mengenai perlawanan itu di Wisma FAM, semalam.\r\r\n\n\n\n\n   Begitupun di sebalik kerisauan itu, Taiwan yang memegang ranking ke-160 dunia sama sekali menjadikan ia sebagai faktor pelemah semangat dan mahu kunjungan mereka itu berjaya membuahkan kemenangan sebagai sebelum menghadapi perlawanan timbal balik di laman sendiri, Ahad ini.\r“Kami sudah melakukan latihan sejak menghadapi Piala Cabaran AFC di sini Mac lalu. Sebelum ke Malaysia kami juga ada melakukan latihan di Korea selama dua minggu. \r“Apapun ini perlawanan pertama dan saya berharap dapat mencipta kemenangan biarpun ia bukan tugas  mudah,” katanya.

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 10:43 AM GMT+8 , Processed in 0.038958 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list