CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 94|Reply: 0

Membaca pacu kemajuan negara

[Copy link]
Post time 30-6-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
PERSOALAN budaya membaca di kalangan rakyat Malaysia sebagai langkah yang mampu memacu negara ke tahap lebih tinggi, sekali gus melahirkan masyarakat berilmu jika dilaksanakan secara teratur dibincangkan pada Forum Pembacaan: Bangsa Membaca Memacu Negara Ke Puncak Dunia.\rPresiden Majlis Permuafakatan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Malaysia, Prof Madya Datuk Dr Mohamad Ali Hasan, berkata amalan membaca di kalangan masyarakat kini menunjukkan petanda awal peningkatan dan ia adalah perkembangan yang baik.\r\n\n\n\n\r“Sambutan menggalakkan terhadap Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur petanda yang baik. Bagaimanapun, amalan membaca saja tidak akan berjaya memacu negara kepada kemajuan jika pembaca tidak mencernakan apa yang dibaca dan menjadikannya sebagai ilmu pengetahuan.\r\r\n\n\n\n\n“Penghayatan dalam bacaan perlu kerana tanpanya, ilmu pengetahuan daripada bahan bacaan tidak dapat dimanfaatkan ketika diperlukan. Amalan membaca tidak boleh sekadar di permukaan kerana ia sepatutnya dapat menjadikan pembaca itu berpengetahuan dan boleh memanfaatkannya,” katanya pada forum bersempena Pameran Buku Read Malaysia 201,  baru-baru ini.\rMohamad Ali berharap usaha memupuk pelajar untuk membaca tidak hanya untuk lulus peperiksaan semata-mata, tetapi turut mengajar mereka berfikiran kritis mengenai bahan bacaan yang dibaca.\rBeliau turut mengingatkan khalayak mengenai kelebihan jika seseorang pemimpin dipilih di kalangan mereka yang mengamalkan budaya membaca kerana pada pendapatnya, individu sedemikian boleh mentadbir dengan baik kerana memiliki ilmu pengetahuan.\r“Jika mereka mempraktikkan amalan membaca, tentunya pemimpin itu dapat mentadbir dengan baik kerana memiliki ilmu pengetahuan. Sebagai contoh, pemimpin yang membaca kesihatan jasmani akan dapat mentadbir dengan baik kerana ada pengetahuan dan boleh mengamalkannya.\r\n\n\n\n\r“Ini yang kita mahu iaitu pemimpin yang bukan saja membaca untuk dirinya, tetapi juga berkemampuan mencerna ilmu pengetahuan berkenaan dan berkongsi apa yang dibaca dengan semua,” katanya. \rMohamad Ali juga yakin bahawa budaya membaca dapat menjadi penyelesaian persoalan mengapa selepas pelbagai usaha dan kempen memartabatkan bahasa Melayu diadakan, penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan di negara ini masih belum memuaskan.\r“Penerbit perlu menerbitkan buku bermutu dan dapat menyumbang kepada perpaduan di kalangan masyarakat pelbagai kaum. Kita juga mahu melihat pameran buku seperti Read Malaysia 2011 dapat menjadi medan memperkenalkan pelbagai jenis buku untuk segenap lapisan masyarakat negara ini,” ujarnya.

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-5-2024 04:57 PM GMT+8 , Processed in 0.099654 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list