CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 90|Reply: 0

Chavez akui jalani pembedahan ketumbuhan kanser

[Copy link]
Post time 2-7-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
CARACAS: Presiden Venezuela, Hugo Chavez, mengaku menjalani pembedahan membuang ketumbuhan kanser, menamatkan spekulasi sejak beberapa minggu lalu berhubung keadaannya dan ketiadaannya di khalayak awam.\r“Kajian mengesahkan wujud ketumbuhan dengan sel kanser,” kata Chavez kelmarin, ucapan pertama disiarkan di televisyen  sejak dikejarkan ke hospital di Cuba tiga minggu lalu.\r\n\n\n\n\r   Pemimpin anti-Amerika Syarikat berusia 56 tahun itu dimasukkan ke hospital 10 Jun lalu ketika satu kunjungan negara dalam apa yang dikatakan pegawai pada mulanya sakit pelvis dengan nanah dalam perut.\r\r\n\n\n\n\n   Pembedahan pertama menemui ketumbuhan kanser dan pembedahan kedua perlu untuk mengeluarkan sel, namun Chavez tidak mendedahkan di mana ketumbuhan ditemui atau jenis kanser yang dikesan.\rDalam ucapan emosi lewat malam disiarkan di Venezuela, beliau melahirkan harapan untuk pulih sepenuhnya sambil mengakui melakukan  kesilapan kerana mengabaikan kesihatannya sejak beberapa tahun lalu.\rBerbeza dengan ucapan spontan yang amat panjang sering berjam-jam lamanya, ucapan yang dirakam Chavez dibaca mengikut skrip selama 15 minit.\rDitemani imej hero kemerdekaan Venezuela, Simon Bolivar di sebelah dan bendera negara, pemimpin yang dipilih semula tiga kali sejak 1998 kelihatan agak kurus namun bersemangat ketika berucap.\r\n\n\n\n\rKetiadaannya ketika Venezuela mengalami krisis besar tenaga dan selepas satu rusuhan penjara yang mengakibatkan 29 orang maut mencetuskan perasaan berang di beberapa pihak.\rNamun, Chavez menegaskan beliau masih mampu mengawal keadaan.\r“Saya masih mengawal kerajaan Venezuela,” katanya, menambah beliau sering berkomunikasi dengan Naib Presiden, Elias Jaua dan anggota pentadbirannya.\rPresiden pengeluar terbesar minyak Afrika Selatan dan pemimpin kiri radikal Amerika Latin itu bagaimanapun, tidak memberi petunjuk bila akan pulang.\rKeadaan perubatannya dilingkari misteri, yang semakin mendalam Rabu lalu apabila sidang kemuncak serantau yang dijangka diadakan di Venezuela ditangguhkan.\r“Presiden berada dalam proses tegas pemulihan dan rawatan perubatan,” kata Kementerian Luar Venezuela tanpa menjelaskan lebih lanjut.\rPengunduran luar biasa Chavez dari pandangan umum menyebabkan ramai rakyat Venezuela membuat spekulasi beliau mungkin menjalani pembedahan plastik, menyembunyikan penyakit lebih serius atau mengumpul simpati sebelum cubaan pemilihan semula 2012. – AFP

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 08:09 AM GMT+8 , Processed in 0.039165 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list