View: 71|Reply: 0
|
Hizbullah bertegas tak serah anggota
[Copy link]
|
|
Jamin tidak ada perang saudara baru meletusBEIRUT: Pemimpin Hizbullah berazam tidak akan menyerahkan empat anggota kumpulan terbabit yang disabitkan dalam pembunuhan bekas Perdana Menteri, Rafik Hariri.\n\n\n\nDalam ulasan pertama sejak pendakwaan diumumkan Khamis lalu, pemimpin Hizbullah, Sheik Hassan Nasrallah berjanji negara itu tidak akan menyaksikan ‘perang saudara’ baru dikaitkan dengan penemuan tribunal disokong Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). Namun, jaminan kelmarin muncul dengan satu amaran bahawa keamanan di Lubnan bergantung sekiranya kerajaan tidak memaksa menyerahkan anggotanya.\n\n\n\n\nNasrallah juga mengecam siasatan enam tahun itu dengan menyatakan ia komplot Israel dan Amerika Syarikat.Sejurus selepas ucapan, ledakan tembakan kejayaan dan mercun meletus.Hizbullah yang mendapat sokongan dari Iran dan Syria, menafikan sebarang peranan dalam pembunuhan itu dan menuduh tribunal disokong PBB mengikut telunjuk Israel.Tuduhan bahawa Hizbullah, pasukan ketenteraan dan politik paling berkuasa di Lubnan, mempunyai peranan dalam pengeboman trak di sini pada 2005 yang mengorbankan Hariri mempunyai potensi menjerumuskan negara Arab di sempadan utara kawasan Palestin dicerobohi Israel itu ke dalam satu krisis baru dan ganas.Namun, Nasrallah cuba meredakan kebimbangan itu dan berkata: “Ada satu kerajaan bertanggungjawab di Lubnan yang tidak akan bertindak mengikut nafsu balas dendam.”Hizbullah mengumpul kekuatan politik yang tidak pernah berlaku dalam kerajaan tahun ini, menggulingkan pentadbiran sebelumnya Januari lalu apabila Perdana Menteri, Saad Hariri ketika itu, anak lelaki pemimpin dibunuh, enggan menolak siasatan kematian bapanya.Perdana menteri baru, Najib Mikati, adalah pilihan Hizbullah untuk jawatan itu. – AP
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|