CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 153|Reply: 0

Lelaki bunuh guru cuba ubah wajah

[Copy link]
Post time 5-7-2011 03:05 PM | Show all posts |Read mode
CHIBA: Seorang lelaki Jepun membuat pengakuan di mahkamah semalam bahawa dia merogol dan mencekik seorang wanita muda Britain, tetapi turut mendakwa tidak bermaksud untuk membunuh mangsa berusia 22 tahun itu.\rPada masa sama, lelaki itu juga cuba mengubah wajahnya menerusi pembedahan kosmetik untuk mengelak dikesan selepas pihak berkuasa melancarkan operasi memburunya di seluruh negara.\r\n\n\n\n\r   Tatsuya Ichihashi didakwa membunuh guru bahasa Inggeris, Lindsay Ann Hawker di pangsapurinya pada 2007.\r\r\n\n\n\n\n   Kes itu adalah pembunuhan berprofil tinggi di Jepun selepas mayat Hawker ditemui dalam tab mandi dipenuhi kotoran di balkoni pangsapuri Ichihashi.\rKetika permulaan perbicaraan, Ichihashi mengaku merogol mangsa dan menyebabkan kematiannya, namun turut menekankan dia tidak berniat membunuh seperti didakwa pendakwa raya.\r“Saya tidak berniat membunuhnya, namun saya bertanggungjawab atas kematiannya,” kata Ichihashi.\rHawker, dari Brandon, England, berada di Jepun untuk mengajar bahasa Inggeris. Dia dibunuh selepas mengajar Ichihashi secara persendirian di rumahnya.\r\n\n\n\n\rIchihashi melarikan diri selepas polis menemui mayat Hawker di pangsapurinya.  Dia mengelak daripada ditahan polis lebih dua tahun, menggunakan identiti palsu dan malah menjalani pembedahan kosmetik untuk mengelak ditahan. Dia akhirnya ditahan pada 2009. – AP\r

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 06:59 AM GMT+8 , Processed in 0.126065 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list