View: 147|Reply: 0
|
Penyanyi Lubnan diugut simbah asid
[Copy link]
|
|
Peminat Nawal al Zoughbi dilapor ancam mahu cacatkan wajah Elissa\rBEIRUT: Penyanyi Lubnan, Elissa (atas), ketika ini berada dalam ketakutan selepas menerima ancaman daripada seorang lelaki yang bersumpah membakar mukanya dengan asid.\r\n\n\n\n\rLelaki yang membuat ugutan itu dilaporkan peminat seorang lagi penyanyi terkenal negara berkenaan, Nawal Al Zoughbi.\r\r\n\n\n\n\nElissa membaca ugutan berkenaan yang disiarkan beberapa laman web mengatakan lelaki itu dan sekumpulan peminat Nawal lagi merancang menyimbah asid ke muka Elissa untuk merosakkan sama sekali wajahnya.\rLelaki yang merancang ancaman itu juga menggesa semua peminat Nawal membantunya melaksanakan rancangan berkenaan.\rBagaimanapun, sebab dia mahu melakukan serangan itu tidak didedahkan.\rPegawai kanan polis segera diminta mengambil langkah perlu termasuk menahan lelaki dan bagi melindungi Elissa meskipun ancaman berkenaan yang disiarkan di laman web dipadamkan dua jam kemudian.\r\n\n\n\n\rBerikutan itu, Elissa mengambil keputusan mengupah beberapa pengawal peribadi bagi mengawalnya pulang dan mengiringinya pada setiap masa bagi mengelak serangan lelaki terbabit termasuk orang lain.\rDalam satu lagi perkembangan lain, Elissa menamatkan pembikinan lagu muzik video terbarunya berjudul ‘Bitsada’ Bi Meen’ (Siapa yang kamu percaya), yang terkandung dalam album terbarunya.\rKlip itu dirakamkan atas arahan Emile Seelani di beberapa lokasi di Beirut. Lagu itu juga akan disiarkan di beberapa saluran televisyen satelit tidak lama lagi.\rLagu itu ditulis oleh penyajak, Nader Abdalla dan diedarkan oleh syarikat Tamim dengan Waleed Saed sebagai pengarah dan dihasilkan firma Rotana’.\rSementara itu, majalah perniagaan Arab menyenaraikan Elissa di tempat ketiga sebagai dalam senarai bintang pop terkaya Lubnan dengan aset AS$35 juta (RM105 juta). Bintang pop terkemuka Mesir, Amr Diab adalah yang paling kaya dengan AS$$41 juta (RM123 juta).\rDi tempat kedua ialah Nancy Ajram, memiliki AS$36.3 juta manakala Fairuz di tempat keempat dengan AS$29.5 juta (RM88.5 juta). – Agensi
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|