CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 196|Reply: 0

12 maut pangkalan tentera meletup

[Copy link]
Post time 12-7-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
Senjata, peluru dirampas Cyprus punca tragediNICOSIA: Sekurang-kurangnya 12 terbunuh apabila senjata Iran yang dirampas meletup di  pangkalan tentera laut utama di Kepulauan Greece Cyprus  di Zygi  semalam, kata media tempatan. \rLetupan besar itu memusnahkan jana kuasa elektrik Vassiliko iaitu loji terbesar di pulau itu yang menjana 50 peratus  bekalan elektriknya hingga mencetuskan gangguan bekalan elektrik di sebahagian besar kawasan di  Cyprus.\r\n\n\n\n\rLetupan itu menyebabkan kerosakan  kediaman di kampung berdekatan, Memaksa 150  penduduknya dipindahkan, kata ketua kampung, Nikos Asprou.\r\r\n\n\n\n\nBerikutan insiden itu Menteri Pertahanan Cyprus Costas Papacostas dan panglima pasukan Pengawal Kebangsaan Greece Cyprus  meletak jawatan.\rAgensi berita CNA yang memetik sumber ketenteraan berkata lima anggota bomba, empat  Pengawal Nasional Greece Cyprus  dan dua kelasi antara yang maut.\rRadio tempatan melaporkan sekurang-kurangnya 30 cedera dalam letupan itu.\r“Kita akui terdapat mangsa terbunuh dan cedera dalam kejadian terbabit  tetapi kita  belum mengetahui jumlah sebenar mangsa. Ia situasi yang sukar,” kata jurucakap Kementerian Pertahanan, Aliki Stylinaou.\rBeliau berkata letupan terbabit  dipercayai berpunca daripada senjata dan peluru yang dirampas Cyprus daripada kapal Iran yang melalui perairan kepulauan itu  pada 2009.\rStylinaou berkata, letupan terbabit menjadi punca bekalan elektrik terputus di pulau itu awal pagi semalam.\rLetupan itu adalah kejadian yang paling buruk dalam sejarah ketenteraan di pulau itu.\rSaksi  memberitahu, kejadian berkenaan turut memusnahkan kampung nelayan berdekatan yang terke-nal dengan  restoran makanan laut yang   popular di kalangan pelancong di pulau peranginan itu. – Reuters/ AFP

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 08:15 AM GMT+8 , Processed in 0.080246 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list