CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: roti_planta

Makin Aku Cinta (U)

  [Copy link]
Post time 28-7-2011 01:24 PM | Show all posts
Ala...siketnya..nak lg plssssss
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 28-7-2011 03:52 PM | Show all posts
Reply 61# PinangMasak


   sedang berusaha sedaya upaya nak memasukkan byk post nitapi lately ni byk meeting plak nak kena attend...

sowi yer kengkawan sumer.... ;)
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-7-2011 03:53 PM | Show all posts
Post Last Edit by roti_planta at 28-7-2011 15:55

Segalanya serba tak kena bagi Emran. Masa yang berdetik juga seperti lambat berkali ganda malam ini. Dari tadi dia tak dapat langsung menumpukan perhatian kepada setiap lakaran yang cuba di lukis. Bersepah-sepah jadinya apabila banyak helaian kertas di buang kerana tiada idea yang datang.


Akirnya Emran mengaku kalah. Dibiarkan sahaja ruangan kerjanya itu bersepah dan dia melangkah ke arah katil. Badan direbahkan dan mata di tutup. Sedaya upaya dia berusaha untuk tidur tapi lena tetap juga tak mahu hadir. Dia mengiring ke kiri dan kemudian beralih ke kanan, tetap juga serba tak kena. Ada seraut wajah yang menghiasi layar matanya ketika ini.


~Aduh. Dah angau overdose aku ni. Tak boleh jadi macam ni!~


Emran bingkas bangun dari pembaringan dan turun ke dapur. Dia memerlukan minuman panas untuk meredakan rasa hatinya tika ini.
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2011 05:01 PM | Show all posts
lagik...lagik...lagik...lagik...lagik...lagik...
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2011 11:37 AM | Show all posts
tqvm......
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2011 09:26 AM | Show all posts
x sbr menanti cite seterusnya...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 1-8-2011 02:13 PM | Show all posts
rasanya sebab dah puasa, semua pun dah taknak mengarangf.. takperlah tambahkan ibadat dibulan puasa nie kot.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-8-2011 09:48 PM | Show all posts
sori yer sumer
bukan takmo mengarang
tapi tgh cuti
sok baru msk keje balik
kat kampung takder tenet
tgu yer...
terima kasih di atas kesabaran anda semua...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-8-2011 08:48 AM | Show all posts
la..masuk2 tgk ade reply dr TT..ingatkan dah update..
sekali hampaaaaaaaaa
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-8-2011 09:34 AM | Show all posts
Post Last Edit by roti_planta at 2-8-2011 09:37

Setelah hujan pun berhenti
Flora cintaku pun bersemi
Menjadi pepohon tegak merimbun

Bayang kasihmu oh !...
Sempadan cinta pun terbuka
Flora cintaku pun berbunga
Menjadi haruman wangian cinta
Selama-lama...

Nombor telefon teksi didail berkali-kali. Entah apa nasibnya hari ini, kebanyakan nombor teksi yang disimpan tidak dapat dihubungi. Jika ada yang menembusi talian pun, mereka akan meminta Suria untuk menunggu sekiranya terdapat teksi yang tidak sibuk. Akhirnya Suria mengambil keputusan untuk menaiki bas sahaja ke pejabat.


~Alaaa… bukannya jauh sangat pun Kota Kemuning ke Amcorp Mall tu. Kalau pandu kereta dalam 45 minit, kalau naik bas mesti dalam satu jam boleh sampai kot.~


Suria cuba menenangkan hatinya sendiri. Jam ditangan menunjukkan pukul 7.15 minit pagi. Pintu apartment di tutup setelah memastikan semua suis dimatikan. Suria mengunci pintu grill dan berjalan menuju ke arah lif. Duit syiling yang akan digunakan untuk tambang bas di kira. Ada RM 3.00 semuanya. Cukup agaknya untuk dijadikan tambang.


Sebaik pintu lif terbuka, hati Suria menjadi berdebar-debar.Tangannya secara automatik di letakkan di dada. Dia tahu rasa ini. Rasa yang akan hadir bila ‘seorang itu’ berada berhampiran dengan dirinya. Tapi mustahil‘seseorang itu’ akan berada di kawasan rumahnya pagi-pagi hari begini. Suria cuba untuk tidak mengendahkan rasa debaran itu tapi semakin dia menghampiri kawasan pondok pengawal, semakin kuat pula rasanya.


Sebaik sahaja Suria melepasi pondok pengawal,matanya dan kepalanya bagai di tarik-tarik untuk menoleh ke kiri jalan. Sebuah Audi berwarna merah nampak hebat walaupun hanya kaku di tempat parkir kereta. Pemandunya pula kelihatan lebih hebat dari kereta. Dengan cermin mata hitam, baju kemeja lengan panjang berwarna merah lembut dan tali leher berwarna emas, lelaki itu nampak sangat bergaya dan berkarisma.


Suria berpura-pura tidak menyedari tentang pandangan lelaki itu. Langkah kaki di lajukan. Kalau boleh, dia ingin berlari agar cepat sampai ke pondok bas. Tapi itu semua hanya terjangkau di akalnya sahaja. Tatkala satu bunyi hon yang panjang kedengaran, serta-merta kaki Suria bagai digam. Kaku. Beku.


“Assalamualaikum”satu suara garau bercampur serak-serak basah kedengaran di belakang Suria.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-8-2011 09:37 AM | Show all posts
untuk kengkawan yagn sudi menunggu
ader beberapa post lagik ari ni
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-8-2011 09:38 AM | Show all posts
Post Last Edit by roti_planta at 2-8-2011 09:42

“Alaikumsalam” Suria menjawab salam yang diberi tapi dia masih tidak mahu berpaling melihat sang empunya suara yang menegur.


“Kenapa nak lari?”


“Mana ada lari.”


“Kalau tak lari, kenapa tak berhenti”


“Buat apa nak berhenti?”


“I know you saw me. Why pretending like you didn’t?”


“Saya tak nampak pun Encik Emran kat parking tu,so kenapa pulak saya nak berpura-pura?”


Suria dan Emran masih berbalas-balas soalan.Kelihatan seperti kesabaran Emran semakin menipis. Gadis di hadapannya ini memang benar-benar menguji emosi di pagi hari. Sudahla bercakap tanpa memandang mukanya, soalan yang ditanya pula di jawab dengan soalan. Satu perkara yang memang cukup pantang bagi Emran.


“Cik Suria, kalau awak tak nampak saya, macam mana awak tahu saya ada kat tempat parking tuh?”


~Erk! Dah kantoi!!! Adeh, kenapa la aku pegi cakap yang aku tak nampak dia kat tempat parking~


Suria rasa seperti ingin menampar mulut sendiri akibat keterlanjuran katanya tadi. Kini, Emran tahu yang dia sengaja melarikan diri dari lelaki itu. Dia hanya mendiamkan diri tanpa mahu menjawab soalan terakhir dari Emran.


“Dah, tak payah jadi tugu negara. Pergi masuk kereta.”


“Ha!” Suria terkejut.


“Cik Suria, saya cakap bahasa melayu bukannya bahasa Rusia yang susah sangat awak nak faham. Saya suruh awak masuk dalam kereta. Dah pukul 7.45 ni. Awak nak masuk office pukul berapa? Nanti lambat pulak.”

Emran masih menanti Suria melangkah ke kereta. Dia tahu, jika dia tidak tunggu, pasti gadis itu akan menonong menaiki teksi atau bas.





“Tapi Encik Emran….”


“I said now!!!”


Sekali lagi Suria melangkah masuk ke dalam kereta dengan wajah mencuka. Dia benci bila Emran mula meninggikan suaranya. Tapi dia lagi benci bila terpaksa duduk dalam ruangan yang sama dengan lelaki itu. Dia tak suka bau haruman yang dipakai lelaki itu dan dia lagi tak suka bila haruman itu menghantui deria baunya.


Suria masih leka melayan rasa sakit hati akibat dari di tengking dan di paksa Emran. Dia tak faham kenapa lelaki itu ada dikawasan rumahnya pagi ini. Tak mungkin Emran datang semata-mata hanya untuk menghantar dia ke pejabat. Itu adalah alasan yang paling mustahil yang mampu difikirkan oleh otak Suria. Lelaki yang garang macam Emran, takkan melakukan perkara seperti itu.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-8-2011 09:43 AM | Show all posts
Post Last Edit by roti_planta at 2-8-2011 09:50

Jam di tangan dibelek-belek. Jika di ikutkan imaginasi melampau otaknya saat ini, mahu sahaja dia melompat keluar dari kereta dan kemudian berguling-guling tepi jalan. Dia lebih rela cedera dan patah riuk dari terpaksa duduk dalam ruangan yang sempit dan sejuk bersama lelaki yang panas dan garang ini.


“ehemmmm….. Suria”


Suria tersentak. Lelaki itu memanggil namanya.


“ermmm” pendek sahaja sahutan dari Suria.


“I’m sorry”


Tiada balasan dari Suria.


“Suria, I said, I’m sorry!” Emran mencuba sekali lagi.


“ermmm…. Ok”


“I’m not supposed to shout at you.”


“Encik Emran, do you mind if I’m asking?” Suria memandang ke muka Emran. Dia sudah tidak mampu menahan asakan soalan yang berada dalam mindanya.


Kali ini Emran pula yang terkejut. Terkejut kerana Suria sedang memandang tepat ke wajahnya. Gugup pula serta-merta menjelma.


“Err…errr… tanya jer la. Kenapa pulak nak mintake benaran.” Jantung Emran berdegup lebih kencang dari biasa.


“What bring you to my place this morning?”


“Ha?” Emran terkedu seketika.


Suria masih menantikan jawapan dari Emran.Pandangan mata yang terarah ke wajah Emran masih tidak berganjak.


“ermmm….. ermmmm…. Actually mummy yang suruh saya hantar awak pergi kerja sebab kereta awak masuk bengkel. Mummy kata dia kesian kat awak.”


~Mummy, Ku Em minta ampun banyak-banyak. Ku Em terpaksa jual nama mummy.~


“Auntie? Takper, nanti saya telefon auntie bagitahu yang saya boleh pergi kerja sendiri. Takkan la auntie nak suruh Encik Emran hantar saya sampai kereta saya siap. Lama tu.”


Suria sudah mengeluarkan telefon bimbitnya dan mula mendail nombor telefon Ku Mardhiana. Dia tak mahu wanita itu terlalu memikirkan tentang dirinya. Kemalangan yang berlaku semalam memanglah salah Erlina, tapi dia tidak mahu di layan berlebih-lebihan hanya kerana rasa bersalah dan rasa simpati.


“Jangan!!!!!!” dengan pantas suara Emran bergema di dalam kereta sehingga menyebabkan Suria melompat sedikit. Dadanya diusap perlahan.


~Dah kenapa mamat ni. Kena sawan jerit ker.~


“Encik Emran, saya cuma nak call auntie jer, yang Encik Emran menjerit macam orang kena sawan ni kenapa pulak?” berkerut-kerut dahi Suria yang masih cuba memahami kenapa Emran sampai perlu menjerit sedemikian rupa.


“Ermm…. Bukan macam tu. Tak perlu lah awak call mummy. Nanti dia ingat saya tak ikhlas pulak hantar awak pagi ni. Mesti saya kena marah, tapi kalau awak memang suka saya kena marah, awak call jer la.”


~Nasib baik sempat fikir alasan, kalau tak, dah pecah rahsia.~


“owh… macam tu ker? Then takper lah” dengan pantas Suria memasukkan telefon ke dalam beg tangan. Dia tak sanggup mendengar jeritan dari Emran lagi sementelah pula mereka semakin menghampiri bangunan Amcorp Mall, jadi Suria rasa, tiada guna untuk dia terus berdegil hendak menghubungi Ku Mardhiana walaupun dia masih pelik dengan kelakuan Emran.


Kereta Emran berhenti betul-betul di hadapan pintu masuk ke Menara B, Amcorp Mall. Sesudah mengucapkan terima kasih, Suria terus melompat keluar dari kereta. Dia sudah tidak betah untuk berada disebelah Emran walau untuk seminit lagi.


~Lelaki ini boleh membuatkan aku jadi GILA!!~

Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2011 11:45 AM | Show all posts
best2!!
nak lagi
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2011 12:03 PM | Show all posts
Best2 rp....nnt tambah lg erk....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-8-2011 12:28 PM | Show all posts
Post Last Edit by roti_planta at 2-8-2011 12:31

The thing about love
Is I never saw it coming
It kinda crept up and took me by surprise
And now there's a voice inside my heart that's got me wondering
Is this true, I want to hear it one more time

Emran tiba di pejabat lewat satu jam dari biasa.Walaupun terpaksa mengharungi kesesakan yang teruk dari Petaling Jaya ke Damansara, dia tetap tersenyum girang. Apalah sangat setakat kesesakan jalanraya jika hendak di bandingkan dengan kepuasan bila dapat menatap wajah yang telah mencuri hati lelakinya saat ini.


Senyuman manis yang tidak putus-putus dari bibirnya mengundang persoalan di benak Harold, rakan kongsi yang juga merangkap teman baik Emran. Sudah lama Emran tidak kelihatan segembira ini. Pasti ada sesuatu atau mungkin seseorang yang menyumbang kepada senyuman gembira temannya itu.


Tanpa berlengah, langkah kaki di atur menuju kebilik Emran. Pintu diketuk dan dia masuk setelah mendapat kebenaran.


“Hei bro! Gembira nampak hari ni. Wanna share with me?” Harold bertanya terus tanpa basa-basi. Dia memang tak pandai nak‘corner’ soalan.


“Gembira? Biasa jer. Selalu pun aku gembira apa.” Emran masih mahu mengelak. Dia belum bersedia untuk berkongsi rasa hatinya dengan sesiapa.


“Luar biasa la bro. Apsal lambat hari ni?Selalunya kau yang bukak pintu office”


“Hari ni aku buat amal jariah, tuh sebab lambat sikit. Kau dah breakfast?”


“Kalau belum, kau nak belanja ker?”


“Aku tanya, kau jawab la. Jangan bagi aku soalan jugak boleh?”


“OK..OK…. sakat sikit pun tak boleh. Aku belum breakfast lagi, tunggu kau dari tadi”


“Jom pegi mamak. Hari ni aku belanja.”


Harold tidak bertangguh lagi bila mendengarkan ajakan dari Emran. Keceriaan Emran benar-benar luar biasa malah lebih luar biasa bila sahabatnya itu mengajak dia bersarapan di luar. Selalunya Emran lebih gemar menikmati kopi di pejabat sahaja. Boleh di bilang dengan jari berapa kali Emran dan dia bersarapan bersama sebelum ini dan semua ini menguatkan lagi telahan Harold tentang punca perubahan Emran. Pasti berkait rapat dengan seseorang.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 2-8-2011 12:32 PM | Show all posts
Post Last Edit by roti_planta at 2-8-2011 12:35

“Ju, hari ni aku tumpang kau yer. Kereta aku masuk bengkel la” Suria bertanya kepada pembantunya, Juliana sewaktu mereka menikmati makan tengahari bersama-sama. Juliana tinggal di Bukit Tinggi, Klang,untuk pulang ke rumah, Juliana pasti akan melalui kawasan perumahan tempat Suria tinggal.


“Boler jer, tapi tak boleh lambat la. Aku kena ambil anak aku kat rumah pengasuh on time. Nanti membebel pulak makcik tu kalau aku lambat.”


“Thanks, Ju. Harap-harap tak ada last minute discussion la dengan Encik Farid hari ni. Mamat tuh selalu jer buat amendment masa dah nak balik.”


“Yer la Suria, kan Encik Farid tu bujang. Kalau dia balik rumah cepat-cepat pun, bukannya ada yang tunggu. Baik dia menelaah kerja kat office ni. Apa kata kau mengorat Encik Farid tu jer. Kau bujang, dia pun bujang, ok lar tuh”


Cadangan Juliana yang itu disambut dengan satu jelingan tajam dari Suria. Tidak dinafikan yang Encik Farid merupakan seorang lelaki yang kacak, baik dan nampak sangat bersopan dengan perempuan tapi memang tak pernah terjangkau di akal fikiran Suria untuk duduk bergandingan dengan Encik Farid sebagai kekasih, lagi pula lelaki itu lebih muda usianya berbanding Suria.


“Ju, lawak engkau tu tak kelakar la. Encik Farid tuh muda 2 tahun daripada aku. Tak sesuai sangat yer”


“Adakah itu bermaksud, kau sekarang mencari lelaki yang lebih tua?”


Soalan dari Juliana itu membuatkan Suria tersedak. Lelaki lebih tua??


“Tak bermaksud apa-apa. General statement. Buat masa ni, aku tak mahu pening kepala fikir pasal pasangan hidup. Letih la.”


“Suria, jodoh, pertemuan, ajal dan maut ni kerja Allah. Kita boleh merancang, tapi Allah jua yang akan menentukan. Hari ni kau boleh la cakap yang kau letih nak mencari cinta. Esok-esok, bila jodoh tu datang depan mata, kau lari jauh mana pun, tak dapat nak elak.” Panjang lebar nasihat yang Juliana berikan.


Hakikatnya,bukan Suria cuba untuk mengelak dari bercinta, cuma rasa kecewa akibat dari perbuatan Arman masih lagi terasa dan dia tidak bercadang untuk mencari cinta baru dalam jangka waktu terdekat. Padanya, biarlah cinta itu datang tanpa diundang. Dia sudah penat menganyam impian tapi akhirnya dia sendiri yang terkapai-kapai ditinggalkan.
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2011 01:07 PM | Show all posts
yes....lagik
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2011 03:36 PM | Show all posts
Crite baru yang menghiburkan
next pls......
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2011 07:35 PM | Show all posts
best cerita ni...jgn lupa sambung ye...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 02:18 PM GMT+8 , Processed in 0.195464 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list