CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: roti_planta

Makin Aku Cinta (U)

  [Copy link]
Post time 8-8-2011 01:37 PM | Show all posts
sweetnya depa... hope suria faham hati emran....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 8-8-2011 04:48 PM | Show all posts
Post Last Edit by roti_planta at 8-8-2011 17:23

Seluruh tubuhkuterpaku dan membisu
Detak jantungku berdebar tak menentu
Sepertinya aku tak ingin berlalu
Berikan cintamu jugasayangmu
Percaya padaku ku kan menjagamu
Hingga waktu menjemputku


Sms yang diterima dari Erlina memberitahu yang dia telah menunggu di bawah membuatkan Suria kelam kabut.Entah apa yang yang dia fikirkan sehingga setiap perbuatan dan perlakuannya terasa serba tak kena. Hatinya berdebar-debar dan jantungnya berdegup lebih laju dari biasa. Reaksi yang kebelakangan ini terjadi jika Emran berada berdekatan.


~Rileks la wahai sang hati. Erlina datang dengan Ku Mardhiah, bukannya Ku Emran. Jangan kalut sangat.~


Sebaik mengunci pintu rumah, Suria turun dan terus masuk ke dalam kereta. Dia memilih untuk duduk di kerusi belakang pemandu. Satu bau yang terbit membuatkan jantung Suria berdebar lebih hebat. Wangian milik Emran! Sebaik dia mengangkat muka, pandangan mata Suria bertembung dengan pandangan mata milik Emran yang sedang leka memerhatikan setiap pergerakannya melalui cermin pandang belakang.


“Assalamualaikum Suria.”

Bisikan salam dari Emran mengundang satu rasa yang hangat ke dalam hati Suria. Suara Emran kedengaran sangat mesra dan penuh rasa sehingga Suria jadi kelu untuk membalasnya.


“Wa….wa…wa alaikummussalam”tergagap-gagap Suria membalas. Peluh dingin mula mengalir di tangan. Pandangan mata Emran masih tertancap di wajah Suria seperti tidak mahu terlepas walau untuk sedetik.
Suria tidak tahubagaimana untuk berdepan dengan situasi seperti ini.



“Sorry la Kak Suria, mummy ada hal so, dia tak dapat ikut. Kak Suria tak kisahkan along ikut sekali?” suara Erlina berjaya memecahkan kebisuan antara Suria dan Emran.


“Ha! Along? Oh… takper. Janji boleh pergi ambil kereta akak. Tak kisah la Auntie ker, Uncle ker, as long as kita sampai kat bengkel, akak ok jer”


Suria cuba untuk berlagak selamba walaupun dalam hati, hanya Allah yang tahu debarannya. Kalaulah dadanya menjadi lutsinar tika ini, pasti akan kelihatan betapa laju jantungnya berdegup dan betapa deras darahnya mengalir.


Sepanjang perjalanan, hanya mulut Erlina sahaja yang becok bertanya dan bercerita menakala Suria hanya menjawab dan menyampuk bila perlu. Emran? Dia hanya berdiam diri memandu dan pantang ada peluang, matanya akan memandang ciptaan terindah dari Allah yang telah mencuri sekeping hati lelakinya.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-8-2011 04:52 PM | Show all posts
Post Last Edit by roti_planta at 8-8-2011 16:55

Sebaik sahaja tiba di bengkel,Erlina terus sahaja melompat keluar. Di dalam hatinya dapat merasakan satu aura yang berlainan bila mana Along dan kak Suria bertemu. Umpama aura kameha-meha antara Goku dengan Picollo. Eh bukan, Tuh dah kartun sangat.


Aura antara Along dengan Kak Suria lebih kepada aura Kau Kunci Cintaku Di Dalam Hatimu. Bukan Erlina tidak nampak cara Along memberi salam kepada Kak Suria tadi. Pandangan mata Along yang sarat dengan perasaan itu sudah mampu menjelaskan segala-galanya. Ada rasa gembira yang terbit di hati Erlina. Sekian lama dia dan mummy berdoa semoga Along bertemu dengan seseorang yang mampu mengembalikan kebahagian Along yang dibawa pergi bersama-sama Kak Najiha. Walaupun dari luaran tampak normal, tapi Erlina tahu, jauh di sudut hati Along, dia kesunyian. Kematian Kak Najiha membawa pergi separuh dari kegembiraan Along tapi Along cuba berlagak ceria kerana tak mahu orang di sekeliling dia tahu kesedihan yang dia rasai.


Keluarga mereka tidak kisah siapa sahaja pilihan hati Emran, mereka pasti akan bersetuju seratus peratus asalkan wanita itu boleh membahagiakan Along kesayangannya. Jika Kak Suria yang telah mencuri hati Along, Erlina sukakan wanita itu. Mummy juga sukakan Kak Suriakerana Kak Suria pandai mengambil hati dan lemah lembut.



Senyuman nakal terukir di bibir Erlina. Kepalanya mula merancang sesuatu. Sesuatu yang diharapkan dapat menyatukan dua hati. Kalau tak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya kan. Echehh… Dah pandai berperibahasa pula dia sekarang.
Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2011 04:59 PM | Show all posts
Best la rp...ada lg?
Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2011 05:09 PM | Show all posts
RP
ala.... rasa xpuas baca kalau free letak le banyak2.
Uda ni tamak dan xsaba jdnya walaupun bulan puasa
yg kena perlu banyak bersabar.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-8-2011 05:24 PM | Show all posts
tgh mskkan entry kat blog kejap
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 8-8-2011 05:29 PM | Show all posts
tgh mskkan entry kat blog kejap
roti_planta Post at 8-8-2011 17:24



    ok tk. uda setia menanti
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-8-2011 05:30 PM | Show all posts
uda,
next post malam sikit la
nak balik dah neh
nak masak
sori yer...
tak pong baca kat blog
full entry
myangelskin.blogspot.com
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-8-2011 08:34 AM | Show all posts
n3 n3 n3 n3 n3 n3 n3 n3 n3
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-8-2011 09:39 AM | Show all posts
Post Last Edit by roti_planta at 9-8-2011 09:42

“We’ll need to talk” Emran bersuara sebaik sahaja Erlina keluar dari kereta. Pintu kereta dikunci dari dalam. Dia tidak mahu Suria mengelak lagi.


“There is nothing to talk about” balas Suria sambil berpeluk tubuh. Hakikatnya dia menyembunyikan debar yang menggila di dalam dada.


“Kenapa menangis?”


“Mana ada saya menangis.”


“Kalau tak menangis, kenapa mata bengkak?”


Sepi.


Tiada jawapan yang keluar dari mulut Suria kerana Suria memang tak tahu jawapan apa yang patut diberi kepada Emran.


Ada orang kata sepi itu indah,tapi tidak pada Emran saat ini. Sepi tanpa suara dari Suria seakan membunuh segenap rasa yang ada dalam dirinya. Melihat mata Suria yang bengkak kesan dari menangis menambah lagi rasa sakit di jiwa. Adakah dia terlalu memaksa?


“Suria….. your silent is killing me. Please say something.”


Mendengarkan suara Emran yang memanggil namanya dengan sepenuh perasaan membuatkan airmata Suria menitis lagi. Suria benar-benar tak faham kenapa. Telinga dia lebih rela mendengar jeritan dan tengkingan daripada hatinya terusik apabila Emran memanggil dengan penuh kasih sayang. Rasa seperti sayang lelaki itu terlalu melimpah ruah setiap kali lelaki itu menyebut namanya.


Suria ternampak Erlina melangkah keluar dari pejabat bengkel dan menuju ke arah kereta mereka. Airmata diseka dan cermin mata di pakai.


“Saya nak keluar. Lin dah datang.”Serak suara yang keluar dari mulut Suria.


Dengan rasa berat hati, Emran terpaksa juga membuka pintu kereta. Erlina menggoyang-goyangkan kunci kereta milik Suria sebaik sahaja dia tiba.


“Ni kunci kereta akak. Warranty ada sebulan. Kalau akak tak puas hati dengan hasil kerja diorang, akak bawak jer kereta datang sini, diorang akan betulkan. FOC.”


Kunci sudah bertukar tangan.


“Alhumdulillah. Thanks Lin!. Akak minta diri dulu. Nanti kirim salam kat mummy Lin yer.” Suria ingin cepat-cepat berlalu. Dia sudah tak mampu untuk terus berhadapan dengan Emran dalam keadaan emosinya yang sangat tidak stabil.


“No problem la Kak. Tapi kan, Lin ada satu hal kecik nak minta tolong kat akak ni. Lin harap sangat akak dapat tolong Lin kali ni.” Erlina sudah memulakan langkah-langkah dewi panahan cintanya.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-8-2011 09:43 AM | Show all posts
Post Last Edit by roti_planta at 9-8-2011 09:46

“Tolong apa? Insya-Allah, kalau akak boleh tolong, tentulah akak akan tolong”


“Lin nak mintak tolong akak hantarkan abang Lin yang hensem lagi kacak dan bergaya ni balik rumah mummy sebab Lin ada hal sikit kat Subang. Boleh tak kak?”


“Ha! Hantarkan along??” seperti mahu tercekik rasanya mendengarkan permintaan dari Erlina itu.


~Aku nak lari jauh-jauh dari abang dia, dia lagi nak suruh aku dekat-dekat pulak. Ni konspirasi adik beradik ker apa?~


Emran yang ternampak reaksi Suria mengalah. Dia tidak mahu terus menerus memaksa Suria supaya menerima dirinya.Dia tahu mungkin dia perlu berikan sedikit ruang dan masa untuk Suria berfikir.


“It’s ok adik. Along boleh balik sendiri.Jangan susahkan Kak Suria” Terkandung nada kecewa dari suara Emran.


“Tapi Along kat belum sihat sangat. Kalau Along pengsan nanti macam mana? Kak Suria, boleh tolong tak?”Erlina terus-terusan mendesak.


~Sorry Along. Adik buat ni semua untuk Along.~


“err….err…err… Boleh, apsal pulak tak boleh kan. Saya hantarkan Encik Emran balik rumah Ku Mardhiah. Tak susah pun.” Sengaja nada suaranya di lunakkan. Dia tak sampai hati mahu membiarkan Emran pulang sendiri dalam keadaan kesihatan lelaki itu yang tidak menentu.


“Betul ni kak Suria. Thank you very much, my dear sister. Love you! ….. Along, Lin gerak dulu.” Erlina meninggalkan Emran dan Suria dengan satu kenyitan mata. Dalam hati dia berdoa agar abangnya dapat mengambil peluang ini dengan sebaiknya.


Emran menyepi, Suria berdiam diri.Kedua-duanya masih berdiri di sisi kereta Suria.


“Awak betul-betul tak kisah hantar saya balik rumah mummy?”Emran bertanya untuk memohon kepastian. Jika Suria keberatan, dia akan menyuruh Harold untuk mengambil dan menghantar dia.


“Takper. Lagipun awak tak sihat.Saya tak kejam sangat nak tinggalkan awak kat sini.” Suria menjawab selamba dan terus masuk ke dalam kereta.


“Sayang juga awak kat saya yer.”Senyuman sinis terbit dari bibir Emran.


“Tolong jangan perasan. Takder kena-mengena dengan sayang or whatsoever yer.”


Jawapan dari Suria mematikan terus senyuman di wajah Emran.


“We need to talk and this time, I really mean it, Suria.” Keras sahaja bunyinya dan Suria tahu kali ini dia memang tak boleh lari lagi.
Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2011 11:27 AM | Show all posts
LIKE....LIKE....LIKE.....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-8-2011 01:55 PM | Show all posts
Post Last Edit by roti_planta at 11-8-2011 14:05

Kau tanya apakah ku bisa
Membuka hatiku untukmu
Ku tak bisa berkata kata
Airmata yang bicara

Sesungguhnya ku ingin dirimu
Tuk cairkan hatiku yang beku
Tapi aku belum siap
Aku jadi dilema

Aku tak maumenyakitimu
Karna hati ini masih ragu
Tapi aku butu* cinta
Aku jadi dilema


Khalil Gibran pernah menulis, cinta tidak memberikan apa-apa kecuali dirinya sendiri dan tiada mengambil apa-apa pun kecuali dari dirinya sendiri.Cinta tiada dimiliki juga tiada ingin dimiliki, kerana cinta itu cukup sekadar telah cinta.

Ketenangan tasik Shah Alam yang terhampar di hadapan mata sedikit pun tidak membantu untuk menenangkan hati Suria yang sedang bergolak saat ini. Dari tadi di hanya mengikut sahaja rentak Emran. Jangan ditanya kenapa, kerana dia sendiri tiada jawapannya. Hati dan akalnya sudah tidak berjalan seiringan lagi.


Emran membaling batu-batu kecil ke arah tasik sehingga menyebabkan air tasik berkocak, sama seperti perasaan yang dia rasai ketika ini. Matanya melirik ke arah Suria yang berdiam diri sedari tadi. Langkah kaki di atur menghampiri gadis itu. Emran tahu yang Suria memerhatikan setiap langkahnya di sebalik cermin mata hitam yang dia pakai.Segaris senyuman terbit di bibirnya.


“Suria, adakah saya terlalu memaksa?” soalan dilontarkan sebaik sahaja Emran berhadapan dengan Suria.


“Maaf, saya tak faham apa yang Encik Emran cuba katakan.” Balas Suria sambil cuba melarikan pandangan dari wajah Emran.


“atau saya tak layak untuk bersama dengan awak?”


“Encik Emran, saya betul-betul tak faham apa yang Encik Emran cuba katakan. I am confused”


“No, you are not, Suria. Awak tahu apa yang kita bincangkan sekarang. Awak tahu perasaan saya pada awak. Atau awak nak saya terangkan sekali lagi?” sinis suara Emran membuatkan Suria sakit hati.


“Encik Emran, cukup-cukup la buat lawak. Semua ni tak lucu langsung”


“Saya tak pernah buat lawak tentang perasaan saya, Suria. Saya tahu apa yang hati saya mahukan. Perasaan saya pada awak bukan satu mainan. Saya bukan muda untuk bermain-main bila berbicara tentang hati dan perasaan dan saya juga bukan lelaki yang mudah melafazkan cinta kerana sekali saya jatuh cinta, rasa itu akan kekal selamanya. Saya bukan mencari kekasih untuk bersuka ria, Suria. Saya mencari kekasih yang akan mencintai saya sehingga saya menutup mata. Seseorang yang mengisi ruang ketidaksempurnaan saya dan menerima segala kekurangan saya sebagai kelebihan dia. Does it sound funny to you?” separuh merintih Emran meluahkan isi hatinya.Bukan sifat dia untuk merayu tapi kali ini dia benar-benar mahu Suria tahu apa yang dia rasakan. Emran sangat pasti yang Suria juga merasakan sesuatu tapi mungkin gadis itu keliru tentang perasaannya.


“Memang tak lucu pada Encik Emran,tapi ianya sangat lucu pada saya. Kenapa saya? Kita bukannya saling mengenali antara satu sama lain. Saya tak kenal siapa sebenarnya Ku Emran bin Ku Hashim.Saya cuma kenal Encik Emran sebagai hamba Allah yang menyelamatkan saya. Itu sahaja! Tak mungkin saya mampu menyemai perasaan cinta atau sayang jika saya tak kenal siapa sebenarnya Encik Emran.”


Suasana sepi seketika. Suria mengesat butir airmata yang tak henti-henti mengalir dari tadi. Sejak dari kejadian malam tadi, atau lebih tepat lagi, pagi tadi, airmata Suria akan mengalir dengan sendirinya setiap kali Emran mula berbicara tentang hati dan perasaan.


“Awak kenal saya lebih dari orang lain. Awak dah berjumpa dengan semua orang yang saya sayang dan penting dalam hidup saya. Mummy, Daddy dan Erlina. Saya juga kenal dengan mama awak. Semua itu sudah cukup pada saya untuk mencintai awak.” Penuh yakin Emran menjawab persoalan Suria.


“Tapi itu tak cukup pada sayaEncik Emran. Saya tak ada apa-apa perasaan pada Encik Emran. Nothing. Zero.Kosong. Tak mungkin saya dapat terima Encik Emran.”


“Betul awak tak ada apa-apa perasaan pada saya, Suria?” Emran kini berdiri betul-betul di hadapan Suria.



“Tak ada dan tak pernah ada” kurang yakin sahaja suara yang keluar.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-8-2011 02:05 PM | Show all posts
Post Last Edit by roti_planta at 11-8-2011 14:09

“Betul tak ada? Pandang mata saya dan beritahu jika awak betul-betul tak ada perasaan pada saya.”


Emran sudah mengangkat sedikit wajah Suria. Kini mata mereka saling bertentang. Emran dapat merasakan seperti hati mereka saling berbicara. Suria pula kehilangan kata-kata. Pandangan tajam dari mata Emran ternyata menusuk terus ke dalam hatinya. Segala rasa yang berkecamuk sebentar tadi hilang begitu sahaja. Aduh sang hati! Kenapa harus begini?


“Saya….saya…saya tak tahu. Saya…..saya…saya keliru.”


Emran tersenyum lega mendengarkan jawapan yang keluar dari bibir Suria. Kini dia sangat yakin yang dia tidak silap perhitungan. Emran pasti yang hati Suria juga menyanyikan lagu yang sama seperti hatinya cuma lagu di hati Suria tidak sekuat dan serancak lagu di hati Emran. Pipi Suria diusap perlahan.


“Tak perlu keliru, awak cuma perlu ikut sahaja apa yang hati awak rasakan sebab ianya memang dah ada disitu sejak kali pertama kita berjumpa.”


“Encik Emran tak menyesal memilih saya?Saya gadis yang biasa sahaja, tiada apa-apa keistimewaan dan kerana itu saya ditinggalkan”


“Saya tak pernah menyesal kerana awak istimewa di mata saya.” Senyuman manis dihadiahkan untuk Suria.


“Saya pernah putus tunang.”


“Asalkan awak bukan isteri orang,itu bukan satu masalah pada saya” Emran masih lagi tersenyum gembira.


“Saya takut untuk meletakkan harapan. Sebelum ini, sepuluh tahun saya menganyam harapan dan impian, akhirnya saya juga yang ditinggalkan.”


“Suria, dengar sini. Saya bukan memaksa awak untuk terus terima saya. Saya cuma mahu awak beri peluang kepada saya. Kepada KITA. Saya mungkin bukan yang terbaik bagi orang lain tapi saya akan cuba untuk jadi yang terbaik untuk awak.”


“Lelaki, belum dapat boleh la janji macam-macam” sinis sahaja bunyinya.


“Saya tak pandai bermadah pujangga apatah lagi untuk menanam janji sehidup semati, tapi Insya-Allah, jikadi izinkan Allah, saya mahu awak menjadi wanita terakhir dalam hidup saya. Beri saya sebulan untuk buktikan tentang perasaan saya dan awak akan faham.”


“Sebulan? Kenapa sebulan” terkejut Suria mendengarkan Emran cuma meminta tempoh percubaan selama sebulan. Terlalu singkat untuk dia mempertimbangkan luahan perasaan lelaki itu.


“Sebulan tu pun pada saya dah cukup lama. Seperti saya katakan tadi, saya bukan muda lagi untuk bercinta gaya remaja. Takkan nak tunggu sepuluh tahun kot. Kalau lepas sepuluh tahun baru awak terima saya, saya dah terlalu tua untuk memulakan keluarga. Nanti dapat anak, orang ingat saya dapat cucu pulak.” Santai sahaja Emran menjawab.Walaupun riak wajahnya serius, tapi Suria tahu yang Emran cuba berjenaka. Detik-detik keresahan semakin beransur pergi.


“Encik Emran pasti yang saya dapat terima diri Encik Emran dan ‘KITA’ itu akan ada?” Suria cuba mencari keyakinan.


“Insya-Allah, jika awak berikan saya peluang.”


“Encik Emran pasti?”


“Yes, love. I am sure about this”


Jari jemari Suria yang kesejukan di raih. Genggaman tangan dan anggukan kecil dari Suria memberikan satu rasa kelegaan yang tak terucap bagi Emran.Mulai saat itu dia berjanji dengan dirinya sendiri yang Suria akan menjadi suri hatinya. PASTI.
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2011 02:07 PM | Show all posts
nak lagi
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2011 02:17 PM | Show all posts
sweet...naklagi...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-8-2011 02:40 PM | Show all posts
wow..... bestnya....
nak lg... nk lg... nk lg.....
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2011 04:36 PM | Show all posts
so romantik la
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2011 08:48 PM | Show all posts
yes..akhirnya...sebulan temph emran kasi suria...
Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2011 09:03 AM | Show all posts
WOW ayat power Emran
melembutkan hati Suria.
suka banget
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

9-5-2024 09:07 PM GMT+8 , Processed in 0.083376 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list