View: 136|Reply: 0
|
Jepun, AS berentap buru mahkota juara
[Copy link]
|
|
Masing-masing kecewakan wakil Eropah dengan kemenangan sama, 3-1\rFRANKFURT: Jepun dan Amerika Syarikat mengesahkan kemaraan ke final kejohanan bola sepak Piala Dunia wanita selepas masing-masing mengecewakan prospek Eropah, Sweden dan Perancis dengan kemenangan sama, 3-1 di separuh akhir, kelmarin.\r\n\n\n\n\r Gergasi Asia, Jepun dengan bergaya menewaskan Sweden di Frankfurt, manakala terdahulu AS menggunakan pengalaman luas mereka untuk menewaskan Perancis di Moenchengladbach.\r\r\n\n\n\n\n Di sebalik nama timangan mereka ‘Nadeshiko’ atau bunga merah jambu yang melambangkan kelembutan dan kecantikan, Jepun nyata tidak boleh dipandang rendah selepas menewaskan juara bertahan dua kali, Jerman di suku akhir dan kini layak ke final pertama dalam sejarah mereka.\r“Di Jepun, ketika ini adalah awal pagi, bagaimanapun terdapat ramai yang menonton perlawanan ini di rumah, yang memberikan kami kekuatan dan semangat,” kata jurulatih, Norio Sasaki.\r“Itu sangat bagus untuk Jepun, kami masih di peringkat pemulihan,” tambahnya, merujuk kepada kejadian gempa bumi dan tsunami besar yang melanda negara itu empat bulan lalu.\rTerdahulu, jaringan Lauren Cheney minit ke-9, Abby Wambach (79) dan Alex Morgan (82) memastikan AS di landasan tepat dalam usaha mereka untuk memburu kejuaraan buat kali ketiga selepas memenanginya pada 1991 dan 1999. - AFP
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|