CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 108|Reply: 0

Labur RM1.2b tingkat pengeluaran

[Copy link]
Post time 19-7-2011 01:05 PM | Show all posts |Read mode
Toyo Tires sasar keluar sehingga   5 juta tayar setahun\rTOYO Tire & Rubber Co Ltd (Toyo Tires), pengeluar tayar terkemuka Jepun, akan melabur RM1.2 bilion untuk menambah kapasiti pengeluarannya di kilang sedia ada dan pembinaan kilang baru di Perak.\r\n\n\n\n\r  Menerusi pelaburan itu, kilang Silverstone di Kamunting, yang kini dimiliki Toyo Tires akan  dipertingkatkan dan ia dijangka mampu menghasilkan antara empat hingga lima juta tayar setahun berbanding tiga juta unit setahun kini. \r\r\n\n\n\n\n  Syarikat itu juga bercadang membina kilang baru seluas  20 hektar  sama ada di Meru, Ipoh atau Kamunting  dalam tempoh terdekat.\rApabila siap kelak, kilang  terbabit  dijangka mampu mengeluarkan sehingga 15 juta tayar setahun, kebanyakannya untuk dieksport  ke pasaran Asia menjelang 2015.\rMengulas perkembangan berkenaan, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Datuk Seri Mustapa Mohamed, berkata perancangan Toyo Tires itu sudah pada  peringkat akhir dan hanya  menunggu kelulusan berhubung lokasi yang dikenal pasti kerajaan Perak.\r“Dua minggu lalu, saya berada di ibu pejabat Toyo Tires di Osaka, Jepun untuk berjumpa Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Kenji Nakakura dan beliau memberitahu   perancangannya mengembangkan operasinya di Perak selepas membeli 100 peratus saham pembuat tayar tempatan, Silverstone Bhd (Silverstone),” katanya.\r\n\n\n\n\rBeliau berkata demikian pada sidang media   selepas Mesyuarat Meja Bulat MITI dengan syarikat di Perak di Ipoh, petang semalam. Nakakura turut hadir dalam mesyuarat yang mengambil masa sehari suntuk itu.\rTahun lalu, Toyo Tires dilaporkan membeli Silverstone pada harga melebihi RM470 juta.\rMustapa berkata, selaras pengembangan operasi itu, Toyo Tires dijangka mampu menambah bilangan pekerja daripada 1,400 orang kepada 2,400 orang di kilangnya \rdi Kamunting.

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 08:54 AM GMT+8 , Processed in 0.092537 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list