View: 204|Reply: 0
|
Clarke makin ghairah buru kejuaraan
[Copy link]
|
|
SANDWICH (England): Senyumannya selebar fairway di lubang ke-18 lapangan Royal St George walaupun tidak cukup tidur, tetapi Darren Clarke kini semakin menyesuaikan diri dengan gelaran juara Terbuka British paling tua sejak lebih 40 tahun.\rPemain 42 dari Ireland Utara itu menjuarai Terbuka British dengan kelebihan tiga pukulan untuk membawa pulang 900,000 pound (RM4.4 juta) termasuk dua juta pound (RM9.8 juta) daripada penaja peralatannya yang menawarkan bonus kerana memenangi kejohanan major pada usia yang melangkaui zaman kemuncaknya.\r\n\n\n\n\r “Hadiah ini tidak ternilai,” kata Clarke melihat namanya terukir pada trofi Claret Jug. “Melihat nama saya tertulis di atas trofi itu melebihi segala-galanya, dan kemenangan ini juga memberi manfaat amat besar dari segi kewangan.”\r\r\n\n\n\n\n Clarke kini layak secara automatik bertanding di semua kejohanan major sehingga penghujung kariernya. “Lebih penting, apabila pulang ke rumah nanti, anak-anak akan memegang trofi ini dan melihat nama bapa mereka tertera di atasnya,” kata Clarke yang bangkit daripada kesedihan 2006, selepas isterinya, Heather meninggal dunia kerana barah payu dara.\rKemenangan Clarke turut memacu kedudukannya ke kelompok 100 terbaik dunia dan dia berharap tumpuan dan ketenangan yang ditampilkan sepanjang hujung minggu lalu akan berterusan dalam pemburuan kejuaraan major lain bagi membolehkannya menyertai Piala Ryder tahun depan. – Reuters
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|