CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 16921|Reply: 75

ASWJ dan Syiah (bukan ASWJ vs Syiah)

[Copy link]
Post time 16-7-2003 11:41 PM | Show all posts |Read mode
"Bahawasanya orang-orang yang mencerai-beraikan agama mereka dan mereka menjadi berpuak-puak, tiadalah engkau terkait sedikitpun dalam golongan mereka. Sesungguhnya perkara mereka hanya terserah kepada Allah. Kemudian Dia akan menerangkan kepada mereka apa yang telah mereka lakukan."

Dah banyak yang kita bincangkan tentang perbezaan pendapat antara ASWJ dan Syiah dan telah banyak yang saya sendiri pelajari dari perbincangan ini. Saya percaya, ramai disini yang merasakan begitu juga.

Tapi, marilah kita bincangkan pula bagaimana kita dapat menyatukan kembali ASWJ dan Syiah supaya sebahagian besar umat Islam akan bersatu dan tidak lagi berpuak-puak seperti sekarang.

Saya harap perkara ini dapat dibincangkan sepertimana bersungguh-sungguhnya perbezaan diantara ASWJ dan Syiah dibincangkan, kerana Quran sendiri melarang kita berpuak-puak.

Terima kasih.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-7-2003 12:32 AM | Show all posts

betui..betui...

Originally posted by amorist at 16-7-2003 11:41 PM:
"Bahawasanya orang-orang yang mencerai-beraikan agama mereka dan mereka menjadi berpuak-puak, tiadalah engkau terkait sedikitpun dalam golongan mereka. Sesungguhnya perkara mereka ha ...

salam.......
betui kata amorist...
ASWJ DAN SYIAH........lembut sikit....
lagipon semua Islam kan..
Reply

Use magic Report

Gapodio This user has been deleted
Post time 17-7-2003 02:22 PM | Show all posts
Originally posted by mail golok at 2003-7-17 12:32 AM:
salam.......
betui kata amorist...
ASWJ DAN SYIAH........lembut sikit....
lagipon semua Islam kan..



Cukup setuju ....

anyway padanlah aku rasa confuse .... sekali click kelar yang single page, another visit keluar yang 8 pages, rupa2nya dua thread yang berlainan.
Reply

Use magic Report

Mat Kampong This user has been deleted
Post time 18-7-2003 10:16 AM | Show all posts
Originally posted by amorist at 17-707-2003 01:41:
Tapi, marilah kita bincangkan pula bagaimana kita dapat menyatukan kembali ASWJ dan Syiah supaya sebahagian besar umat Islam akan bersatu dan tidak lagi berpuak-puak seperti sekarang....


Salam amorist,

Satu persoalan untuk anda...

JIKA DIZAMAN PARA-PARA SAHABAT RASULULLAH SAW IANYA TIDAK DAPAT DIKAWAL WALAUPUN MEREKA ITU MEMPELAJARI AGAMA ISLAM DARI MULUT NABI MUHAMMAD SAW SENDIRI... APAKAH ANDA YAKIN IANYA DAPAT DILAKUKAN SETELAH 1,400 TAHUN LEBIH TELAH BERLALU..

UMAT DIZAMAN MANAKAH YANG LEBIH AFDAL?

UMAT...
- DIZAMAN NABI SAW?
- DIZAMAN PARA-PARA SAHABAT NABI SAW?
- DIZAMAN 100 TAHUN SELEPAS HIJRAH?
- DIZAMAN 250 TAHUN SELEPAS HIJRAH?
- DIZAMAN 1,400 TAHUN HINGGA SEKARANG SELEPAS HIJRAH?

APAKAH PROBALITY YANG KITA ADA? 0.0001%??
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-7-2003 10:39 AM | Show all posts
Setahu saya, dizaman Rasulullah tak ada perpecahan. Ada yang berlainan pandangan, tapi mereka tetap bersatu. Berada dalam satu Islam sehingga mendapat penjelasan dari Rasulullah.

Perpecahan berlaku selepas Rasulullah wafat. Barulah orang Islam berbunuhan sesama sendiri. Khalifah pun tak selamat.

Saya rasa, soalnya bukan sama ada kita akan berjaya atau tidak menyatukan semula Islam. Soalnya, adakah kita, sebagai individu, berusaha kearah itu atau sebaliknya?

Firman Allah:

"Demikian itulah suatu umat yang telah terdahulu. Untuknya apa-apa yang diusahakannya dan untuk mu apa-apa yang kamu usahakan, dan kamu tiada diperiksa tentang apa-apa yang mereka kerjakan" (Al Baqarah 134 dan 141)

Jadi, tak payahlah kita fikirkan apa yang dilakukan oleh umat sebelum kita. Kita fikirkan apa yang kita sendiri lakukan, cukuplah.
Reply

Use magic Report

Terong Pipit This user has been deleted
Post time 18-7-2003 10:44 AM | Show all posts
Originally posted by mail golok at 2003-7-17 12:32 AM:
salam.......
betui kata amorist...
ASWJ DAN SYIAH........lembut sikit....
lagipon semua Islam kan..


Salam mail golok,

Terong Pipit tak tahu apadia fahaman amorist? TAPI.. dia (amorist) memang lebih berprihatin dan berpekerti mulia dengan memberi tajuk ASWJ dan SYIAH

daripada Bill yang berfahaman Syiah dengan tajuk agresifnya: ASWJ vs SYIAH atau ASWJ lwn SYIAH... macam nak perang kan.. isi-isinya bertambahlah lagi... para-para sahabat kesemuanya MURTAD termasuk isteri-isteri Nabi Muhammad SAW selain dari tiga orang sahaja.. sikit punya power dia orang punya FATWA.... Imam Mahdi dah keluar TETAPI ghaib didalam terowong dan akan timbul.. bila????? Imam yang ke11 tak ada anak bolih dia kata ada anak dengan puteri Maharaja Rom lagi.. Adik dan emak kepada Imam ke11 sendiri kata beliau tak ada anak.. tapi depa kata ADA!! ADA!! ADA!!... sebab tu dia hilang dan akan timbul kembali.. SEBABNYA tak bolih tunjuk BKTI bahawa anak Imam ke11 memang ada.. jadi buat ceritalah... inilah yang dikatakan percayakan TELINGA lebih dari percayakan MATA...
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 18-7-2003 10:56 AM | Show all posts
Originally posted by Terong Pipit at 2003-7-18 10:44 AM:
Terong Pipit tak tahu apadia fahaman amorist?  

Saya seorang Islam dan Islam tidak berpuak-puak. Yang ada cuma pendapat yang berbeza, tetapi semuanya dalam satu puak - Islam.

Saya terima mana yang saya rasakan baik dari pandangan sesiapa pun dan saya tolak pandangan yang saya rasakan tak betul dari sesiapa pun. Pada saya, tak ada PUAK ASWJ atau PUAK Syiah. Yang ada cuma pandangan ASWJ dan pandangan Syiah, dan kedua-duanya adalah Islam, sesuai dengan firman Allah:

"Bahawasanya orang-orang yang mencerai-beraikan agama mereka dan mereka menjadi berpuak-puak, tiadalah engkau terkait sedikitpun dalam golongan mereka. Sesungguhnya perkara mereka hanya terserah kepada Allah. Kemudian Dia akan menerangkan kepada mereka apa yang telah mereka lakukan." (Al An'am 6:159)
Reply

Use magic Report

Gapodio This user has been deleted
Post time 18-7-2003 11:07 AM | Show all posts
Originally posted by amorist at 2003-7-18 10:56 AM:
Saya seorang Islam dan Islam tidak berpuak-puak. Yang ada cuma pendapat yang berbeza, tetapi semuanya dalam satu puak - Islam.

Saya terima mana yang saya rasakan baik dari pandangan sesiapa pun  ...


Amorist.... saya cukup setuju dgn pandangan saudar. Itu menunjukkan kematangan saudara.

Itulah yang saya maksudkan pegangan kita hendaklah berasaskan Dalil dan nas Quran/Hadith. Kalau ada perbezaan pendapat tapi kedua2 pendapat berasaskan dalil yang jelas insyaallah kedua2nya boleh diguna pakai. Tapi janganlah memaksa orang mengikut pendapat kita. Kalau kita terlampau taksub bukan sahaja orang Islam tak boleh bersatu disebabkan berlainana fahaman antara ASWJ dan Syaiah, tapi ASWJ juga tak boleh bersatu disebabkan berlainan mazhab/parti (aik masuk politik laK). :bg:

[ Last edited by Gapodio on 18-7-2003 at 11:08 AM ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-7-2003 12:33 PM | Show all posts
Tukar perspektif
Reply

Use magic Report

Terong Pipit This user has been deleted
Post time 18-7-2003 04:44 PM | Show all posts
[quote]Originally posted by antiQue at 2003-7-18 12:33 PM:
Tukar perspektif
Reply

Use magic Report

Terong Pipit This user has been deleted
Post time 18-7-2003 04:46 PM | Show all posts
Bersambung...


Surah al-Nisaa' ayat 11-12, yang bermaksud:
[11] Allah perintahkan kamu mengenai (pembahagian harta pusaka untuk) anak-anak kamu, iaitu bahagian seorang anak lelaki menyamai bahagian dua orang anak perempuan. Tetapi jika anak-anak perempuan itu lebih dari dua, maka bahagian mereka ialah dua pertiga dari harta yang ditinggalkan oleh si mati dan jika anak perempuan itu seorang sahaja, maka bahagiannya ialah satu perdua (separuh) harta itu dan bagi ibu bapa (si mati), tiap-tiap seorang dari keduanya: Satu perenam dari harta yang ditinggalkan oleh si mati, jika si mati itu mempunyai anak. Tetapi jika si mati tidak mempunyai anak, sedang yang mewarisinya hanyalah kedua ibu bapanya, maka bahagian ibunya ialah satu pertiga. Kalau pula si mati itu mempunyai beberapa orang saudara (adik-beradik), maka bahagian ibunya ialah satu perenam. (Pembahagian itu) ialah sesudah diselesaikan wasiat yang telah diwasiatkan oleh si mati dan sesudah dibayarkan hutangnya. Ibu-bapa kamu dan anak-anak kamu, kamu tidak mengetahui siapa di antaranya yang lebih dekat serta banyak manfaatnya kepada kamu. (Pembahagian harta pusaka dan penentuan bahagian masing-masing seperti yang diterangkan itu ialah) ketetapan dari Allah; sesungguhnya Allah adalah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.
[12] Dan bagi kamu satu perdua dari harta yang ditinggalkan oleh isteri-isteri kamu jika mereka tidak mempunyai anak. Tetapi jika mereka mempunyai anak maka kamu beroleh satu perempat dari harta yang mereka tinggalkan, sesudah ditunaikan wasiat yang mereka wasiatkan dan sesudah dibayarkan hutangnya dan bagi mereka (isteri-isteri) pula satu perempat dari harta yang kamu tinggalkan, jika kamu tidak mempunyai anak. Tetapi kalau kamu mempunyai anak maka bahagian mereka (isteri-isteri kamu) ialah satu perlapan dari harta yang kamu tinggalkan, sesudah ditunaikan wasiat yang kamu wasiatkan dan sesudah dibayarkan hutang kamu. Dan jika si mati yang diwarisi itu, lelaki atau perempuan, yang tidak meninggalkan anak atau bapa, dan ada meninggalkan seorang saudara lelaki (seibu) atau saudara perempuan (seibu) maka bagi tiap-tiap seorang dari keduanya ialah satu perenam. Kalau pula mereka (saudara-saudara yang seibu itu) lebih dari seorang, maka mereka bersekutu pada satu pertiga (dengan mendapat sama banyak lelaki dengan perempuan), sesudah ditunaikan wasiat yang diwasiatkan oleh si mati dan sesudah dibayarkan hutangnya; wasiat-wasiat yang tersebut hendaknya tidak mendatangkan mudarat (kepada waris-waris). (Tiap-tiap satu hukum itu) ialah ketetapan dari Allah. Dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Penyabar.

Surah al-Baqarah ayat 233-235, yang bermaksud:
[233] Dan ibu-ibu hendaklah menyusukan anak-anak mereka selama dua tahun genap iaitu bagi orang yang hendak menyempurnakan penyusuan itu dan kewajipan bapa pula ialah memberi makan dan pakaian kepada ibu itu menurut cara yang sepatutnya. Tidaklah diberatkan seseorang melainkan menurut kemampuannya. Janganlah menjadikan seseorang ibu itu menderita kerana anaknya dan (jangan juga menjadikan) seseorang bapa itu menderita kerana anaknya dan waris juga menanggung kewajipan yang tersebut (jika si bapa tiada). Kemudian jika keduanya (suami isteri) mahu menghentikan penyusuan itu dengan persetujuan (yang telah dicapai oleh) mereka sesudah berunding, maka mereka berdua tidaklah salah (melakukannya). Dan jika kamu hendak beri anak-anak kamu menyusu kepada orang lain, maka tidak ada salahnya bagi kamu apabila kamu serahkan (upah) yang kamu mahu beri itu dengan cara yang patut dan bertakwalah kamu kepada Allah, serta ketahuilah, sesungguhnya Allah sentiasa melihat akan apa jua yang kamu lakukan.
[234] Dan orang-orang yang meninggal dunia di antara kamu, sedang mereka meninggalkan isteri-isteri hendaklah isteri-isteri itu menahan diri mereka (beridah) selama empat bulan sepuluh hari. Kemudian apabila telah habis masa idahnya itu maka tidak ada salahnya bagi kamu mengenai apa yang dilakukan mereka pada dirinya menurut cara yang baik (yang diluluskan oleh Syarak) dan (ingatlah), Allah sentiasa mengetahui dengan mendalam akan apa jua yang kamu lakukan.
[235] Dan tidak ada salahnya bagi kamu tentang apa yang kamu bayangkan (secara sindiran), untuk meminang perempuan (yang kematian suami dan masih dalam idah) atau tentang kamu menyimpan dalam hati (keinginan berkahwin dengan mereka). Allah mengetahui bahawa kamu akan menyebut-nyebut atau mengingati mereka, (yang demikian itu tidaklah salah), akan tetapi janganlah kamu membuat janji dengan mereka di dalam sulit, selain dari menyebutkan kata-kata (secara sindiran) yang sopan. Dan janganlah kamu menetapkan dengan bersungguh-sungguh (hendak melakukan) akad nikah sebelum habis idah yang ditetapkan itu dan ketahuilah sesungguhnya Allah mengetahui apa yang ada dalam hati kamu, maka beringat-ingatlah kamu akan kemurkaanNya dan ketahuilah, sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Penyabar.


Orang-orang Islam di zaman itu telah ijmak bahawa nikah Mut'ah telah dimansuhkan dan haram melakukannya. Nikah tersebut dimansuhkan oleh ayat-ayat al-Quran dan Hadith Rasulullah s.a.w.

Nikah Mut'ah bukan suatu pemikahan dalam Islam, malah ia merupakan amalan Jahiliyah. Dengan itu perempuan yang dinikahkan mut'ah bukanlah Islam atau hamba, tidak boleh mewarisi, tidak sabit nasab dan tidak wajib nafkah. Nikah mut'ah amat jelas bertentangan dengan al-Quran, hadith Rasulullah s.a.w dan ljmak Ulama. Di mana para sahabat tidak mengingkari kata-kata Saidina Umar yang akan merejam dengan batu orang yang melakukan nikah mut'ah. Beliau berkata, "Nikah Mut'ah merosakkan konsep nikah, talak, iddah dan pesaka.

[ Last edited by Terong Pipit on 18-7-2003 at 04:49 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2003 05:11 PM | Show all posts
Originally posted by Terong Pipit at 2003-7-18 16:46:
Nikah Mut'ah bukan suatu pemikahan dalam Islam, malah ia merupakan amalan Jahiliyah.




Hehe.. kenapa bertanya pada saya pulak? Tentang nikah muta抋h ni kita dah bincang panjang lebar malah berpages-pages dah a few months ago kan? I guess a lot can see the standing of both Syiah and ASWJ thru the discussions.. we have both billionaire from Syiah and zafz from ASWJ presenting the whole dalil including on the view on whether it distorts the concept on inheritence, nasab, iddah and talaq. ( I would like to say that I like the way zafz did it coz he didn't force people to accept his view. Mana zafz sekarang ni? Is he still in Jordan?)

Saya cuma nak komen tentang ayat saudara yang saya quote kat atas ni. Semua sepakat bahawa nikah muta抋h memang pernah dihalalkan dalam Islam. Yang berselisihnya hanya dari segi adakah ianya telah dimansuhkan dan bila ianya dimansuhkan. Jadi janganlah lantang sangat berkata ianya amalan jahiliyah dan bukan pernikahan Islam, kerana ianya pernah dihalalkan dalam Islam. Adakah kita nak kata Allah itu menyokong amalan jahiliyah sehingga Allah menghalalkannya buat satu ketika? Buruk sungguh sangkaan kita pada Allah. Alangkah baiknya sekiranya saudara tidak berkata begitu, sebaliknya mengatakan bahawa pernikahan tersebut pernah dihalalkan pada suatu masa atas tuntutan keadaan semasa, tetapi kemudiannya dimansuhkan kembali.

[ Last edited by antiQue on 18-7-2003 at 06:14 PM ]
Reply

Use magic Report

ione2bliv This user has been deleted
Post time 18-7-2003 05:30 PM | Show all posts
Originally posted by amorist at 16-7-2003 11:41 PM:
"Bahawasanya orang-orang yang mencerai-beraikan agama mereka dan mereka menjadi berpuak-puak, tiadalah engkau terkait sedikitpun dalam golongan mereka. Sesungguhnya perkara mereka ha ...





Salam

setuju sangat saya dengan amorist.

teringat saya akan  al-fatihah ayat 6

..."tunjukkan kami jalan yang lurus".


Macam mana nak mempastikan kita sentiasa berada di "Jalan

Lurus"  telah Allah tunjukkan dalam Quran. Terang dan jelas.

Ibaratkanlah panduan yang di tunjukkan dalam Quran tentang

Jalan Lurus tu sebagai "sign board."


Jalan lurus ni sangatlah lebar.


Ada yang pileh jalan kat tengah tengah, ada yang pileh jalan

kat tepi tepi, ada yang pileh jalan kat sebelah kiri dan ada

yang pileh berjalan belah kanan.

Ada yang pileh jalan cepat cepat, ada yang pileh jalan

lambat lambat.

teringatkan  waktu memandu kat hi-way:

ada pemandu yang fikir dia polis traffic jadi dia pun

mulalah kata, orang ni salah orang tu betul.

Ada yang fikir, hi-way tu dia yang punya.
Dia mulalah kata, kalau nak selamat ikutlah aku.
Kalau nak selamat kena pandu hanya BMW.
Kalau bawa Proton tak akan selamat, pasti kecundang.
Ada pulak yang kata yang selamat hannyalah Mercedes.
Dan hanya yang S-class.  
Lain dari itu, nahas.

Ada pula yang silap fahami buku panduan jalan raya.
Ada pula yang lansung tak baca buku panduan jalan raya.
Ada jugak yang baca buku panduan yang dah tak valid
Tapi dok kata itulah yang hak.

Ada yang mabok. tak tau hujung pangkal.
Ada yang memanjang mengantok.
Ada yang tidor.
Ada yang tak percayakan buku panduan.
Ada yang tak percayakan sign board.
Ada yang pileh tujuk jari hantu kat orang.
Ada yang pileh terjun gaung.
Ada yang pileh untuk menunjuk nunjuk kecekapan memandu.
Ada yang suka tunjuk kereta dia paling hebat.

Tapi ada juga yang berhemah.

pileh untuk berhati hati.
pileh untuk bertoleransi.
pileh untuk berkasih sayang sesama manusia yang berkongsi

hi-way.
pileh saling menhormati sesama insan.
pileh saling berkongsi kenderaan.
pileh beri tumpang pada yang berjalan kaki.




Siapa yang akan selamat sampai ke destinasi?


Hanya Tuhan yang tahu.



Love.  ;)

What good is destiny, if you could not enjoy the journey.
Reply

Use magic Report

Terong Pipit This user has been deleted
Post time 21-7-2003 08:50 AM | Show all posts
Originally posted by antiQue at 2003-7-18 05:11 PM:
Saya cuma nak komen tentang ayat saudara yang saya quote kat atas ni. Semua sepakat bahawa nikah muta抋h memang pernah dihalalkan dalam Islam. Yang berselisihnya hanya dari segi adakah ianya telah dimansuhkan dan bila ianya dimansuhkan. Jadi janganlah lantang sangat berkata ianya amalan jahiliyah dan bukan pernikahan Islam, kerana ianya pernah dihalalkan dalam Islam. Adakah kita nak kata Allah itu menyokong amalan jahiliyah sehingga Allah menghalalkannya buat satu ketika? Buruk sungguh sangkaan kita pada Allah. Alangkah baiknya sekiranya saudara tidak berkata begitu, sebaliknya mengatakan bahawa pernikahan tersebut pernah dihalalkan pada suatu masa atas tuntutan keadaan semasa, tetapi kemudiannya dimansuhkan kembali.
...


Wahai antiQue,

Anda tulis:
Jadi janganlah lantang sangat berkata ianya amalan jahiliyah dan bukan pernikahan Islam, kerana ianya pernah dihalalkan dalam Islam.

Sudahkah anda buat kajian dengan apa yang anda kata.. kerana ianya memang amalan masyarakat JAHILIYAH.. begitu juga dengan amalan meminum ARAK ianya amat senonim dengan masyarakat JAHILIYAH... dan bilakah meminum ARAK diharamkan??.. apa yang lantang? jangan bias!!!

[ Last edited by Terong Pipit on 21-7-2003 at 08:51 AM ]
Reply

Use magic Report

Terong Pipit This user has been deleted
Post time 21-7-2003 08:54 AM | Show all posts
Originally posted by ione2bliv at 2003-7-18 05:30 PM:
Salam

setuju sangat saya dengan amorist.

teringat saya akan  al-fatihah ayat 6

..."tunjukkan kami jalan yang lurus".


Macam mana nak mempastikan kita sentiasa berada di " ...



SYABAS!!! ione2bliv
Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2003 09:58 AM | Show all posts
...dan yang derhaka, kekal dengan derhaka nya.... namun kita pilih lah jalan yang benar, mengikut wasiat Nabi yang benar.:bg:
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-7-2003 10:44 AM | Show all posts
Assalamualaikum sdr Terong Pipit..

Saya rasa saya lebih suka cari titik persamaan dari titik perbezaan. Saya tidak suka berdebat tentang mutaa抋h, sebab saya tidak berniat untuk mencari perbezaan Syiah dan ASWJ dan saya benci untuk membandingkan siapakah yang benar atau siapakah yang salah.

Alhamdulillah, bab mutaah ni saya dah tengok quite closely. Bukan niat saya untuk menafikan bhw ianya pernah dijalankan ketika zaman jahiliyah, tapi jangan juga lupa ianya pernah dihalalkan ketika zaman Rasulullah, iaitu ketika Islam. Jadi point saya hanya, jangan saudara pandang mutaa抋h itu seburuk-buruk kejadian, kerana jika ianya terlalu buruk dan tiada langsung hikmahnya kepada kehidupan manusia, maka Allah tidak akan pernah menghalalkannya walau sesaat! Pernahkah saudara terfikir apa hikmahnya Allah menghalalkannya pada suatu ketika? Point saya cuma satu, alangkah baiknya kalau saudara hanya menyatakan ianya tidak lagi relevan kepada umat islam dalam keadaan semasa instead of saying it is totally jahiliyah, non Islamic, useless! If it is totally useless, why did God made it halal at one point? Is God that stupid that He didn抰 see? Na抲zubillah
Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2003 03:15 PM | Show all posts
Saya setuju lah saranan Antique agar tidak berpecah belah.... tapi, untuk bersatu perlu ada penyelesaian. Apakah penyelesaian nya? Adakah dengan bertolak ansur, give and take, yakni kongsi-kongsi, cincai cincai dan hukum boleh main kowtim... Saya yakin Antique tidak bermaksud bertolak ansur untuk membenarkan benda salah, dan menyalahkan benda benar...

Namun, di dalam mencari kebenaran kena lah dikupas apa yang salah. Ini lah yang menjadi ubat kelat yang agak sukar ditelan... jika tidak dibetulkan, kita termasuk dalam golongan yang membiarkan penyelewengan akidah. Pertentangan antara ASWJ dan Syiah adalah untuk mencari kebenaran... bukan untuk berseronok membongkar kesalahan.

Saya amati, Antique sudah boleh dikira faham akan hal ehwal Mut'aah, tidakkah saudari rasa bertanggungjawab untuk menerangkan kepada yang tidak mengetahui? Bagaimana jikalau ianya menimbulkan salah faham dan sengketa? Adakah saudari mempromosikan perpecahan di dalam Islam? Jawapannya tidak, kerana tanggungjawab kita adalah untuk menegakkan kebenaran seadanya....

Rasulullah SAW bersabda:"Wahai Ali! Umat tidak berselisih selepas nabinya melainkan terserlah Ahl al-Batil ke atas Ahl al-Haq."Sesungguhnya Deen Allah [Islam] tidak dikenal dari peribadi-peribadi, tetapi ia dapat dikenal dari tanda-tanda kebenarannya. Kenalilah kebenaran maka engkau akan mengetahui siapa penganutnya".

Mengupas tentang Abu Bakar, Omar dll adalah atas niat untuk membongkar penyelewengan di dalam Islam kerana ianya mempunyai kesan ke atas pegangan aqidah kita pada hari ini. Terdapat banyak amalan yang saling bercanggah antara ulamak-ulamak ASWJ dan yang di bawa oleh anak cucu Nabi Muhammad s.a.w. Kenapa jadi begini? Salahkah kita mencari kebenaran yang sememang nya sudah tersimpang sejak Rasulullah s.a.w. wafat?
Reply

Use magic Report

Terong Pipit This user has been deleted
Post time 21-7-2003 04:10 PM | Show all posts
Originally posted by antiQue at 2003-7-21 10:44 AM:
Assalamualaikum sdr Terong Pipit..

Saya rasa saya lebih suka cari titik persamaan dari titik perbezaan. Saya tidak suka berdebat tentang mutaa抋h, sebab saya tidak berniat untuk mencari perbezaa ...


Assalaamu Alaikum Wa Rahmatullahi Wa Barakatuhu antiQue,

TP faham kenapa kahwin Mut'ah dibolihkan semasa diawal Islam kerana ianya untuk mengelakkan ZINA... tetapi kalau Mut'ah digunakan untuk 'make love' dengan bangsa asing yang bukan Islam (nak rasa 'ikan' jenis lain) dan juga untuk 'melawat' pelacur itu adalah suatu PENYELEWENGAN YANG SAH! walau apa pun 'arguement' yang dibuat olih sahabat anda Bill..

Hadis Nabi yang bermaksud: Kalau kita tidak dapat menahan nafsu syahwat hendaklah kamu berpuasa BUKANNYA kamu kena kahwin Mut'ah!!

Bagi TP tidak ada pertemuan persamaan diantara ASWJ dan Syi'ah saperti apa yang pernah diluahkan olih: Hamid Algar
Reply

Use magic Report

Terong Pipit This user has been deleted
Post time 21-7-2003 04:40 PM | Show all posts
Originally posted by antiQue at 2003-7-21 10:44 AM:
Assalamualaikum sdr Terong Pipit..

Saya rasa saya lebih suka cari titik persamaan dari titik perbezaan. Saya tidak suka berdebat tentang mutaa抋h, sebab saya tidak berniat untuk mencari perbezaa ...


Salam antiQue,

TP nak tanya sikit - Setahu pengetahuan anda;
Adakah Saidina Ali, Saidina Hassan dan Saidina Hussain amat membenci Saidina Abu Bakar, Saidina Umar dan Saiyidina Uthman?

Adakah ajaran mereka bertiga yang membuat Syiah Imamah amat MEMBENCI ktiga-tiga sahabat Rasulullah ini?

Adakah sesiapa yang menjadi KETUA selepas kewafatan Nabi SAW amat penting hingga ia menjadi salah satu rukun Islam?

Kalau anda jawab, diminta memberi dalilnya sekali....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 06:54 PM GMT+8 , Processed in 0.222216 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list