CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 93|Reply: 0

Batista harus letak jawatan: Maradona

[Copy link]
Post time 21-7-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
BUENOS AIRES: Diego Maradona kelmarin berkata, sekiranya dia berada dalam kedudukan jurulatih Argentina, Sergio Batista, dia akan meletak jawatan susulan penyingkiran awal skuad kebangsaan itu di Copa America.\rPersatuan Bola Sepak Argentina (AFA) berkata, ia akan mengekalkan Batista sebagai jurulatih walaupun kalah kepada Uruguay di suku akhir selepas baru saja menggantikan Maradona ekoran kekalahan negara itu kepada Jerman di Piala Dunia tahun lalu.\r\n\n\n\n\r   “Jika saya hanya menewaskan Costa Rica, (satu-satunya kemenangan Argentina dalam kejohanan Copa kali ini), saya akan meletakkan jawatan secara sukarela,” kata Maradona.\r\r\n\n\n\n\n   “Apa yang berlaku sekarang bukan salah pemain. Julio Grondona bertindak  mengikut apa yang dia suka,” jelas Maradona lagi merujuk kepada presiden AFA itu yang sering berkonflik dengannya ketika tempoh getir dia menjadi jurulatih.\rMaradona dan Batista adalah rakan sepasukan dalam skuad Argentina yang menjuarai Piala Dunia 1986 tetapi kedua-duanya sering bertelagah sejak Batista mengambil alih jawatan jurulatih kebangsaan selepas Maradona disingkirkan. – AFP

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-2-2025 07:01 PM GMT+8 , Processed in 1.182864 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list