View: 78|Reply: 0
|
Jangan fikir lawan lebih kuat: Kim Swee
[Copy link]
|
|
‘Tunjuk kebolehan sebenar, elak persembahan ditenggelamkan aksi deretan pemain bintang’\r“BERTARUNG dengan kekuatan sendiri... jangan fikir kekuatan lawan.” Itu pesanan Ong Kim Swee kepada anak didiknya menjelang perlawanan getir menentang Chelsea dalam siri persahabatan di Stadium Nasional, Bukit Jalil, malam ini.\r\n\n\n\n\r Ketua jurulatih skuad Olimpik negara itu tidak mahu pemain turun beraksi dalam keadaan tertekan kerana terlalu menghormati dan memikirkan kekuatan dimiliki Chelsea.\r\r\n\n\n\n\n “Saya mahu pemain yang akan diturunkan nanti menunjukkan kebolehan mereka bagi mengelakkan persembahan pasukan negara ditenggelamkan oleh aksi daripada deretan pemain bintang dimiliki pasukan lawan.\r“Perlawanan ini juga menjadi satu peluang terbaik kepada pemain dalam skuad ini membuktikan kemampuan dimiliki tanpa mengira siapa lawan mereka. \r“Selain itu, peluang menentang kelab handalan dunia juga perlu digunakan sebaik mungkin oleh setiap pemain untuk memperbaiki mutu permainan sebelum turun beraksi dalam saingan kelayakan Sukan Olimpik,” katanya ketika ditemui selepas sesi latihan skuad negara di Stadium Nasional Bukit Jalil, semalam.\rKim Swee menambah, selepas 14 sesi latihan yang sudah dilalui sehingga kini, dia sudah ada bayangan siapa bakal diturunkan sebagai kesebelasan utama.
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|