View: 197|Reply: 1
|
Mancini lucut lilitan lengan Tevez
[Copy link]
|
|
LONDON: Roberto Mancini tidak lagi mahukan Carlos Tevez di Manchester City – dan bersedia melucutkan lilitan lengan kapten penyerang itu jika dia kembali ke kelab itu.\rMancini kecewa jika perpindahan Tevez bernilai 42.5 juta pound (RM205.4 juta) ke Corinthians gagal selepas City melakukan segala-galanya untuk membantu perpindahannya ke Amerika Selatan untuk membolehkan dia berada lebih dekat dengan keluarganya.\r\n\n\n\n\r Pengurus City itu membuat perancangan untuk musim baru tanpa pemain Argentina itu dan hampir mendapatkan penyerang Atletico Madrid, Sergio Aguero yang bernilai 40 juta pound (RM193.2 juta). \r\r\n\n\n\n\n Mancini juga sudah letih untuk cuba memenuhi kehendak Tevez dan akan menggunakan kuasa yang ada jika dia kembali ke Stadium Etihad, bulan depan.\rMancini membuat ketetapan, Vincent Kompany akan menggantikan Tevez sebagai kapten pasukan, malah Kompany bertindak sebagai kapten dalam semua hal dan dilihat individu berpengaruh di bilik persalinan.\rMelucutkan lilitan lengan daripada Tevez adalah petunjuk paling nyata layanan istimewa terhadap penyerang City itu sudah berakhir. \rCorinthians mempunyai tempoh hingga semalam untuk melengkapkan pembelian Tevez, sebelum jendela perpindahan Brazil ditutup tatkala sebuah lagi kelab negara itu, Sao Paulo turut bersaing untuk mendapatkannya. – Agensi
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
|
Tevez aku minat giller dg dia. Masa sebelum main dgn MU pun aku follow dier masa di West Ham. Tapi sejak akhir2 nie byk sgt kontoversi pasal dia. Asyik nak dekat dgn keluarga jer. Aku rasa utk club Brazil/Argentina nak beli Tevez nie mcm tak mampu laa. Harga dia mahal sgt. Lagipun dier nie bukanlah pemain/striker terbaik dunia. Cuma antara yg terbaik. Yang lain pasal dier ialah "work rate" dia. Rajin kejar bola bila terlepas(mcm Rooney), laju, selalu open peluang utk team mate. |
|
|
|
|
|
|
| |
|