View: 83|Reply: 0
|
Norizman sasar buru hatrik di Alor Setar
[Copy link]
|
|
SELEPAS dua kemenangan berturut-turut di Putrajaya dan Teluk Intan, Norizman Ismail berhasrat memburu kejayaan ketiga pada Pusingan 6 Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS 2011 di Litar Stadium Darul Aman, Alor Setar, esok.\rJuara Expert 2005 itu tidak pernah mencatat hatrik sejak pembabitan dalam Cub Prix sejak 2003 dan hampir melakukannya tahun lalu apabila memenangi perlumbaan di Batu Kawan (Pusingan 3) dan Sepang Utara (Pusingan 4) tetapi hanya menduduki tempat ketujuh di Kuala Terengganu (Pusingan 5).\r\n\n\n\n\r Kali ini, penunggang Harian Metro TEQ SCK Honda Racing itu sekali lagi mahu mencuba dan menjadi penunggang ketiga dalam sejarah Cub Prix negara ini melakukannya dalam kelas perdana itu.\r\r\n\n\n\n\n “Setakat ini hanya dua pelumba, Ahmad Fazli Sham pada 2008 dan Hafizh Syahrin Abdullah (2010) berjaya, dan saya berharap menjadi pelumba Honda pertama mencatat hatrik dan meletakkan nama saya di dalam senarai rekod Kejuaraan Cub Prix,” kata penunggang 26 tahun itu.\rBegitupun, Norizman mengakui pemenang di Alor Setar seperti Fazli, Ahmad Fuad Baharudin, Hafizh dan Mohd Ramdan Mohd Rosli mampu menghalangnya Sabtu ini, selain rakan sepasukan Azlan Shah Kamaruzaman dan Mohd Affendi Rosli.\rSelepas lima pusingan, Norizman kini mendahului senarai keseluruhan dengan 79 mata, 27 mata di depan juara Expert 2007 dan 2008, Fazli (Pennzoil Fastrac Racing) dan Affendi (51 mata).
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|