CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 185|Reply: 0

Thailand gah tiada tandingan

[Copy link]
Post time 25-7-2011 01:05 PM | Show all posts |Read mode
Sapu bersih  juara regu lelaki, wanita Piala Dunia ISTAFTHAILAND ternyata masih bukan tandingan buat Malaysia apabila negara Gajah Putih itu membenam regu lelaki kebangsaan 3-0 dalam aksi final Piala Dunia Persekutuan Sepak Takraw Antarabangsa (ISTAF) di Stadium Titiwangsa, semalam.\rSkuad wanita Thailand turut cemerlang untuk memberikan kejuaraan berganda selepas menundukkan Vietnam 3-0. \r\n\n\n\n\r   Biarpun beraksi di hadapan penyokong tempatan, skuad negara kelihatan hilang fokus dan kerap kali melakukan kesilapan terutama dalam melakukan servis yang membuahkan mata percuma kepada pihak lawan pada set pertama dan kedua.\r\r\n\n\n\n\n   Kelemahan itu terserlah dalam set pertama dan kedua (15-4, 15-6) apabila tekong negara, Nor Azman Abdul Hamid gagal melunaskan servis dengan baik sebelum keadaan tampak seimbang pada set ketiga selepas dia digantikan dengan Muhammad Syazwan Husin.\rBegitupun, kebangkitan trio negara agak lewat untuk mengekang kemaraan lawan yang tampak sudah bersedia bergelar juara sulung kejohanan dan membawa pulang hadiah wang tunai RM24,000.\r“Kami nampak sistem baru ini (kiraan mata 15) memerlukan kekuatan daripada sudut servis yang mana Thailand mahir dengan itu. Kami juga sedar kesilapan itu banyak dilakukan pasukan negara dan kami gagal mengatasi servis dilakukan Thailand.\r“Tapi saya percaya satu masa nanti, regu kebangsaan akan menyinar kembali seperti di Sukan SEA Manila 2005. Kita tunggu dan lihat saja di Sukan SEA di Indonesia, November nanti,” kata ketua jurulatih, Jamaluddin Hassan.\r\n\n\n\n\rTerdahulu, regu wanita kebangsaan tewas di saingan separuh akhir kepada Vietnam 5-15, 15-12, 4-15 dan 11-15. Namun begitu, pasukan wanita yang dibarisi Noor Fairuz Azizan, Norfarhana Ismail, Siti Norzubaidah Che Abie Wahab, Norashidah Abdul Rashid dan Rahilah Harun menempah tiket ke Siri Super ISTAF di Bangkok, September ini.  \r

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-2-2025 07:33 PM GMT+8 , Processed in 0.088176 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list