CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: NURRIEZ2u

DAN HATI PUN BERKATA ( Update 18/8/2011, 1 PM )

[Copy link]
Post time 9-8-2011 02:48 PM | Show all posts
rashdan ada ladang lembu ropenya
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-8-2011 03:15 PM | Show all posts
dah ada abg baru...
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2011 09:26 AM | Show all posts
Dik bila nak sbg lagi makim menarik cerita ini
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-8-2011 12:56 PM | Show all posts
Bab 11

Sehari dua, Adirra rasa sangat selesa berbual dengan Rashdan, tetapi masuk ketiga dan keempat, Adirra mula bosan. Rimas bila kerap benar Rashdan mencarinya. Rasa sangat bosan bila berbicara dengan lelaki yang lebih berusia kerana topik bicara itu terlalu terbatas. Minat Rashdan lain dan minat Adirra ke lain. Jadi Adirra rasa tidak begitu selesa untuk berbual dengan Rashdan. Hari kelima Adirra sudah tidak tahan. Sesuatu mesti dilakukan. Adirra fikir dia perlu mengelak.

Adirra melihat kakak sepupunya dengan perasaan separuh serba salah. Terasa juga permintaannya nanti bakal menyusahkan. Sudahlah dia menumpang di situ. Makan minum ditanggung. Dua tiga hari ini suami Kak Lina masih belum berbunyi. Kalau ada kedengaran yang kurang enak nanti, yang terasa bukan orang lain. Adirra sendiri juga. Selepas ini ke mana pula Adirra hendak membawa diri.

Tetapi dia perlu. Dia perlu bercuti untuk mengelak daripada lelaki bernama Rashdan itu. Dengan cara itu dia pasti Rashdan tidak akan mencarinya. Sekaligus dia dapat menjauhkan diri daripada Rashdan. Walaupun Adirra rasa tindakannya itu kurang wajar, tapi dia perlu mencuba. Tanpa mencuba dia tidak akan tahu sama ada dia berjaya atau tidak.

"Kak Lina, Irra nak minta cuti untuk beberapa hari, boleh?" Perlahan suara Adirra memecah keheningan malam yang dingin.

"Cuti? Kenapa?" Kak Lina memandang wajah adik sepupunya yang sudah kelihatan murung. Tapi Kak Lina tahu juga. Kalau jenis yang bermasalah, di mana saja akan ada masalah.
"Irra bengang dengan seorang mamat tu. Hari-hari datang kacau Irra." Rungut Adirra lambat. Sebenarnya dia cuba untuk rahsiakan hal seperti itu dari pengetahuan kakak sepupunya Tidak mahu menyusahkan Kak Lina dengan perkara remeh temeh.

Kak Lina tersenyum. Kak Lina faham benar akan sikap adik sepupunya seorang ini. Mudah bosan dan mudah rasa tak suka. Itu memang sudah sedia maklum. Mungkin dirasakan dirinya itu cantik. Jadi bukan senang untuk sesiapa mendekatinya.

"Apa salahnya. Mungkin dia suka dengan Irra." Kak Lina cuba menyakat.

"Eee..Geli. Tak suka." Adirra mencebik.

"Mula dulu macam penyangak. Dua tiga hari lepas tu macam YB yang nak pergi melawat kawasan. Entah berapa botol minyak dia pakai, sampai terserlah padang golf." Makin galak Adirra mengutuk.

"Kamu ni Irra, kalau dapat mengutuk orang tak ingat dunia." Kak Lina tumpang ketawa.

"Lagipun dia tu dah tua. Tak sesuai langsung dengan Irra. Bukan cita rasa Irrapun!"

"Irra, mana tahu dialah lelaki yang paling sesuai untuk Irra sebab akak rasa, Irra tak sesuai dengan lelaki yang sebaya Irra. Masing-masing keras kepala. Nanti hubungan pun tak ke mana. Kalau yang lebih tua ni lebih penyabar, penyayang dan amat memahami!" Kak Lina cuba memujuk. Manalah tahu terbuka hati Adirra.

"Dahlah kak, tak payahlah nak pujuk-pujuk Irra. Irra cakap Irra tak suka, tak sukalah." Tegas Adirra.

"Jangan cakap macam tu, takut nanti  Irra tergila-gilakan dia pulak. Kita ni kalau bercakap biar berlapik jugak!" nasihat Kak Lina.  
Adirra terdiam. Betul kata kakak sepupunya itu. Selalunya orang yang bercakap besar itu akan terima padahnya. Nanti dari tak suka, jadi tergila-gila pula. Selalu begitulah keadaannya.

"Err…Boleh ke Irra cuti kak?" soal Adirra.

"Boleh. Kalau setakat nak bercuti memang boleh. Tapi sampai bila pulak Irra nak mengelak. Kemudian-kemudian nanti jumpa juga."

Adirra mengeluh panjang. Susah betul berurusan dengan lelaki yang tak faham bahasa ini. Tak tahu orang tak suka.

"Lelaki ni Irra, kalau mereka dah suka, makin kita nak jauhkan diri, makin mereka dekat. Percayalah cakap akak, Irra mengelak macam mana pun, kalau dia dah suka kat Irra, Irra tak boleh nak buat apa."
"Habis apa yang Irra patut buat kak?"

"Hmm…, apa lagi. Buat bodoh ajelah…." Jawab Kak Lina dengan selamba.
Kedua sepupu itu mengekek sudahnya.

Sudah tiga hari Adirra tidak kelihatan di gerai. Hendak bertanya kepada Kak Lina, Rashdan rasa agak keberatan.  Mustahil pula sudah pulang ke Kuala-Lumpur. Dia sendiri yang bercakap, kalau hatinya betul-betul pulih, baru dia akan pulang.
        Kebetulan pagi itu, dia bertembung dengan Kak Lina ketika Kak Lina membeli barang keperluan di pekan berhampiran. Peluang  digunakan untuk bertanyakan tentang Adirra.
"Kak, boleh saya tumpang tanya?" Rashdan beranikan diri bertanya.

"Ya?"

"Adirra dah balik KL ke? Lama tak nampak dia!"
Kak Lina perhatikan Rashdan atas ke bawah. Dua tiga kali dia ulang perkara yang sama. Hmm…Tak adalah yang kurang, bahkan nampak seperti lelaki yang cukup matang. Di mana pula letak tuanya. Betullah mata si Adirra tu dah rabun. Lelaki setampan inipun dikatakan  tua.

"Oh! Dah tak kerja dengan akak untuk beberapa hari. Dia cuti." Jelas Kak Lina.

"Tak kerja…?" Rashdan kerutkan dahinya. Tak faham sebenarnya.

"Hmm tapi kalau awak nak jumpa dia, cari sajalah berhampiran rumah akak. Ada satu pokok besar selepas kawasan kebun bunga. Di situlah dia menghabiskan masanya."

"Kat kaki bukit?" tanya Rashdan untuk kepastian.

"Hmm…."

"Naik basikal boleh?"

"Lagi elok. Kalau guna kereta mungkin payah sikit. Jalannya agak sempit."

"Kebetulan saya naik basikal hari ni…"
Rashdan terus menarik basikalnya. Seperti arahan Kak Lina, Rashdan menyusuri jalan sempit yang terletak betul-betul berhampiran rumah  Kak Lina.

Di bawah pokok yang besar lagi  rendang, Adirra terbaring sambil membaca novel yang dibawa bersama. Novel Bila Hati Kata Sayang tulisan Marissa. Novel yang begitu romantis buat Adirra. Ada kalanya dia terbuai dengan sendiri. Kalaulah dia sendiri memiliki lelaki seperti Syed Adriz itu alangkah indahnya dunia ini.

Letih  membaca Adirra tangkupkan buku di atas mukanya. Harap-harap lena bakal bertandang. Hajatnya  biarlah dia dapat sedikit ketenangan. Sudah mula rimas saban hari melayan kerenah lelaki bernama Rashdan yang terpaksa dipanggilnya abang itu.

"Ehem…."
Sekilas bagai terdengar suara orang berdehem. Macam biasa dengar saja dehemnya. Huh! Dah dasar manusia tak  pandai nak memberi  salam.
Adirra buat tidak dengar. Hatinya mula berdetik-detik marahkan kakak sepupunya. Kerja siapa lagi kalau bukan kerja Kak Lina. Memang betul-betul jujur kakak sepupunya itu. Dah dipesan, masih juga tidak memegang amanah.

"Ehem…."
Sekali lagi Rashdan berdehem.

"Abang, kalau nak tumpang duduk, baik jangan banyak cakap. Irra nak tidur," kata Adirra tanpa mengalihkan buku dari mukanya.

"Kenal pulak Irra dengan suara abang…."

"Suara abang tu, kalau harimau  dengar pun boleh kenal. Inikan pulak Irra yang hari-hari dengar."

"Bunyinya macam menyampah saja. Macam tak suka dengan abang." keluh Rashdan. Memang itu yang dia rasa dua tiga hari ini. Seperti Adirra sedang menjauhkan diri daripadanya saja.

        La, faham pulak mamat ni. Ingat tak faham tadi. Tapi kesian pulak dengar dia cakap macam tu. Macam berjauh hati benar. Hisy! Apalah kau ni Adirra, kata tadi tak suka, sekarang kasihan pulak. Begitu Adirra terdengar hatinya berkata-kata.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-8-2011 12:56 PM | Show all posts
"Yalah, abang sedar siapa diri abang ni. Nak berkawan pun orang tak sudi…" kata Rashdan dengan nada sedih yang dibuat-buat.

        "Apalah abang ni…Cakap macam tu pun nak merajuk." Adirra  bangun. Kemudian mencubit lengan Rashdan yang sudah duduk berhampirannya. Konon-kononnya hendak menjaga hati Rashdan, tetapi sebenarnya Adirra cuba mengelak dari helahnya dihidu. Adirra tidak mahu Rashdan menyedari akan ketidaksukaannya pada Rashdan. Tak baik melukakan hati orang. Adirra sudah rasa bagaimana kalau hati terluka. Sakitnya susah untuk digambarkan dengan kata-kata.  Jadi Adirra tidak mahu ada hati orang yang lain pula yang merasakannya. Kalau dengan berpura boleh membuatkan lelaki ini gembira, apa salahnya Adirra berpura saja. Berpura-pura bukan terlihat pun.

"Iyalah, abang sedar siapa abang ni. Siapalah yang suka."

"Dah, dah, jangan nak merajuk. Karang, Irra sumbat dengan buah epal ni."  
Adirra letak sebiji epal ke mulut Rashdan. Nampak kasar tetapi membangkitkan kemesraan yang tidak terancang.
Rashdan sambut dengan ketawa lantas epal berwarna merah itu berkalih tangan. Sudah berada di tangan Rashdan. Sesaat selepas itu dia mula menggigit epal.

"Ini epal Irra." Lantas Adirra rampas semula epal dari tangan Rashdan.  

"Abang ni…. Irra belum sarapan apa-apa lagi." Dipukul perlahan bahu Rashdan. Adirra kembali kepada sikap manjanya. Keanak-anakkan. Terlupa orang yang dia menumpang manja itu bukanlah orang yang disukainya.

"Mana abang tahu, yang Irra beri pada abang kenapa?" Rashdan sudah tergelak melihat tingkah manja Adirra. Tak sangka sangka begini rupanya sifat sebenar gadis comel ini.

"Bila masa Irra beri pada abang?"

"Okey, macam ni. Apa kata kita sarapan kat rumah abang. Roti bakar dengan jem strawberry buatan sendiri. Sedap tau." Cadang Rashdan tiba-tiba.

"Lepas tu kita terus makan tengahari. Nanti abang masak." Tokok Rashdan. Namun dia benar-benar berharap Adirra akan setuju. Dua tiga hari ini dia benar-benar rindukan Adirra.
Adirra berfikir. Logikkah cadangan lelaki asing ini? Buatnya dia ini perompak bank? Tidakkpun pembunuh upahan, paling ditakuti kalau perogol bersiri. Aduh, apa yang harus dia lakukan demi menolak pelawaan lelaki seorang ini.

"Jangan risau. Rumah abang tu ada pembantu rumah, ada tukang kebun ada tukang masak. Irra jangan fikirkan yang bukan-bukan."

"Mana rumah abang..?"

"Tu rumah atas bukit tu.."
Dari tempat duduknya Rashdan tunjuk ke arah sebuah banglo yang sayup-sayup kelihatan dari tempat mereka. Tiba-tiba saja bulu roma Adirra meremang bila melihat banglo yang di maksudkan. Seramnya semacam.

Adirra tambah keliru. Fikiran berserabut antara percaya dengan tidak. Sudah berkali-kali dia melihat banglo atas bukit itu, terfikir juga jenis bagaimanakah manusia  yang menghuninya.

"Jomlah, jangan nak fikir panjang lagi. Abang ni tak jahat, boleh dipercayai." Tegas Rashdan bila melihat Adirra seperti teragak-agak.

"Perompak tak akan beritahu yang dia perompak." Kata Adirra perlahan.

"Tengok tu, dah nampak dia tak ikhlas nak berkawan dengan abang." Rashdan buat-buat merajuk. Tarik muka masam. Kalau budak-budak, kena ikut cara budak-budak. Baru menjadi.

"Hisy, abang ni, merajuk pulak dia. Bukan Irra tak ikhlas, tapi abang kena fikir jugak, elok sangat ke kalau perempuan ikut lelaki balik rumah?" Mujur Adirra teringat akan alasan itu.

"Bukan rumah orang lain, rumah abang. Rumah abang tu bukan abang seorang saja. Masih ada orang lain." Suara  Rashdan sudah  kuat. Hampir hilang kesabarannya.  
Eh! Mamat ni, orang tak nak pergi rumah dia, marah pulak. Banyak cantik dia punya muka! Rungut Adirra di dalam hati.
Rashdan berdiri lalu di tarik tangan Adirra. Ikutkan budak ini, sampai petang esok pun belum tentu bergerak.

"Kejap…." Adirra membongkok kemudian dia melihat Rashdan benar-benar berpijak di atas tanah.

"Kenapa? Ingat abang ni hantu raya?" Dekah Rashdan kian menjadi. Yang bukan-bukan saja perilaku gadis comel ini.

"Irra selalu terbaca cerita yang macam-macam. Selalu rumah besar atas bukit ada rahsia yang tersendiri. Contohnya ada penunggu."

"Hah! Tu pengaruh bacaanlah tu!" sindir Rashdan sambil mula menyorong basikalnya. Ingin berjalan dengan Adirra dalam keadaan begitu.
"Contohnya abang. Manalah tahu abang ni roh yang menjelma tiba-tiba. Walhal abang dah mati sepuluh tahun yang lampau kerana gantung diri dalam rumah besar tu. Asalnya Irra nampak rumah tu cantik, sedar-sedar esok pagi rumah tu hanya rumah usang. Bila tanya pasal abang, orang cakap abang dah lama mati…eeee, seramnya."
Rashdan ketawa lagi. Makin galak budak comel ini jadi tukang karut.

"Ataupun abang ni jelmaan roh yang hendak membalas dendam terhadap gadis cantik. Masa hayat abang dulu abang ada isteri yang curang. Abang bunuh isteri abang ketika abang terjumpa mereka sedang berdua-duan di dalam rumah tu. Kemudian abang bunuh diri. Roh abang tak tenteram, lalu membalas dendam"

"Irra, sudah-sudahlah tu merepek. Kalau abang ni hantu, dah lama abang hisap darah Irra. Orang kata darah anak dara manis." Balas Rashdan kemudiannya.

"Tak nak lah Irra ikut abang. Buatnya betul abang ni hantu."
Rashdan merenung wajah Adirra dengan perasaan separuh geram. Makin didiamkan  galak pula budak ini mengarut.

"Dah, kalau tak nak ikut abang cakap ajelah… Tak payahlah merepek yang bukan-bukan. Hantulah, rohlah." Rashdan merajuk. Hilang sikit kesabaranya melayan cakap-cakap Adirra yang bukan-bukan.

Adirra mati kutu. Tidak tahu lagi untuk mencari alasan. Sudah berusaha merepek sehabis mungkin, namun nampak gayanya tidak menjadi juga. Terpaksalah dia akur demi menjaga hati Rashdan.
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2011 01:22 PM | Show all posts
nak lagi
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 10-8-2011 01:23 PM | Show all posts
kenapa adirra tak suka rashdan? tak faham la
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2011 01:55 PM | Show all posts
Reply 67# Syafiya


   mestila sbb perbezaan umur...rashdan 2kan dah 30+..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-8-2011 02:16 PM | Show all posts
ha ha ha kelakar irra.......
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2011 04:03 PM | Show all posts
macam2 lah irra nie....
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2011 04:26 PM | Show all posts
Reply 68# imma2010


    alah...umur is just a number.. lebih tua lebih matang.. bagus tu
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2011 10:09 PM | Show all posts
ahahahaaa... klakar juga irra nih... dorang ni memang pasangan yang sepadan ler... hanya rashdan jek yang pandai layan irra yang manja terlebih terober dos nih...
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2011 11:11 PM | Show all posts
sesuai..sorg dah matang..seorg lagi manja mcm kanak2 riang.
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2011 08:39 AM | Show all posts
hahaha....best..best...best
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2011 08:58 AM | Show all posts
ikut jelah IRRA...RASHDAN pun ok jugak pe...
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2011 09:01 AM | Show all posts
Post Last Edit by melinda_gordon at 11-8-2011 09:05

sebenarnye kan..melalui pengamatan mel la..
si irra ni hati die baik..unlike si natrah tu yg pura2 hormat dan baik depan org tapi sebenarnye hati busuk.. cume die dah dispoilkan oleh bapak die yg buatkan die terlebih manja dan degil taknak terima pandangan org lain kdg2..dah namenye anak sorang kan..
tapi kalau ade org yg pandai cara nak control sikap kepala batu die tu,rasenye irra ni bole berubah..rashdan je pun da bole buat die mengalah..satu benda yg die tak penah buat dgn org lain termasuk papa die..bukan senang woo budak degil plus manja mcm ni nak MENGALAH dekat org lain..tapi rashdan berjaya buat die MENGALAH..yo go rashdan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-8-2011 09:27 AM | Show all posts
go rashdan go.... buatkan budak manja tu jatuh cinta kat mu... jadi awek tokeh lembu best apa hari2 boleh minum susu segar terbaik dari ladang...
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2011 09:30 AM | Show all posts
go rashdan go.... buatkan budak manja tu jatuh cinta kat mu... jadi awek tokeh lembu best ...
asyriqa Post at 11-8-2011 09:27



    pastu badan pun dah serupa lembu
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-8-2011 01:07 PM | Show all posts
Bab 12

"Wah, besarnya rumah abang…." Puji Adirra ketika berdiri di halaman rumah. Kagum dia melihat rumah yang tersergam indah dengan sentuhan ala-ala Inggeris. Kemudian mata Adirra berpindah pula pada halaman rumah. Bunga-bunga ros memenuhi segenap halaman. Tambah berseri dengan kuntuman-kuntuman bunga matahari yang tumbuh subur.  

        "Banyaknya bunga matahari…" Adirra tambah kagum melihat kuntuman bunga matahari yang tidak pernah dilihat sebelum ini.

        "Irra suka?" soal Rashdan.

        "Suka sangat!" jawab Adirra dengan girang.

        "Hmm, kalau macam tu, jadilah mem besar rumah ni!" seloroh Rashdan sambil tergelak.

        "Abang! Irra balik karang, kalau cakap macam tu lagi!" Adirra bulatkan pula matanya. Kurang senang dengan gurauan Rashdan. Bunyinya macam gatal saja.

        "Okey, okey. Abang gurau saja!" kata Rashdan. Tapi dia masih tergelak. Suka benar melihat Adirra begitu. Tambah comel.
        Adirra berdiri seketika memerhati kawasan kediaman Rashdan yang dijaga dengan rapi. Kemudian dia perhatikan pula ladang ternakan lembu yang tidak jauh dari situ serta padang ragut yang sayup-sayup kelihatan. Sungguh mempersonakan.

"Hmm…, dah lama abang tinggal sini?" soal Adirra tiba-tiba.

"Lebih kurang tiga bulan."

"Abang kerja apa sebenarnya?"

"Habiskan duit ayah abang….."

"Wah, bagusnya jawapan."
Rashdan tergelak lagi. Senang hati. Tiba-tiba saja dia rasa sangat tenang dan selesa. Sudah lama dia tidak berperasaan begitu.

"Abang memang anak orang kaya?"

"Emm…"

"Wah, untunglah siapa yang dapat kahwin dengan abang," kata Adirra sambil tepuk bahu Rashdan.

"Irra tak nak suami kaya?"

"Tak naklah. Irra nak yang biasa-biasa saja. Yang mampu sediakan keperluan asas dahlah, janji dia sayangkan Irra dan selalu bersama Irra." Jawab Adirra jujur. Dia tidak pernah untuk mencari pasangan yang kaya raya.

Rashdan tatap wajah Adirra sambil tersenyum. Dia ini terlalu berterus terang atau lurus bendul?

"Selalu orang kaya ni tak cukup masa. Asyik kejar duit 24 jam. Tak tahu nak menghargai orang disisinya. Itu yang ramai makan hati. Irra tak nak macam tu. Irra nak hidup bahagia." Jawab Adirra lagi.
Ada sesuatu yang sangat istimewa pada gadis seorang ini. Tak salah dia menaruh hati dan menyimpan perasaan buat gadis ini.

"Cik adik sayang, siapa yang tak nak hidup bahagia. Kalau Irra tanya orang utan sekalipun jawapannya pun sama. Tetap nak bahagia juga. Tapi tak semua bernasib baik untuk memilikinya."

"Dalam soal tu abang salah. Bahagia itu dicipta, bukan dikutip di mana-mana."

"Iyalah, Irra betul. Abang saja yang salah."

"Irra cakap saja. Abang tak nak dengar tak apa. Irra tak untung apa-apapun."
Rashdan tersenyum. Nampak Adirra bukan mudah mengaku kalah. Nak menang juga.  

"Oh ya, ini kenalkan Mak Cik Biah, penjaga rumah ni. Dan ini suaminya Pak Cik Samad." Rashdan perkenalkan keduanya yang setia menanti di hadapan pintu rumah.

"Ini Adirra yang saya ceritakan tu." beritahu Rashdan pula.
Sebelum bersalaman dengan keduanya, Adirra terpandang-pandang wajah Rashdan. Entah apalah yang sudah diceritakan tentang dirinya sehingga Mak Cik Biah suami isteri boleh tersenyum-senyum.

"Dia kutuk saya ke mak cik?" soal Adirra ingin tahu.

"Tak adalah, cerita biasa je, jemput masuk," pelawa Mak Cik Biah dan Adirra terus melangkah tanpa perasaan curiga lagi. Rashdan sudah mendahului terlebih dahulu sambil tersenyum lebar.

"Kita sarapan dulu," pelawa Rashdan bila melihat Adirra seperti orang hairan ketika berdiri di ruang tamu kediaman yang dikatakan milik lelaki itu.
Terus Adirra ke ruang dapur dan tanpa sebarang pelawaan Adirra duduk sambil memerhatikan Rashdan panaskan air. Kemudian melihat lelaki itu bancuh air. Kagum Adirra melihat kebolehan Rashdan.

"Sebenarnya abang bercuti. Nak relak, nak tenangkan fikiran." Rashdan memulakan bicara. Sambil berdiri berhampiran pembakar roti, dia keluarkan dua keping roti yang sudah sedia untuk dimasukkan kedalam pembakar.

"Nak lari dari hutang…" Adirra mencelah.

"Hisy, tak adalah sampai ke situ."
Rashdan bawa roti yang sudah dibakar ke meja makan. Disapu dengan jem dan diserahkan kepada Adirra.

"Jem ni Mak Cik Biah buat sendiri?" soal Adirra sambil mengunyah.

"Hmm…sedapkan." Jawab Rashdan

"Sedap sangat. Tak pernah rasa jem strawberry sesedap ni." Puji Adirra bersungguh.

"Makanlah banyak-banyak kalau suka."

"Bawak balik boleh?"
Budak ini, dah dijamu makan, siap nak bawa balik pula

"Boleh, apa salahnya. Lagipun Mak Cik Biah memang buat banyak. Dia tahu abang suka jem ni."
Rashdan perhatikan cara Adirra makan. Gadis ini nampak cukup comel. Bibirnya yang nipis, pipinya yang gebu dan matanya yang agak bulat. Anak siapalah agaknya dia ni.

"Eh! Kenapa abang pandang Irrra semacam saja. Mulut Irra comot ke?" Segera Adirra pindahkan cawan ke atas meja lalu di ambil piringnya untuk dijadikan cermin.
Rashdan sudah ketawa. Cara Adirra cukup bersahaja.

"Hisy, Irra ni…." Perlahan Rashdan tolak bahu Adirra yang masih membersihkan mulutnya.

Rashdan bangun. Piring serta cawan di bawa ke sinki lalu di basuhnya. Kemudian Rashdan  buka peti sejuknya. Waktu itulah Mak Cik Biah muncul.

"Tuan nak saya masak apa hari ni..?" soal Mak Cik Biah penuh hormat.

"Hari ni mak cik cuti masak. Tengahari ni saya nak masak untuk tetamu istimewa saya," beritahu Rashdan sambil keluarkan bahan-bahan yang sudah di fikirkan untuk di jadikan hidangan makan tengahari nanti.

Terkejut juga Adirra bila Rashdan di panggil tuan. Besar sangatkah dirinya hingga di beri penghormatan begitu sekali.

"Nak mak cik tolong?" Mak Cik Biah menawarkan diri.

"Tak payah, tak payah. Saya boleh buat sendiri," jawab Rashdan tanpa melihat wajah pembantu rumahnya.

"Sedaplah jem yang mak cik buat ni…" Puji Adirra pula.

"Iya? Terima kasih. Mak cik buat sebab Tuan yang minta. Tuan suka benar dengan jem tu," jawab Mak Cik Biah lagi.

"Marilah kita sarapan sekali," pelawa Adirra dengan mesra.

"Mak cik dah sarapan tadi." Mak Cik Biah melangkah perlahan bila melihat Rashdan menjelingnya semacam. Mak Cik Biah faham benar akan makna jelingan majikannya itu. Mahu Mak Biah beredar dengan segera.

"Nak ke mana mak cik tu," tegur Adirra bila melihat langkah Mak Cik Biah seperti menghala ke arah ruang tamu.

"Mak cik ada kerja kat luar. Irra sarapanlah dulu." Jawab Mak Biah.

        Selesai Adirra bersarapan, dia menghampiri Rashdan yang sedang menyediakan sos istimewa. Terus dia duduk di kabinet sambil melihat Rashdan.

        "Abang macam biasa saja masuk dapur."

        "Tak juga. Saya hanya masak untuk orang tertentu."

        "Tentu orang tertentu tu ramaikan?"

        "Err…ramai. Satu, dua, tiga..emm tak terkira."

        "Ramainya. Jadi semua dah rasa masakan abang."

        "Taklah. Baru Irra seorang. Yang pertama…emm, mungkin yang terakhir." Rashdan menjeling manja.

        "Kenapa pulak?"

        "Tak ada apa-apa. Abang bukannya nak bukak restoren nak ajak orang ramai makan! Cukuplah Irra seorang." Jawab Rashdan penuh makna.  
        Adirra menolak tingkap yang hanya berlangsirkan bahagian atas. Serta merta udara segar menyusup masuk. Seketika dia terbuai dengan kesegaran udara. Matanya juga merenung  pokok-pokok yang yang rendang di belakang rumah. Sepohon dari pokok-pokok tersebut menarik perhatian Adirra kerana sudah tergantung dengan buaian.

        "Irra nak naik buaian tu boleh?" soal Adirra penuh minat.

        "Pergilah. Abang yang buat buaian tu!" kata Rashdan dengan bangga.
        Adirra melompat turun dari kabinet dan  dia hendak ke ruang tamu.

        "Ikut pintu belakang pun boleh," ujar Rashdan sebelum menghulurkan selipar untuk kegunaan Adirra. Selepas itu dia bukakan pintu untuk Adirra. Pantas Adirra berlari mendapatkan buaian.
        Dari tempat dia berdiri, Rashdan melihat keriangan Adirra ketika berbuai. Terhibur juga hatinya melihat Adirra.

        "Tuan pandang apa tu?’ soal Mak Biah ketika menghampiri Rashdan. Bimbang juga kalau-kalau Rashdan terpotong jari sedang mata leka ke tempat lain.

        "Oh!, saya pandang Adirra. Seronok pulak tengok dia macam tu," kata Rashdan. Kerja-kerja memotong bawang terpaksa dihentikan seketika.

        "Nampak macam budak-budak lagi," ulas Mak Biah sambil melihat Adirra sama.

        "Baru dua puluh satu tahun, mak cik. Memang nampak macam budak-budak. Manja, kuat merajuk. Tapi tak tahulah, kenapa saya berkenan sangat dengan dia. Mungkin sebab wajah dia comel agaknya!" beritahu Rashdan sambil tersenyum.

        "Dia memang comel." Kata Mak Cik Biah lagi.

        "Mungkin dialah bakal teman hidup saya. Mak cik doa-doakanlah sama. Saya memang betul-betul berkenan kat dia." kata Rashdan bersungguh.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-8-2011 01:08 PM | Show all posts
"Insya Allah. Mak cik sentiasa doakan kebahagian tuan," jawab Mak Cik Biah dengan ikhlas.

        "Mak cik tolong potong bawang ni ya, saya nak sertai Adirra. Seronok pulak tengok dia berbuai!" kata Rashdan sambil tanggalkan apronnya.

        "Pergilah…" jawab Mak Biah sambil menyambung kerja mmemotong bawang.

Adirra lihat juadah yang terhidang. Daging bakar bersama sos, udang goreng bertepung, cendawan goreng bertepung serta sayur campur. Mana lauk yang berkuah. Hmm… kena berhati-hati ni. Silap hari bulan mahu tercekik. Semua jenis makanan kering. Tak berkuah langsung. Orang makan daging bakar bercicahkan air asam. Dia ni lain betul, hati Adirra mula berkata-kata.

"Kenapa pandang saja. Tak sudi nak jamah masakan abang…"

"Ini semua nak makan dengan nasi?" tanya Adirra kehairanan. Nak kata Mat Saleh sesat tidak jugak. Sah-sah bukan dari baka kacukan.

"Habis, Irra nak makan dengan gandum?" seloroh Rashdan.

Adirra cubit tangan Rashdan. Mengarut betul jawapannya. Menyesal juga Adirra bertanya kalau jawapannya begitu.

Daging bakar yang di potong menjadi kepingan lebih kecil dan nipis, pasti saja membangkitkan selera Adira untuk mencubanya.

"Hmm… sedapnya. Abang guna sos apa ni," puji Adirra sebaik saja menikmati daging bakar.

"Rahsia. Tak boleh beritahu orang lain. Nanti kalau orang lain tahu dah hilang keistimewaannya."
Adirra tidak peduli dengan jawapan Rashdan. Dijamah lagi kepingan daging bakar. Kalau dia tahupun bukannya dia rajin untuk memasaknya.

"Papa Irra pun pandai masak. Selama ini papa yang masakkan untuk Irra." Tiba-tiba Adirra terkenangkan abahnya.

"Bertuah punya anak perempuan. Sepatutnya dia yang masak."

"Irra tak tahu masak. Selama ni nasipun Irra tak pernah masak."

"Habis kalau tak tahu masak macam mana nak kahwin?"

"Emm….Irra cari suami yang pandai masak."

"Macam abang?"
Waktu itulah Adirra rasa ada sesuatu tersangkut di kerongkongnya sehingga mengundang batuk-batuk kecil.
Tak guna betul. Berani dia buat lawak macam ni, sumpah Adirra di dalam hati. Rashdan pula sudah senyum sendiri.

"Abang boleh tak jangan sebut benda yang bukan-bukan?"

"Bukan-bukan apa pulak. Kan ke betul."
Sekali lagi Adirra mati kutu. Buntu. Diajak bergurau begitu Adirra rasa kurang senang. Lebih-lebih lagi dengan lelaki seorang ini. Adirra memang tak suka.
Buat seketika Adirra biarkan suasana menjadi sepi. Sesekali terdengar juga sudu berlaga dengan piring.

Hati Rashdan rasa sangat senang melihat Adirra begitu berselera. Terasa seperti usahanya untuk memikat Adirra sangat berbaloi. Bukan Rashdan tidak tahu. Rashdan sedar. Adirra bukan suka benar dengannya. Cara Adirra mengelak saja Rashdan sudah faham. Tapi itu bukan alasan untuk dia lupakan impiannya. Dia akan berusaha untuk menawan hati Adirra. Bila hatinya dah berkenan, dia akan lakukan apa saja untuk memenangi hati tersebut.  

        "Maaf tuan, ada panggilan," kata Mak Cik Biah tiba-tiba. Sekaligus mematikan lamunan Rashdan.

        "Okey, nanti saya jawab." Rashdan bangun.

        "Emm, makan jangan malu-malu!" kata Rashdan lagi sambil tepuk bahu Adirra perlahan. Dia terus ke ruang tamu untuk menjawab panggilan.

"Assalamualaikum." Rashdan memberi salam.  

"Waalaikumusalam. Kau masih di rumah ladang  tu?" soal Zakuan salah seorang pekerja serta sahabat baiknya.

"Hmm…."

"Baliklah. Syarikat teruk sangat sekarang ni."

"Ayah aku ada, anak emas dia ada, tak kan tak boleh uruskan syarikat."

"Ayah kau dah jatuh sakit, Adam pula masih baru. Banyak perkara yang dia perlu belajar!"

"Aku tak mahu ambil tahu apa-apa lagi. Pandai-pandailah mereka uruskan." Kata Rashdan seakan merajuk.

"Syarikat tu milik keluarga arwah emak kau. Kau nak tengok syarikat tu hancur? Jadi apa guna penat lelah arwah emak dan arwah datuk kau selama ini?"

"Aku dah tawar hati nak kerja di sana."

"Tawar ke masin ke, kau tetap waris utama. Nama kau sudah tertulis sebagai pemilik yang sah." Desak Zakuan.

"Ah! Peduli apa aku." Rashdan masih dengan keputusannya. Rajuk hatinya bukan boleh baik hanya dengan rayuan Zakuan.

"Aku tahu kau kau banyak duit. Harta kau melimpah ruah. Tak habis makan sampai ke mati, tapi tolonglah fikirkan nasib pekerja di sini. Tolonglah kasihan periuk nasi kami. Aku merayu sangat-sangat."
Rashdan terdiam. Rayuan Zakuan buat Rashdan berfikir seketika.

"Aku tahu kau dah tak ada hati dan perasaan tapi untuk kali ini aku merayu sangat-sangat. Kasihankanlah kami."

"Tengoklah nanti macam mana…"

"Kau dah tak boleh tengok lagi. Kau kena balik sekarang jugak."

"Habis kau nak suruh aku buat macam mana lagi?  Bila aku sebenarnya dah lama mati. Aku terkubur sama waktu orang kuburkan emak aku, jadi kau nak aku buat apa lagi?" Rashdan sedikit marah bila terus-terusan diasak. Hilang rasa sabarnya.

"Rashdan, kau tak boleh hilang semangat. Aku tahu kau boleh lakukannya."

"Selagi budak tu ada di syarikat, aku tak akan balik."

"Tapi dia adik kau jugak. Cuma kau orang berbeza emak."

"Tidak. dia bukan adik aku. Mereka semua tu pembunuh. Mereka yang bunuh emak aku!"

"Ajal maut di tangan Tuhan, Rashdan. Yang itu kau kena percaya."

"Tapi mereka puncanya!" Rashdan menjerit.

"Okeylah, kalau kau dah putuskan macam tu. Terpulanglah pada kau. Aku sekadar menyampaikan saja. Itu saja aku nak cakap! Assalamualaikum!"
Suara Zakuan terus hilang. Yang tinggal hanya rasa marah Rashdan yang kian membuak.
Buat seketika Rashdan hanya mampu bersabar. Cuba membuang rasa marahnya agar tidak jelas kelihatan. Dia tidak mahu Adirra melihat dirinya dalam keadaan begitu. Tidak mahu Adirra bersangka buruk. Sedar juga cita rasa gadis itu terhadap lelaki sangat berbeza. Sekarang juga Rashdan merasakan seperti Adirra tidak selesa dengannya, jadi Rashdan perlu berhati-hati.

"Eh, dah sudah?" soal Rashdan sebaik sahaja melihat Adirra sudah selesai makan.

"Nak tambah nasi tadi, tapi malu!" jawab Adirra dengan selamba.

"Apa pulak nak malunya, nanti abang tambahkan!" Rashdan cuba menyenduk nasi namun dengan pantas Adirra pukul tangan Rashdan.

"Sudah, Irra tak nak gemuk nanti."

"Kenapa takut gemuk?"

"Nanti tak ada orang nak kat Irra!"

"Hisy, ada pulak fikir macam tu. Kalau dah suka, tak kira gemuk ke, kurus ke. Tetap jugak orang suka!" balas Rashdan.

"Itu cakap abang, lelaki lain tak cakap macam tu."

"Lelaki lain mana lagi, abang kan dah ada!"

"Hisy! Tak naklah. Abang tu mak we keliling pinggang!"

"Tolong ya, abang bukan jenis macam tu. Abang bukannya buaya!"

"La, Irra pun tak cakap abang buaya. Abang perasan abang buaya kenapa?" Adirra sudah mengekek ketawa.
Rashdan juga turut tersenyum melihat tingkah Adirra yang sangat comel itu.

"Hmm, ada hati nak mainkan abang rupanya."
Adirra masih lagi ketawa. Geli hati melihat wajah Rashdan yang sudah merah menahan malu.
Hampir selesai mentertawakan Rashdan, Adirra bangun membawa pinggannya.

"Hisy, tak payahlah susah-susah. Nanti abang boleh basuh!"

"Eh! Abang ni, kalau iyapun nak layan Irra, agak-agaklah. Ingat Irra tak pandai basuh pinggan?" Adirra tarik semula pinggannya.

"Sebab abang tahu, Irrapun tak biasa basuh pinggan!"
Adirra menjeling manja.

"Eh, tolong sikit, tengok oranglah!"
Rashdan tersenyum sambil melihat Adirra mencuci pinggan.

"Hmm, Irra dah kenyang, jadi Irra nak baliklah!" kata Adirra sambil lap tangannya pada tuala yang tergantung bersebelahan sinki.

"Awal lagi. Nantilah dulu, kita berbual lagi."

"Dah lama Irra kat sini. Tak manislah. Nanti apa pulak kata Mak Cik Biah,." Adirra memberi alasan.

"Kalau macam tu abang hantar Irra."

"Tak naklah! Hari ni abang dah layan Irra begitu istimewa."

"Abang tak kisah. Abang sendiri yang nak buat macam tu!"

"Kalau abang hantar Irra balik, bermakna inilah kali terakhir kita bertemu. Lepas tu Irra akan pergi dari sini. Abang tak akan jumpa Irra sampai bila-bila!" Adirra mengugut.
Rashdan tergamam. Berani sungguh gadis ini keluarkan ugutan.  Takut dengan ugutan Adirra, Rashdan hanya mampu menghantar Adirra sehingga muka pintu sahaja. Dari situ dia hanya melihat Adirra melangkah pulang dengan perasaan berat. Apapun hatinya terpujuk juga bila mengenangkan kesudian Adirra menikmati makan tengahari masakan Rashdan sendiri.
Sebagai seorang lelaki yang sedang menaruh harapan, itu sudah cukup buatnya.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

8-5-2024 07:51 AM GMT+8 , Processed in 0.190674 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list