CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 142|Reply: 0

Di sebalik nama Nora J

[Copy link]
Post time 2-8-2011 01:05 PM | Show all posts |Read mode
Gigih asuh anak meminati seni suara dalam album VOUPEMILIK nama indah, Wan Norafizah Ariffin atau lebih dikenali sebagai Nora kini mahu tampil menggunakan frasa Nora J dalam menghayun langkah barunya dalam industri seni suara.\n\n\n\nPenyanyi yang mula mencipta nama pada 1994 dengan album pertama berjudul Sandiwara ini, berkata, huruf J yang dipilih itu adalah  sempena nama suami tercinta yang sentiasa menyokong kerjayanya, Johan Nawawi.“Menjadi kebiasaan akhir-akhir ini apabila nama saya sering tertukar dengan seorang model di Singapura yang juga menggunakan nama sama. Jadi, saya lebih suka menggunakan nama Nora J atau Nora Johan untuk mengelakkan kekeliruan berlaku,” katanya  ketika majlis pelancaran album Voices of Ummi (VOU) – Erti Al-Fatihah di Saloma Bistro, Selasa lalu.\n\n\n\n\nWanita yang sudah bertudung ini dalam nada bergurau berkata, kelahiran nama baru dalam laluan  seni itu umpama penjenamaan semula namanya ke dalam industri seni tanah air.Ibu kepada tiga cahaya mata ini, berkata genre muziknya kini berubah kepada genre pop kerohanian yang bersesuaian dengan imej barunya.Katanya,  VOU adalah kumpulan penyanyi kanak-kanak yang digabungkan kerana suara mereka juga digunakan sebagai suara bagi watak-watak utama dalam siri animasi muzikal kanak-kanak berjudul Ummi! Ceritalah Pada Kami.Istimewanya, insan yang terbabit dalam VOU itu adalah dua anak Nora sendiri hasil perkongsian hidup dengan Johan iaitu Alif Johan (Alif), 12, dan Putri Dahlia (Putri), 7, serta Aiman Abbas (Aiman), 14, Hana Hamdan (Hana), 11, dan Jihad Hamdan (Atan), 8.“Naluri saya kuat mengatakan lagu-lagu dalam VOU ini punyai kekuatan tersendiri dan ia bakal diminati bukan saja kanak-kanak tetapi juga semua lapisan masyarakat,” katanya tersenyum.Wanita yang dilahirkan di  Kampung Dewan Beta, Kota Bharu Kelantan ini  turut memberitahu, dia bersyukur kerana kedua-dua permata hatinya itu ada bakat dalam dunia nyanyian dan dia tidak akan menghalang minat semula jadi yang lahir dalam jiwa anak-anaknya  jika seni menjadi impian kerjaya mereka satu hari nanti.“Saya sangat bersyukur dengan anugerah yang diberikan kepada anak-anak saya dan mereka rela melakukan kerja ini tanpa paksaan.“Saya yakin album ini akan mendapat sambutan dan berharap lagu-lagu yang terdapat dalam album ini seharusnya diberi peluang untuk dimainkan di stesen radio,” katanya penuh semangat.Walaupun menginjak usia 38 tahun, Nora yang pernah popular dengan lagu Di Persimpangan Dilema, ini kini tampil langsing.Ketika ditanya berkenaan penampilan barunya itu, penyanyi ini menjelaskan rahsia langsing badannya itu adalah hasil keazaman untuk menguruskan badan yang turut dikongsi suami dan anak-anaknya.“Saya tidak mengambil ubat-ubatan. Hanya jaga pemakanan dengan makan banyak sayur-sayuran yang dikukus. Saya juga tidak amalkan makan makanan  yang digoreng serta berminyak. Jika memasak sayur, saya pastikan ia dikukus,” katanya yang berjaya menurunkan berat badan sehingga lapan kilogram.Nora yang bergiat aktif menjual kuih raya tatkala bulan mulia menjelang tiba , ini berkata dia mengambil masa  selama empat bulan untuk mendapat berat badan yang diinginkan dan memberitahu niatnya untuk tampil kurus bukan untuk kecantikan diri tetapi paling penting adalah untuk menjaga kesihatan diri.Animasi Ummi siap akhir tahunSementara itu, Johan selaku penerbit album VOU,  memberitahu album yang mengambil masa setahun untuk disiapkan itu adalah album runut bunyi bagi mempromosikan animasi terbitan syarikatnya, Hud Hud Media.“ Menariknya, album yang menampilkan 13 lagu sedap didengar itu akan diedarkan oleh Erama Creative Sdn Bhd dan Erama Records Sdn Bhd melalui portal www.erama.tv menjelang Ramadan ini.“Manakala bagi siri animasi Ummi 36 episod, ia dijangka akan siap pada hujung tahun ini. Oleh itu,  sementara menunggu animasi  siap sepenuhnya , kami hasilkan lagu-lagu yang bakal dimuatkan dalam animasi ini kerana ia akan diselang-seli dengan lagu berkonsep pop kerohanian,” katanya yang tidak menafikan album itu akan memasuki pasaran muzik Indonesia jika diberi peluang.Antara lagu-lagu yang mampu mengisi selera dan memberikan ketenangan jiwa dalam album VOU ini adalah Erti Al Fatihah, Ahai! Riangnya Hari Raya, Ummi, Indahnya Pelangi, Pemimpin Terpuji dan Aku Hud-Hud.

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 10:27 AM GMT+8 , Processed in 0.041585 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list