View: 135|Reply: 0
|
Kadar dividen KWSP gagal mengejar langkah inflasi
[Copy link]
|
|
Pada dasarnya, kebanyakan rakyat Malaysia bergantung kepada wang simpanan (personal saving) sebagai sumber pendapatan selepas bersara. Menurut hasil soal selidik The Nielson Company, sebanyak 68% rakyat Malaysia menjadikan wang simpanan sebagai pendapatan utama selepas bersara, dan hanya 20% bergantung kepada wang pencen syarikatnya, atau kerajaan.Dalam satu lagi soal selidik Nielson, 62% rakyat Malaysia memilih untuk menyimpan baki pendapatan mereka dalam tabung, 42% memilih untuk menjelaskan hutang (termasuk kad kredit dan pinjaman); 35% membelanjakannya untuk pelancongan; 32% memilih untuk melabur dalam saham atau tabung amanah; kira-kira 30% pula membelanjakannya untuk peralatan teknologi baru.Apa yang baiknya, kebanyakan rakyat Malaysia mempunyai amalan menabung - langkah permulaan yang penting untuk menyimpan wang pencen yang mencukupi. Tetapi, persoalannya, dalam keadaan di mana inflasi semakin melonjak, rakyat Malaysia perlu menyimpan lebih banyak wang untuk menampung kehidupan selepas persaraan.Inflasi menghakis keupayaan menabungBagaimanapun, menabung bukan sesuatu perkara yang mudah untuk seseorang warga kota yang biasa. Pertama, pendapatan warga kota meningkat pada kadar yang amat perlahan, malah langsung gagal mengejar langkah inflasi. Pendapatan keluarga di Kuala Lumpur dan Selangor hanya meningkat pada purata kadar 1.8% dan 2.9%, antara tahun 2004 hingga 2009; namun, inflasi negara mencapai purata kadar 3.4% dalam lima tahun ini, malah lebih tinggi di bandar (sekurang-kurangnya 6%).Dengan kata lain, nilai pendapatan sebenar warga kota bukan sahaja tidak meningkat untuk beberapa tahun kebelakangan ini, malah menyusut! Pada masa yang sama, keupayaan warga kota untuk menabung kini sedang dihakis secara beransur-ansur.Keduanya, wang pencen yang disimpan untuk kehidupan selepas bersara, pulangannya juga gagal menandingi langkah peningkatan inflasi. Mengambil contoh simpanan tetap di bank, faedahnya hanya kira-kira 3% - bukan sahaja lebih rendah daripada paras inflasi yang diumumkan secara rasmi (3.5% pada Jun), malah jauh ketinggalan di belakang paras inflasi di kota yang sebenar (sekurang-kurangnya 6%).Seandainya jarak sedemikian berkekalan, maka wang simpanan untuk 20 tahun kemudian meskipun bertambah dari segi angka, tetapi menyusut dari segi nilai - langsung tidak mampu untuk menampung kehidupan selepas persaraan.Malah, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (EPF) yang menawarkan pulangan dividen yang lebih tinggi, turut mengalami penyusutan dari segi kadar dividennya - sehingga gagal berperanan untuk mengimbangi inflasi. Kadar dividen EPF dalam 10 tahun kebelakangan telah menurun sehingga paras 4.5% hingga 5.8%, jauh ketinggalan berbanding kadar dividen pada 7.5% hingga 8% sebelum kemelut kewangan pada tahun 1997.
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|