CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 132|Reply: 0

FELCRA sedia RM20 juta bantu pendidikan anak peserta

[Copy link]
Post time 8-8-2011 01:05 PM | Show all posts |Read mode
YAYASAN Felcra Berhad memperuntukkan sejumlah RM20 juta setahun bagi menjayakan program pendidikan termasuk penajaan biasiswa dan pinjaman kepada anak-anak peserta.\rProgram pengajian menyeluruh itu merangkumi pengajian peringkat ijazah sarjana muda dan diploma sejak tiga tahun lalu.\r\n\n\n\n\r  Pengerusinya, Datuk Tajuddin Abd Rahman, berkata pelaburan itu adalah sebahagian tanggungjawab sosial dalam usaha menjana modal insan cemerlang sekali gus melahirkan golongan profesional bagi setiap keluarga menjelang 2015.\r\r\n\n\n\n\n  Beliau berkata, daripada jumlah itu pihaknya sudah menaja seramai 40 pelajar mengikuti kursus perubatan di Hospital Gajah Mada, Indonesia dengan nilai peruntukan berjumlah RM12 juta.\rSelain program perubatan, pihaknya juga menaja pelajar yang mengikuti kursus farmasi.  Penghantaran mereka dilaksanakan menerusi kerjasama pintar antara Felcra dengan Universiti Sumatera Utara dan Institut Teknologi Bandung.\r\"Kita memilih universiti berkenaan berdasarkan kewibawaannya sebagai penyedia program pengajian berkualiti selain mendapat pengiktirafan Jabatan Perkhidmatan Awam.\r“Kumpulan pertama pelajar perubatan dijadual menamatkan pengajian pada 2013 ini,” katanya kepada pemberita pada majlis penyampaian Dana Bantuan Tuisyen Peringkat Felcra Berhad Wilayah Perak 2011 di Sekolah Menengah Kebangsaan Chenderong Balai, Kampong Gajah, Perak, baru-baru ini.\r\n\n\n\n\rTajuddin berkata, pihaknya akan menambah peruntukan sedia ada bagi membolehkan lebih ramai anak peserta menikmati kemudahan berkenaan.\rSebagai usaha menyuntik semangat dan motivasi pelajar untuk terus cemerlang, pihaknya akan menukar status pinjaman kepada biasiswa.\rTahun ini, Felcra turut memperuntukkan sejumlah RM67,000 bagi menampung kos tuisyen pelajar Sijil Pelajaran Malaysia dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia.  Dana itu akan dimanfaatkan pelajar daripada 14 sekolah seluruh negeri.

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-2-2025 07:12 AM GMT+8 , Processed in 0.039027 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list