View: 104|Reply: 0
|
Godam: 'Apa salah sekali-sekala berbuka di gereja'
[Copy link]
|
|
SEMALAM sudah 10 hari umat Islam di Malaysia menyambut Ramadan al-Mubarak dengan pelbagai ragam penghayatan dan peristiwa suka duka mengiringinya, baik di dalam mahupun di luar negara.Seperti biasa di negara ini, setiap kali Ramadan pasti akan ada anak Islam cedera kerana terlebih seronok bermain mercun atau terlalu kreatif mengubah suai meriam buluh bagi mendapatkan letupan paling memekakkan telinga.\n\n\n\nUntuk bersimpati pada kes sebegini, membuang masa kerana semua sewajarnya tahu kesan dan akibat perbuatan masing-masing, lalu sekiranya perkara buruk berlaku hasil daripada kelakuan sedemikian, perkataan paling wajar diucapkan ialah padan muka, siapa suruh mencari padah!\n\n\n\n\n\nPenulis kebetulan sempat berbuka puasa dengan seorang teman yang sudah lama tidak ditemui dan seperti biasa setiap kali bertemu, ada saja peristiwa semasa menjadi bahan perbincangan, tetapi kali ini penulis dikejutkan dengan pertanyaannya yang tidak diduga.“Salbiah tak teringin ke berbuka puasa di gereja? Tak payah susah-susah keluar belanja. Dapat berjimat lagi, asal sudi masuk ke tempat penganut Kristian mengabadikan diri kepada tuhan mereka dan mendengar apa saja yang mahu ‘dibisikkan’ ke telinga serta apa juga disuakan ke mulut.”Pertanyaan itu sungguh mengejutkan kerana penulis yakin bahawa teman yang dimaksudkan sudah lama berkawan dan pasti tahu apa pendirian penulis dalam hal berkaitan agama mahupun bangsa, tanpa perlu bertanya sedemikian, sekalipun untuk tujuan berseloroh.“Melampau betul awak ni. Nak suruh peristiwa serbu Jabatan Agama Islam Selangor dan polis membuat serbuan kedua ke selepas menyerbu Gereja Methodist Damansara Utama, Petaling Jaya, pada jam 9 malam, 3 Ogos lalu.\n\n\n\n“Maaf cakaplah ya ... enak macam mana dan mahal sekalipun hidangan, tak terliur langsung. Cukuplah 12 penganut Islam yang menghadiri majlis jamuan amal tahunan dan berbuka puasa gereja itu bakal kena dakwa ikut Seksyen 10 Enakmen Jenayah Syariah 1995,” jawab penulis.Sesungguhnya penulis tidak pelik dengan pendedahan itu kerana ia kes sudah terang lagi bersuluh memandangkan sudah ada beberapa badan mahupun individu sebelum ini yang cuba mendapatkan perhatian pihak berkuasa akan isu kes murtad umat Islam yang berada pada tahap membimbangkan.Begitu juga, sama ada perkara ini sengaja diputarbelitkan sebagai sebahagian daripada strategi politik menjelang pilihan raya, lalu ada saja yang mencari kesempatan menuding jari, juga bukan perkara yang wajar difikirkan kerana setiap satu jari yang menuding, empat lagi menuding kepada diri kita.Semua pasti tahu usaha memesongkan akidah umat Islam di negara ini sudah berlangsung sejak zaman pascamerdeka lagi oleh mubaligh Kristian dengan menjadikan bantuan kewangan dan bimbingan sebagai strategi ampuh mereka dalam memastikan misi berjaya.Mubaligh Kristian bukan setakat membaptiskan mereka, malah sanggup tinggal bersama-sama kelompok sasaran itu, hatta di ulu mana sekalipun selama yang boleh berbanding pendakwah atau pegawai agama Islam yang akan susup-sasap lesap sebaik selesai mengislamkan kelompok sasar.Penulis tidak mahu melihat siapa salah, siapa betul dalam kes murtad kerana selagi kuat iman di dada, walau apa yang terjadi tidak mungkin umat Islam berpaling daripada rahmat Ilahi, sekalipun ada yang yakin bahawa kemiskinan pintu kepada kekufuran.Untuk mengatakan tiada kebenaran dalam dakwaan bahawa terlalu banyak kerenah birokrasi yang terpaksa dihadapi golongan memerlukan bantuan ketika berurusan dengan badan kerajaan dalam mendapatkan bantuan, pasti boleh dipersoalkan kerana jika tiada angin, pohon tidak akan bergoyang.Suatu yang pasti dan perlu dibimbangkan umat Islam khususnya bangsa Melayu di negara ini, apalagi pemimpin kanan negara daripada peristiwa serbu gereja terbabit ialah pencabulan Perlembagaan Persekutuan semakin menjadi lumrah, seolah-olah perkara biasa!Artikel 3(1), status agama Islam sebagai agama rasmi negara yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dan larangan menyebarkan agama lain kepada umat Islam negara ini nampaknya memang sengaja dicabul serta sengaja diperlekehkan!Apakah ini petanda sikap terbuka pihak berkuasa sengaja ‘dipermainkan’ dari semasa ke semasa seperti yang diperlakukan terhadap bahasa Melayu dengan menafikan haknya sebagai bahasa pengantar pendidikan melalui Akta Bahasa Kebangsaan 1963 dan Akta Pendidikan 1996?
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|