CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 158|Reply: 0

Ramadan dinanti Syawal dirai: Pakar bubur pedas, kulit kerbau salai

[Copy link]
Post time 11-8-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
AWALNYA penyair veteran, Saiee Driss, menawar diri untuk membantu menyediakan menu tradisi Sarawak sempena Ramadan ketika zaman kanak-kanaknya adalah untuk mengelak daripada menyiang ikan yang tidak digemarinya.\rBagaimanapun, bantuan untuk menghiris sayur dan kulit kerbau salai sebagai sebahagian resipi bubur pedas, menjadikannya terkenal di Kampung Serdeng di Kuala Rajang.\r\n\n\n\n\r“Saya memang kurang gemar memasak, lalu untuk mengelakkan diri daripada dikatakan malas menolong orang di dapur, saya pun menawar diri untuk menghiris sayur-sayuran dan kulit kerbau yang disalai khas untuk bubur pedas.\r\r\n\n\n\n\n“Kulit kerbau yang disalai itu perlu dihiris dengan menggunakan pisau yang tajam supaya menjadi senipis ikan sushi dan apabila diadun dengan hirisan daun sengkel atau daun buas, ia akan melahirkan aroma khusus bubur pedas,” katanya kepada Sastera di Kuala Lumpur, baru-baru ini.\rSelain menghiris sayur dan kulit kerbau salai, beliau turut menyediakan bumbu bubur pedas dengan menumis pelbagai jenis herba dan rempah yang kemudiannya bahan itu ditumbuk dan diayak sebagai bumbu.\r“Entah macam mana, saya jadi seronok pula sehingga apabila ada majlis menyediakan bubur pedas, saya terus diarah menghiris sayur dan kulit kerbau salai seperti chef selebriti kampung pula.\r“Malah, kerajinan saya itu juga selalu disebut-sebut sebagai ‘boleh tahan’ dalam menyediakan hirisan sayur-sayuran dan kulit kerbau salai,” katanya yang menghasilkan kumpulan puisi Bumi Masih Hijau, Makna dan Surat Putih.\r\n\n\n\n\rRasa kulit kerbau istimewa seperti rasa daging salai, tetapi agak liat macam sup tendon lembu dan aromanya pula menambah rasa sedap pada bubur pedas.\r“Malangnya, tidak banyak lagi orang menggunakan kulit itu kerana penggunaan dapur gas dan elektrik menyukarkan kerja menyalai.\r“Itulah cerita yang asalnya mahu melepaskan diri daripada membantu di dapur, tetapi ‘tersangkut’ juga sehingga digelar pakar hiris kulit kerbau salai,” katanya yang kini berkhidmat sebagai Pegawai Penyelidik Sosiobudaya di Biro Perkhidmatan Pendidikan Majlis Agama Islam Sarawak (MAIS).\rBagaimanapun mula bekerja sebagai guru sandaran di Saratok, Saiee bagaikan disedarkan dengan kebolehan menghiris sayur dan kulit kerbau salai itu tidak cukup sebagai ‘bekalan’ di dapur.\r“Rasa sayu apabila mula hidup bersendirian terutama pada bulan puasa kerana saya ini memang bukan tahu memasak sangat pun. Jadi hari-harilah terpaksa bersahur dengan telur rebus atau goreng, selain makanan tin yang memang tidak banyak pilihan,” katanya.\rSaiee pernah memenangi Hadiah Sastera Malaysia 1986; Hadiah Puisi Kebangsaan Esso-GAPENA 1989; Hadiah Sastera Kebangsaan Negeri Sarawak 1995); Hadiah Penggiat Sastera Negeri Sarawak (1997) dan Hadiah Penghargaan Penulis Sarawak (2000).

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-2-2025 06:43 AM GMT+8 , Processed in 0.196766 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list