CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4951|Reply: 4

Koleksi Cerpen ( Siti Hajar Mohd Zaki)

[Copy link]
Post time 13-8-2011 10:58 AM | Show all posts |Read mode
Post Last Edit by 7teen at 13-8-2011 11:19

CERPEN ANAK WALID

Karya : Siti Hajar Mohd Zaki (Dewan Siswa, April 1998)




      Semalam dia ditaaruf dengan mimpi ngeri.Mereka – dua insan– di puncak tinggi.Dia khilaf bagaimana dia boleh berada di pergunungan yang tidak terduga itu.Dia musykil bagaimana hanya dia yang berada di kaki gunung.

      Saat dia mendongak , terlihat mereka jauh tinggi dipuncak.Mereka tunduk dengan seribu kesal.Yang nyata, dia benar-benar khauf.Setapak derap melangkah , dia bimbang tergelincir di batu licin yang berlumut.Dia melambai mengharap pertolongan.Melaung-laung.Namun,kudrat mereka tidak seutuh mana.

      Kepingin dia merasai dingin damainya di puncak pergunungan itu.Merenung pilu daripada kejauhan , mereka mengharapkan agar dia memohon pertolongan dan keampunan dari Yang Esa.Mereka kasihankan dia.Tetapi pada saat getir ini dia malu untuk mendekati Pencipta.Ingin mereka membantu ,tetapi sejarah silamnya penuh ternoda.


.........................................................................................................................................................................................


“Boleh tak walid?”

    “Nak buat apa?kalau nak tenangkan fikiran , nak hilangkan kebosanan, tak payah susah-susah nak ke sana.Buang masa.Bukankah lebih baik ambik wuduk dan lepas, tu bersolat.Akrabkan diri dengan Allah S.W.T.”

“Tapi…walid , baru sekali ini Khairan nak pergi jalan-jalan ke pantai dengan kawan-kawan.Kami pergi ramai-ramai,walid.Khairan tak pernah berpeluang berseronok macam ni.Takkan tak boleh, walid?”


    Walid tegas lalu menggelengkan kepala.Kalau hitam ,hitamlah katanya.Ummi lantas melontarkan bahasa isyarat kepada anaknya agar patuh pada bicara keras walid.Khairan terpaksa akur pada keputusan itu.

    Seingat Khairan , ini bukan kali pertama permintaannya dinihilkan.Tidak terhitung sudah berapa kali dia menyuarakan keinginannya untuk beriang-riang dengan teman seperjuangan.Tetapi orang tuanya tetap tidak mengizinkan.Mereka tidak mahu Khairan merapati sahabat-sahabat yang hampir ke paras sifar kemurnian akhlaknya.Kata walid , bersahabat dengan orang jahat ibarat berperahu di tengah lautan.Sungguhpun boleh terselamat daripada tenggelam , tetapi tidak mungkin selamat daripada rasa takut.

   Seingat-ingatnya , kedai Uteh di depan rumah yang cuma lima enam tapak melangkah itu pun hanya sekali dua dia menjenguk dalam masa setahun.Itu pun dalam keadaan terdesak.Petang-petang dia tidak pernah keluar bersantai bersembang dengan rakan sebayanya di kampung itu.

   Bukan Khairan tidak pernah bernawaitu untuk menjalin hubungan dengan rakan-rakan sekampung.Tetapi orang kampung terlalu memuliakan kedudukan keluarganya.Dia lemas dengan tanggapan murni itu.Anak seorang imam masjid mesti bijak mengawal tatatertib.

   Saban hari berbaju kurung.Khairan sedar.Ini semua untuk kebaikan dirinya daripada terjunam ke curam dosa.Aurat perlu dijaga.Tetapi , kawan-kawan sering mengatakan bahawa dirinya kolot.Ketinggalan zaman.Sanggupkah dia menerima cemuhan itu?

   Di sekolah , walid tidak membenarkan Khairan lincah aktif dalam sebarang sukan.Kalau dahulu semasa di sekolah rendah dia hebat sebagai olahragawati sekolahnya, tetapi walid tidak mahu sejarah kebanggaan Khairan itu kembali berulang.Cukuplah hanya sekali dalam hidup.Menjejakkan kaki ke sekolah menengah , walid mengehadkan segala-galanya.Tiada lagi bola jaring , lumba lari dan lompat tinggi.kata walid, Khairan sudah akil baligh.Mesti tahu jaga maruah diri.Mesti belajar santun malu mukminah Islam.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 13-8-2011 11:12 AM | Show all posts
Post Last Edit by 7teen at 13-8-2011 11:24

Berada di tingkatan satu , dia ditempatkan di sekolah yang dihuni pelajar Adam dan Hawa.Alangkah kekoknya!Sebelum ini dia belajar dalam persekitaran yang dihuni pelajar kaum sejenisnya.Detik ini kewibawaannya agak tercabar.Dia memang agak asing dan janggal dengan lelaki.Malu ada.Takut berbaur.Namun syukurlah , dia yang belajar dalam aliran agama , hanya lima pelajar lelaki dalam kelasnya.Sedangkan , pelajar perempuan 20 orang!
      Semasa di tingkatan dua , Khairan pernah menerima panggilan telefon daripada seorang senior lelaki yang ingin berkenalan dengannya.Rasa terkejutnya bukan kepalang!Ayatnya sepi.Tergagap-gagap.Menggeletar.Inilah pertama kali dia menerima panggilan telefon daripada lelaki selain abang-abangnya sendiri.Keesokan harinya , Khairan tiba-tiba demam.Seram sejuk.Demam terkejut mungkin.Dua hari dia tidak ke sekolah.Namun , dia cuba merahsiakannya daripada diteka ummi dan walid.Kalau walid tahu , lima jari pasti hinggap di pipilah jawabnya!

     Kakak dan abangnya juga hidup terbatas sepertinya.Tetapi mengapa mereka tidak pernah bersungut memberontak?Khairan berlakon dua watak dalam berlainan pentas.Wataknya di rumah dan di sekolah amat berjurang.Di kelas , dia terkenal sebagai pelajar yang agak "kecoh".Terlebih ramah.Petah berhujah.Dia mewakili sekolah ke pertandingan syarahan agama, pesta pantun,perbahasan, pidato, forum dan deklamasi puisi.

     Siapa yang tidak kenal dengan Nurul Khairan Haji Lufan?Dia pelajar kebanggaan setiap warga sekolah.Paling mengagumkan , prestasi pelajarannya juga berkualiti.Dia kekal sebagai pelajar terbaik setiap tahun.Dia dipuja dan disayangi teman seperjuangan kerana penampilannya yang sederhana , suka menolong dan merendah diri.Pelikkan?

     Mengupas buah kepahitan kelmarin , Khairan pernah dilantik sebagai pengawas sekolah.Malangnya, walid langsung tidak bersetuju.Mengentengkan kemampuannya.Walid tidak mahu tugas kepimpinan boleh mengabaikan pelajarannya.Walid dan ummi mahu Khairan berjaya menyusul ke menara gading sepoerti Abang Nukman yang kini bergelar seorang doktor.Kak Busyra seorang peguam.Seperti Abang Qadri mahasiswa UIA.Seperti Kak Fariha yang menuntut di Jordan,Kata ummi , kepimpinan melalui teladan.Khairan tidak layak dan terlalu lemah untuk mentarbiah orang lain.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-8-2011 11:42 AM | Show all posts
Kian mengesot hari , Khairan menyimpulkan dunia remajanya bagaikan kosong.Dia seolah-olah tidak berpeluang menerobos kenikmatan pada zaman era siber ini.Di sekolah, saban hari ada saja warta hangat dan sensasi dihidangkan.Tentang gossip artis itu dan artis ini.Lagu popular dan hit di radio.Tentang trend remaja terkini.Khairan berasa terpinggir.Memendam.Dia terhimpit kerana keinggalan dalam "bab-bab" ini semua.

     Di rumahnya , (mungkin rumahku syurgaku) tiada radio.Yang ada cumalah televisyen usang.Itupun jarang-jarang berpeluang untuk menontonnya.Walid pantang melihat dia ralit berteleku mengahadap rancangan berbentuk nyanyian dan hiburan.Semuanya walid dan ummi yang tentukan.

    "Nak walid belikan radio?Nak buat apa?"Dengan nada terkejut walid menghambur jerkah.
     Khairan mengangguk yakin sambil menahan getaran jiawanya yang berkocak.Dia bersedia andai marah walid bakal memuncak.Coklat anak matanya mencari pengertian di wajah Ustaz Lutfan yang berjanggut hitam lebat itu.Betul-betul ikut merintis sunnah Nabi Muhammad S.A.W.Dia teringatkan Rasulullah s.a.w pernah bersabda : "Pendekkanlah kumis-kumis dan biarkanlah janggut-janggut."
     "Khairan tak tahu bersyukur ke?Sudah miliki TV pun dikira untung.Padahal wajah ini semualah yang menjadi ejen perosak minda , tingkah dan mendosakan suci hati muda kamu.Khairan memang kian melampau.Anak-anak walid yang lain tidak pernah terbetik emminta itu semua."Ditenungnya ke arah Khairan yang lemah lembut itu.Kelopak matanya bergenang.Terlukakah Khairan?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-8-2011 11:51 AM | Show all posts
"Tapi,walid.....rumah orang lain semua ada,"
      "Peduli apa dengan orang?Kita hidup ni bukan untuk berseronok semata-mata.Berfikirlah, berkemajuanlah dan membangunlah sejauh mana yang termungkin asalkan ditunjangi iman kita takkan tersesat,nak.Pandangan mata selalu menerpa,pandangan akal selalu tersalah, pandangan nafsu selalu melulu dan pandangan hatilah yang hakiki kalau hati kita bersih.Allah dikenal dengan hati , bukan dengan logik akal.Orang yang hatinya kenal Allah , pasti kenallah agamanya."
      "Walid dan ummi cuba besarkan kamu semua dengan sesempurna didikan.Walid amat sensitif dengan gembar-gembur isu bohsia,remaja lepak,buang anak dan macam-macam lagilah yang tidak bermoral.Walid setiap saat mendoakan kamu jadi anak yang solehah."

     Khairan kelu.Membisu.Dirantai senandung kecewa.Sakit hati.Sudah dijangka , jawapan ini pasti terungkap.Mungkin tercipta hari ini dalam sejarah andai walid memakbulakan permintaannya itu.Berangan sajalah Khairan.
    Ummi dan walid tidak bernawaitu untuk mendera batinnya.Tercetus sebutir kalimah nasihat mereka , berladung sejuta hikmah ke arah memahmudahkan diri.Walau bagaimanapun , Khairan sayangkan keperibadian walid yang diyakini payah menyubur di tubuh insan lain.
Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2011 04:59 PM | Show all posts
sy suka karya2 siti hajar mohd zaki ni..
Dlm mingguan malaysia (xingat tarikh) ada cerpen
tajuknya 'falsampah' penulis dia serunai fakir..bagus betul cerpen tu.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-11-2024 03:21 AM GMT+8 , Processed in 0.053474 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list