CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 211|Reply: 0

PFM, GAFIM berdamai

[Copy link]
Post time 15-8-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
Saling menghormati dengan keputusan menarik diri dan perlantikan AJK \rPERSELISIHAN pandangan antara Persatuan Penerbit Filem Malaysia (PFM) dan Gabungan Karyawan Filem Malaysia (GAFIM) menerusi berbalas kenyataan dalam media dapat diselesaikan dengan baik. \r\n\n\n\n\rBagi menyelesaikan kemelut yang melanda antara PFM dan GAFIM, kedua-dua pihak mengambil pendekatan ‘buang yang keruh ambil yang jernih’ dalam satu pertemuan yang berlangsung dalam suasana harmoni pada 8 Ogos lalu.\r\r\n\n\n\n\nDalam kenyataan yang dihantar oleh GAFIM menerusi emel kepada HIP, menerusi pertemuan itu, kedua-dua pihak bersepakat untuk memberikan tumpuan kepada menjalin kerjasama lebih erat demi masa depan industri perfileman.\rGAFIM yang dianggotai oleh gabungan 11 persatuan berkaitan industri kreatif mengambil ketetapan menghormati keputusan PFM yang mahu bergerak secara bersendirian kerana persatuan itu adalah gabungan syarikat penerbitan filem yang juga pelabur dalam industri perfileman ini.\rBagaimanapun, GAFIM dan PFM akan terus menjalinkan kerjasama berdasarkan keperluan yang boleh menggalakkan industri hiburan dan kreatif secara keseluruhan.\rPada masa sama, PFM juga turut menghormati keputusan yang dibuat oleh ahli-ahli gabungan dalam memilih barisan kepimpinan GAFIM dalam mesyuarat agung GAFIM pada 17 Julai lalu.\r\n\n\n\n\rMengenai penganjuran Festival Filem Malaysia ke-24 (FFM24), GAFIM mengambil pendirian untuk menghormati keputusan PFM yang tidak mahu terbabit dalam pengurusan festival itu. Namun, PFM tetap memberi sokongan terhadap penganjuran acara tahunan itu. \rBahkan ahli-ahli PFM yang dilantik untuk menduduki beberapa jawatankuasa dalam festival akan terus memberi sumbangan mengikut bidang tanggungjawab masing-masing.\r“Kedua-dua pihak juga bersepakat untuk mengadakan pertemuan dari semasa ke semasa demi kebaikan industri perfileman dan kreatif,” katanya. \rSementara itu, Presiden GAFIM yang juga Presiden Persatuan Penerbit Program TV Malaysia (PTVM), Jurey Abd Latiff berkata, persetujuan damai itu dicapai apabila masing-masing menumpukan tanggungjawab terhadap perkembangan dan pembangunan industri perfileman secara keseluruhannya.\r“Perkara yang sudah, kita biarkan berlalu. Kita sendiri berkeinginan menemui PFM dan nyata hasrat itu dimakbulkanNya sempena Ramadan. Apapun semuanya sudah selesai,” katanya ketika dihubungi HIP.\rSetiausaha Kehormat PFM, Norman Abdul Halim pula berkata, segala kemelut yang berlaku antara kedua-dua pihak dianggap sudah berlalu, dan berharap masing-masing dapat memacu kerjasama demi kemajuan industri perfileman.\r“Saya bersama Ahli Jawatankuasa PFM diberikan mandat oleh Presiden, Datin Paduka Shuhaimi Baba untuk menemui AJK GAFIM. Dan daripada pertemuan itu, nampaknya semua isu berjaya ditangani dengan sebaik-baiknya.\r“Pertemuan ini juga sudah lama dirancang. Cuma menanti masa yang sesuai sahaja. Inilah cara terbaik untuk menangani apa juga masalah yang berlaku antara kita,” katanya diminta mengulas mengenai pertemuan antara PFM dan GAFIM yang berlangsung hampir dua jam.\rSebelum ini, PFM dan GAFIM berbalas kenyataan menerusi media sebaik perlantikan AJK baru gabungan itu memegang tampuk kepimpinan menyebabkan PFM membuat keputusan bertindak keluar daripada gabungan itu.\rSelepas PFM menarik diri, GAFIM kini dianggotai oleh gabungan 11 persatuan iaitu Persatuan Pekerja Profesional Filem Malaysia (PROFIMA), Persatuan Seniman Malaysia (SENIMAN), Persatuan Pengarah Filem Malaysia (PFM), Persatuan Penulis Skrin Malaysia (SWAM) dan Persatuan Penyiar Kebangsaan Malaysia (PENYIAR). \rPersatuan lain yang menjadi ahli gabungan GAFIM ialah Persatuan Penyanyi, Pemuzik dan Penulis Lagu Tanah Air (PAPITA), Persatuan Kebajikan Penghibur-Penghibur India Malaysia (MIEWA), Persatuan Artis Cina Malaysia (AMCA) dan Persatuan Industri Rakaman India Malaysia (IRIM).

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 10:21 AM GMT+8 , Processed in 0.090897 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list