CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 165|Reply: 0

Naskhah Peringatan Raja-Raja Kedah

[Copy link]
Post time 16-8-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
SEJARAH Raja-Raja Kedah banyak dikaitkan dengan naskhah manuskrip Melayu Hikayat Merong Mahawangsa (HMM). Bagaimanapun, Pengarah Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya, Prof Madya Dr Zahir Ahmad mendedahkan ada sebuah lagi manuskrip yang juga mendokumentasikan salasilah Raja-Raja Kedah.\rNaskhah Peringatan Raja-Raja Kedah (PRRK) hanya diklasifikasikan sebagai \r\n\n\n\nmanuskrip sejarah dan bukan manuskrip sastera sejarah seperti dinikmati HMM dan Malaysia tidak menyimpan manuskrip asal PRRK, sebaliknya dalam bentuk mikrofilem dan disimpan di Perpustakaan Universiti Malaya.\r\rKedudukan teks asalnya pula tidak dapat dipastikan secara sah, sama ada di Jakarta, Indonesia atau Leiden, Belanda.\r\n\n\n\n\n\r“PRKK adalah naskhah tulisan jawi yang dikenali dengan rujukan mf1055.8 dan tidak disenaraikan dalam katalog manuskrip Melayu susunan 1977. Naskhah ini juga tidak disorot oleh sarjana yang membuat kajian sejarah Kedah,” katanya pada Wacana Manuskrip Melayu di Perpustakaan Negara Malaysia baru-baru ini.\rZahir berkata, PRRK adalah manuskrip yang merakam salasilah umum Raja-Raja Kedah dan peristiwa penting yang berlaku dalam tempoh masa pemerintahan setiap sultan negeri itu.\rKajian terhadap PRRK mengambil masa yang lama kerana tulisan dalam mikrofilem sukar dibaca disebabkan saiznya yang  terlalu kecil, walaupun ia hanya 40 halaman.\r“Proses terjemahan dari tulisan jawi ke rumi juga mengambil masa yang lama kerana saiz itu dan sistem ejaan jawi lama yang digunakan. Bagaimanapun, naskhah itu tetap perlu dikaji kerana ia merakamkan sistem kerajaan beraja di Kedah, walaupun ia sangat bertentangan dengan HMM,” katanya.\rTidak selengkap HMM, PRRK merakam salasilah Raja-Raja Kedah secara umum, undang-undang jual beli, undang-undang berperahu, adat perlantikan raja dan sedikit sejarah pemerintahan Sultan Dhiauddin (Raja Perlis).\r“Pengarang asal teks ini saya agak pasti adalah orang yang rapat dengan istana. Andaian ini berdasarkan kata-kata pengarang yang mengatakan bahawa dia disuruh menulis atau mengarang, PRRK ini atas perintah raja. Malah pengarang ini mempunyai pengetahuan luas tentang jumlah  pendapatan dari hasil cukai dan beberapa peraturan berhubung adat istiadat istana,” jelasnya.\rMeskipun mencatat tentang salasilah Raja-Raja Kedah, teks ini tidak khusus, tetapi rencam sifatnya. Justeru pertentangan fakta yang banyak dengan HMM, Zahir mengakui maklumat salasilah yang dirakam dalam PRRK juga boleh dipertikaikan.\r“Teks ini mencatat salasilah kerajaan Kedah bermula dengan Sultan Muhammad Shah tetapi dalam HMM ia bermula dengan Raja Merong Mahawangsa. Meskipun aliran salasilahnya hampir sama, tetapi HMM memulakan dengan raja yang tidak beragama Islam. Sebaliknya PRRK memulakan dengan raja yang beragama Islam, Sultan Muhammad Shah. PRRK juga tidak memasukkan nama Sultan Dziauddin Muazzam Shah sebagai Raja Kedah sebaliknya hanya Raja Muda Perlis,” jelasnya.\rSatu lagi fakta besar yang tidak ditulis dalam PRRK adalah bunga emas yang dihantar oleh pemerintah Kedah ke Siam, manakala HMM merakamkan bunga emas yang dihantar ke Siam adalah atas dasar persaudaraan. \rHMM merekodkan Raja Siam adalah saudara tua Raja Kedah. Apabila Raja Siam mendapat anak lelaki, Raja Kedah meminta tukang besi dan kayunya membina pohon emas untuk dihadiahkan kepada Raja Siam sebagai tanda berkongsi gembira. \rDikatakan tempoh untuk membuat bunga emas itu sangat lama hingga kerja membina kota dan istana raja sendiri tertangguh.\rPerkara sebesar itu bagaimanapun tidak dirakam dalam PRRK sebaliknya naskhah itu hanya bercerita secara terperinci tentang proses menyiapkan bunga itu dan rupa bentuk bunga emas itu. \rMeskipun kedudukan  sesetengah fakta dalam PRRK tidak jelas, tetapi ia masih boleh digunakan sebagai bandingan untuk teks sejarah kedah yang lain.\r“Salasilah Raja Kedah dalam PRRK  tidak tepat dan kurang lengkap. Mungkin atas kesilapan pengarang atau mungkin disengajakan atas perintah. Misalnya HMM menyebut Raja Muda Perlis (Sultan Dhiauddin) pernah dilantik sebagai Yang Dipertuan Kedah, tetapi PRRK tidak meletaknya sebagai sultan yang pernah memerintah Kedah. PRRK merakamkan Raja Muda Perlis tidak mahu menjadi Raja Kedah. \rKeengganan itu menyebabkan berlaku perebutan takhta di Kedah di kalangan anak saudaranya yang menyebabkan Siam terpaksa campur tangan. Bagaimanapun dalam sejarah Malaysia, Kedah dihimpit oleh Inggeris yang sentiasa mencari peluang untuk bertapak di utara dan Siam yang sekian lama menguasai negeri utara Melayu secara langsung dan tidak langsung,” katanya.\rBegitupun, Zahir menambah, walaupun PRRK tidak panjang dan banyak fakta yang bercanggah, tetapi catatan itu penting kerana sumbernya datang dari istana.

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-2-2025 06:33 AM GMT+8 , Processed in 0.078548 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list