CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: jfreemanns

KENAPA ORANG KERISTIAN TERLALU ASYIK HENDAK MURTADKAN ORANG MUSLIM?

[Copy link]
Post time 29-8-2011 11:44 AM | Show all posts
Reply 15# meizat


    http://mforum1.cari.com.my/viewthread.php?tid=594053

lihat link diatas...pusat tuition inikah yg hangat diperkatakan isu semasa ni?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-8-2011 11:54 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 29-8-2011 11:59 AM | Show all posts
oklah apapun human error...dimana2 pun ada human error...sengaja atau tak sengaja...tetap boleh berlaku human error
Reply

Use magic Report

Post time 29-8-2011 07:23 PM | Show all posts
Reply 22# putput

Saya rasa kamu ni tak faham apa yang saya perkatakan. Penyelewengan zakat berlaku disebabkan orang yang menguruskannya tidak ada sifat amanah yang mana beliau akhirnya bertindak menguruskannya tidak mengikut ajaran Islam. So selagi manusia tidak mahu mengikuti apa yang disarankan Islam, then begitulah jadinya. Bukti sejarahnya sudah ada, yang mana jika menusia menuruti ajaran Islam, maka dalam pengurusan zakat pun tidak wujud sebarang masalah, malah zakat akan menjadi sesuatu yang amat memberi kesan ke atas kesejahteraan masyarakat Islam itu sendiri. Baca pada link di bawah, iaitu "Zakat mampu tangani masalah kemiskinan"

http://www.bharian.com.my/articles/Zakatmamputanganimasalahkemiskinan/Article/print_html

Jika kamu melakukan human error, baguslah jika kamu mengakuinya. Yang pastinya sejarah telah membuktikan golongan kristian pernah melakukan cara tidak jujur untuk menyelewengkan akidah umat Islam. Amat jelas niat mereka bukannya berniat menyebarkan agama kristian tetapi niat mereka adalah untuk menyelewengkan akidah umat Islam dengan mengemukakan suatu penipuan dengan menggunakan nama dan imej Islam. Jika mereka ingin menyebarkan agama kristian, maka tentu mereka akan menggunakan nama dan imej kristian. Namun disebabkan mereka menyedari bahawa jika menggunakan nama dan imej kristian pastinya tidak akan mampu menipu umat Islam, maka mereka menggunakan nama dan imej Islam. Amat jelas tidak jujurnya mereka dalam usaha mereka itu.
Reply

Use magic Report

Post time 31-8-2011 12:03 PM | Show all posts
nk tanya lg...

org kristian x rasa macam agama mereka mudah dipermainkn ke bila mereka tarik hati org islam  dgn cara kotor dan bkn dgn hati yg ikhlas?

masuk kristian disebabkn duit je n lain2 tu..tp dlm hati org islam ni agaknya sedang gelak2kn ajaran yg dibawa oleh kristian?
ni aku pn xtau hati diorang, agak2 je..
tp x terfikirkah tentang maruah agama bila yg cuba berkelakuan seperti itu (tarik org islam dgn cara kotor) selalunya org2 yg kuat kristiannya? huhu
Reply

Use magic Report

Post time 2-9-2011 10:12 AM | Show all posts
Reply 25# meizat


    tarik masuk agama dengan cara kotor?
beginilah...mungkin korang tak nampak sebab awak disebalah pihak islam jadi apa2 selain islam buat bagi awak adalah segalanya taktik kotor...biar apa org tu buat kebajikan ke bagi awak semuanya ada maksud tersirat, prasangka buruk tu tetap ada. tapi tak apalah nak buat mcm mana kan...Tuhan je la yg tahu
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 2-9-2011 10:18 AM | Show all posts
Reply 25# meizat


    ni aku nak bagi tau ko la...ni kes yg berlaku kat sabah...secara terang-terangan ni. biasa kat jabatan2 kejaan ni. kalu ko nak jawatan skian2 ni ko kena convert islam..jawatan no kouta hanya utk islam..ko memang berkelayakan cumanya ko bukan islam, so nak jawAtna ni ko mesti convert to islam...so bagi awak adakah ini satu yg bermaruah dalam islam...kalu pun dia akhirnya masyuk islam adakah hatinya ikhlas? itukah yg dimahukan dalam islam?
Reply

Use magic Report

Post time 2-9-2011 10:29 AM | Show all posts
..aku ada tanya kat seseorang dulu sini...aku refresh balik soalan aku tu..kenapakah kalu murtad mesti dibunuh? apa hikmah murtad mesti dibunuh? apakah si murtad akhirnya akan menghancurkan umat islam kelak setelah murtad?? apakah tuhan islam begitu takut akan si murtad ini sehingga patut dibunuh? mengapa begitu buruk prasangka tuhan islam terhadap si murtad itu?
sedangkan si murtad telah mendapat cahaya kebenaran dalam agama yg lain dan menjadi bertambah baik saling menghargai sesama insan dan patuh pada suruhan tuhan dalam agama barunya...tapi tuhan islam suruh bunuh pada insan yg bertambah baik ini?????
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-9-2011 10:24 AM | Show all posts
Reply 27# putput

Berikan berita berkenaan dengan kes kat Sabah tu?? Kalau setakat lisan jer, makanya itu semua tak boleh dijadikan bukti untuk katakan wujudnya kes yang macam tu.

Berkenaan dengan persoalan kamu tu, makanya kita kena tengok perkara ni daripada awal lagi. Sebenarnya saya sudah bagitahu dulu, tujuan diadakan hukum bunuh kepada yang murtad dari Islam itu sebabnya adalah untuk mengelakkan Islam itu dijadikan barang mainan pada orang-orang yang tidak bertanggungjawab. Seperti yang saya perjelaskan, Islam tak suruh untuk masuk Islam jika individu tu masih tak yakin sepenuhnya dengan Islam. Tapi jika betul-betul yakin sepenuhnya dengan Islam, then dipersilakan masuk Islam. Justeru no reason untuk murtad dari Islam semula kerana orang yang masuk Islam tu dah benar-benar yakin sepenuhnya dengan Islam. So bila dilihat dari sudut ini, makanya tak akan berlaku hukum bunuh tu sebab murtad dari Islam.

Namun hukum bunuh tu tetap diperintahkan Allah. Sebab apa? Sebabnya untuk mengelakkan golongan munafik ini mempermain-mainkan Islam sebagai anutan mereka. Golongan yang macam ni bukannya golongan yang inginkan kebenaran. Mereka hanya berniat untuk mempermain-mainkan agama semata-mata. Kejap masuk dan kejap keluar then masuk balik, lepas tu keluar balik. So bila adanya hukum bunuh tuh, golongan munafik ni akan berfikir dua kali jika berhasrat nak mempermainkan Islam dengan tindakan mereka yang kejap masuk dan kejap keluar tuh. Yelah kalau dah masuk, bila nak keluar akan dibunuh. So mereka takutkan lah nak masuk Islam. So bila mereka tak masuk Islam, so tiadalah mereka ni mempermainkan Islam. Itulah hikmatnya perintah hukum bunuh tuh.

Islam bukan takut dengan sikap golongan yang murtad nih, tetapi Islam tidak mahu agama itu dijadikan barang permainan semata-mata. Sememangnya jika kita benar-benar berfikir, agama yang pastinya ada hubungkait dengan Tuhan itu tidak boleh dipermain-mainkan.

Kita harus berfikir, kenapa boleh diperkatakan si murtad itu mendapat cahaya kebenaran daripada agama lain?? Apakah sebelum ini dia tak mendapat cahaya kebenaran dari Islam?? Jika dia masih tidak mendapat cahaya kebenaran dari Islam then kenapa dia masih masuk Islam?? Seperti saya kata, Islam tak suruh masuk Islam jika tak yakin sepenuhnya dengan Islam, tetapi silalah masuk Islam jika dia sudah benar-benar yakin sepenuhnya dengan Islam. Jika dia dah yakin sepenuhnya dengan Islam, so kenapa pula diperkatakan di mendapat cahaya kebenaran dari agama lain???

Justeru tiada isu orang yang benar-benar yakin dengan Islam menjadi murtad. Yang murtad itu adalah golongan munafik yang hanya mempermain-mainkan agama melalui tindakan mereka yang tidak bertanggungjawab itu. Justeru sebab itulah hukuman bunuh diperintahkan agar golongan munafik ini tiada lagi mempermain-mainkan agama.
Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2011 04:00 PM | Show all posts
Reply 29# erusi2


    aku makin musykillah...agak2 tuhan islam ni dia ugut bunuh sebab taknak org keluar islam yah? so dia tak kisahpun awak dah murtad tapi yg penting ko musti stay dalam nama islam yah? dia pentingkan qualiti atau quantiti neh?  atau dia neh takut image tercalar kalo orang keluar islam yah?

ini betul2 hukum tuhan atau hukum buatan manusia neh???

realiti hidup ni, manusia ni bukanlah sempurna. bila kita berada dalam ruang lingkungan hidup yg menjadi kebiasaan kita, kita kadang2 kurang menghargainya tapi bila kita berada diluar ruang lingkungan hidup kebiasaan kita maka barulah kita dapat membezakan dua kehidupan yg telah kita lalui dan kadang2 akan timbul perasaan kita ingin berpatah balik sebenarnya. tetapi bila ada kekangan (hukum bunuh) semacam ini maka hati mulailah tak tenteram dan meronta2 minta dilepaskan. jadi disini semacam tuhan islam tak kisahpun perasaan emosi manusia ini. semacam ada satu sifat tuhan islam ni yg kurang...?

"seorang bapa yang baik akan membiarkan anaknya pergi demi untuk mencari kebenaran dalam hidupnya sendiri"
Reply

Use magic Report

Post time 6-9-2011 06:34 PM | Show all posts
Reply 30# putput

Kemuskillan kamu itu amat tidak bertepatan. Allah, Tuhan Islam itu Maha Kaya, Maha Kuasa, Maha Perkasa. Dia tidak bergantung sebarang keuntungan kepada makhlukNya. Jika semua manusia itu menyembahNya, atau jika hanya satu orang manusia saja yang menyembahNya atau tiada langsung manusia yang menyembahNya, semuanya itu tidak beri apa-apa kesan kepada Allah. So tiada sebab untuk Allah mahu quantiti atau qualiti. Allah tak perlukan itu semua. So hukum Allah itu adalah untuk memberi pengajaran kepada makhlukNya. Jika manusia mengambi pengajaran atau tidak mengambil pengajaran dari hukumNya itu, itu semua tidak memberi kesan kepada Nya.

Kamu hanya melihat berkenaan kehidupan manusia di dunia sahaja tetapi ada hal yang lebih penting lagi iaitu hal keimanan, dan ini adalah amat penting kerana ianya  melibatkan Tuhan, melibatkan keadaan kita di alam yang abadi kelak. Jika kamu hidup di dunia selama 60, 70 tahun, kamu sanggup berusaha bersungguh-sungguh agar tidak memilih jalan hidup di dunia yang salah bagi memperolehi kehidupan dunia yang baik, maka sepatutnya manusia itu harus berusaha jutaan kali lebih hebat bagi memperolehi kehidupan yang baik di alam abadi kelak, sebab masa tu, kita akan hidup selamanya. Jika senang hidup kita masa tu, maka selamanya kita senang, but jika jika memilih jalan hidup di alam abadi yang salah, then selamanya kita akan tersiksa. So atas sebab itu kita harus meneliti dan memahami dengan penuh keyakinan terlebih dahulu sebelum memilih sesuatu jalan hidup di alam abadi yang mana satu. Bukannya nak pilih dengan cara main-main jer. So jika berpegang pada ini, pasti tiada siapa yang sanggup beriman pada sesuatu sebelum dia benar-benar yakin sepenuhnya terlebih dahulu pada sesuatu itu. Tetapi kerana tidak berpegang pada inilah yang menyebabkan seseorg itu hanya menjadikan agama sebagai batu loncatan, boleh keluar masuk sesuka hati. Jika kehidupan di alam abadi itu sudah menjadi permainan mereka, kehidupan di dunia lebih-lebih lagi dipermainkan mereka. Sebab itulah Alah memberi pembalasanNya melalui hukum Nya kepada golongan-golongan seperti ini.
Sebab itulah saya tegaskan sebelum ini, Islam tak suruh masuk Islam jika tak benar-benar yakin pada Islam. Tetapi Islam suruh masuk Islam jika seseorg itu sudah benar-benar yakin sepenuhnya dengan Islam.
Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2011 10:05 AM | Show all posts
Reply 28# putput
..aku ada tanya kat seseorang dulu sini...aku refresh balik soalan aku tu..kenapakah kalu murtad mesti dibunuh? apa hikmah murtad mesti dibunuh? apakah si murtad akhirnya akan menghancurkan umat islam kelak setelah murtad?? apakah tuhan islam begitu takut akan si murtad ini sehingga patut dibunuh? mengapa begitu buruk prasangka tuhan islam terhadap si murtad itu?


Salam dan maaf mencelah perbincangan korang,

Dalam kes murtad (keluar dari agama islam), jika di rujuk dalam Al Quran tiada satu ayat pun yang mengarahkan mesti membunuh si murtad melainkan jika si murtad itu memerangi umat islam setelah dia murtad.

Al Baqarah 2:217 ......... "Dan sesiapa daripada kamu berpaling (murtad) daripada agamanya, dan mati sedang tidak percaya, amalan mereka menjadi sia-sia, di dunia dan di akhirat, dan mereka itulah orang-orang Api; di dalamya mereka tinggal selama-lamanya."

Al Maaidah 5:54. Wahai orang-orang yang percaya (beriman), sesiapa antara kamu yang berpaling (murtad) daripada agamanya, maka Allah akan mendatangkan satu kaum yang Dia mencintai, dan mereka mencintai-Nya; rendah diri terhadap orang-orang mukmin, keras terhadap orang-orang yang tidak percaya; mereka berjuang di jalan Allah, dan tidak takut akan celaan mana-mana pencela. Itulah pemberian Allah; Dia memberinya kepada siapa yang Dia mengkehendaki; dan Allah Merangkumi, Mengetahui.

47:25. Orang-orang yang kembali ke belakang  (murtad) mereka setelah petunjuk menjadi jelas bagi mereka, syaitanlah yang menghasut mereka, dan memanjangkan angan-angan mereka.

Sebaliknya arahan mesti dibunuh kepada yang murtad (keluar dari agama) terdapat di dalam Bible;

Ulangan 17:2-5

17:2          "Apabila di tengah-tengahmu di salah satu tempatmu yang diberikan kepadamu oleh TUHAN, Allahmu, ada terdapat seorang laki-laki atau perempuan yang melakukan apa yang jahat di mata TUHAN, Allahmu, dengan melangkahi perjanjian-Nya,
17:3          dan yang pergi beribadah kepada allah lain dan sujud menyembah kepadanya, atau kepada matahari atau bulan atau segenap tentara langit, hal yang telah Kularang itu;
17:4          dan apabila hal itu diberitahukan atau terdengar kepadamu, maka engkau harus memeriksanya baik-baik. Jikalau ternyata benar dan sudah pasti, bahwa kekejian itu dilakukan di antara orang Israel,
17:5          maka engkau harus membawa laki-laki atau perempuan yang telah melakukan perbuatan jahat itu ke luar ke pintu gerbang, kemudian laki-laki atau perempuan itu harus kau lempari dengan batu sampai mati.

Ulangan 13:6-10

13:6          Apabila saudaramu laki-laki, anak ibumu, atau anakmu laki-laki atau anakmu perempuan atau isterimu sendiri atau sahabat karibmu membujuk engkau diam-diam, katanya: Mari kita berbakti kepada allah lain yang tidak dikenal olehmu ataupun oleh nenek moyangmu,
13:7          salah satu allah bangsa-bangsa sekelilingmu, baik yang dekat kepadamu maupun yang jauh dari padamu, dari ujung bumi ke ujung bumi,
13:8          maka janganlah engkau mengalah kepadanya dan janganlah mendengarkan dia. Janganlah engkau merasa sayang kepadanya, janganlah mengasihani dia dan janganlah menutupi salahnya,
13:9          tetapi bunuhlah dia! Pertama-tama tanganmu sendirilah yang bergerak untuk membunuh dia, kemudian seluruh rakyat.
13:10        Engkau harus melempari dia dengan batu, sehingga mati, karena ia telah berikhtiar menyesatkan engkau dari pada TUHAN, Allahmu, yang telah membawa engkau keluar dari tanah Mesir, dari rumah perbudakan.

Sekadar perkongsian.
Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2011 10:26 AM | Show all posts
Reply 31# erusi2
Sebab itulah saya tegaskan sebelum ini, Islam tak suruh masuk Islam jika tak benar-benar yakin pada Islam. Tetapi Islam suruh masuk Islam jika seseorg itu sudah benar-benar yakin sepenuhnya dengan Islam.


Salam tuan Erusi2,

Saya tertarik kenyataan tuan yg saya quote diatas dan tiba2 teringat ayat Allah dan rasulNya ini;

Al Hujuraat 49:14. Orang-orang Arab berkata, "Kami percaya." Katakanlah, "Kamu tidak mempercayai; tetapi katakanlah, 'Kami tunduk patuh'; kerana iman belum lagi masuk ke dalam hati kamu. Jika kamu mentaati Allah dan rasul-Nya, Dia tidak akan menyusutkan kamu sedikit pun daripada amalan-amalan kamu. Sesungguhnya Allah Pengampun, Pengasih."

Saya rasakan ada percanggahan kenyataan tuan diatas dgn ayat Allah dan rasulNya diatas.

Maaf off topik.
Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2011 10:35 AM | Show all posts
Reply 32# anakmacho


    haha.jadi siapa pula yg kata itu hak tuhan murtad musti dibunuh?

hukum bunuh dalam kitab ulangan OT...tu time Nabi Musa, sebelum Christ...Semasa Christ dah dimansuhkan
dan lagi negara mana yg rejam batu kepada sorang pmpuan sehingga mati baru-baru ini tu?
Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2011 10:38 AM | Show all posts
Reply 34# putput

Sila nyatakan surat atau ayat Bible mengatakan kitab ulangan telah dimansuhkan oleh Jesus ?
Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2011 12:12 PM | Show all posts
Reply 32# anakmacho


   
Ulangan 17:2-5

17:5          maka engkau harus membawa laki-laki atau perempuan yang telah melakukan perbuatan jahat itu ke luar ke pintu gerbang, kemudian laki-laki atau perempuan itu harus kau lempari dengan batu sampai mati.


Yesus juga pernah terlibat dalam kasus seorang perempuan yang ketangkap sedang berzinah dan hampir dilempari batu oleh para pemuka agama. Yesus lalu berkata kepada orang-orang yang menuduh perempuan itu: Biarlah dia yang tidak berdosa yang pertama kali melempari perempuan ini dengan batu. Ketika mereka semua pergi, Yesus berkata kepada perempuan itu, Aku juga tidak menghukum engkau… Sekarang pergilah dan tinggalkan hidupmu yang penuh dosa itu.” (Yohanes 8:11)




Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-9-2011 12:32 PM | Show all posts
sebaliknya ini yg aku dapat...aku tak taw la sahih ke tak sahih namun tetap ada


حَدَّثَنَا آدَمُ حَدَّثَنَا ابْنُ أَبِي ذِئْبٍ حَدَّثَنَا الزُّهْرِيُّ عَنْ عُبَيْدِ اللَّهِ بْنِ عَبْدِ اللَّهِ عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ وَزَيْدِ بْنِ خَالِدٍ الْجُهَنِيِّ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا قَالَا جَاءَ أَعْرَابِيٌّ فَقَالَ يَا رَسُولَ اللَّهِ اقْضِ بَيْنَنَا بِكِتَابِ اللَّهِ فَقَامَ خَصْمُهُ فَقَالَ صَدَقَ اقْضِ بَيْنَنَا بِكِتَابِ اللَّهِ فَقَالَ الْأَعْرَابِيُّ إِنَّ ابْنِي كَانَ عَسِيفًا عَلَى هَذَا فَزَنَى بِامْرَأَتِهِ فَقَالُوا لِي عَلَى ابْنِكَ الرَّجْمُ فَفَدَيْتُ ابْنِي مِنْهُ بِمِائَةٍ مِنْ الْغَنَمِ وَوَلِيدَةٍ ثُمَّ سَأَلْتُ أَهْلَ الْعِلْمِ فَقَالُوا إِنَّمَا عَلَى ابْنِكَ جَلْدُ مِائَةٍ وَتَغْرِيبُ عَامٍ فَقَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَأَقْضِيَنَّ بَيْنَكُمَا بِكِتَابِ اللَّهِ أَمَّا الْوَلِيدَةُ وَالْغَنَمُ فَرَدٌّ عَلَيْكَ وَعَلَى ابْنِكَ جَلْدُ مِائَةٍ وَتَغْرِيبُ عَامٍ وَأَمَّا أَنْتَ يَا أُنَيْسُ لِرَجُلٍ فَاغْدُ عَلَى امْرَأَةِ هَذَا فَارْجُمْهَا فَغَدَا عَلَيْهَا أُنَيْسٌ فَرَجَمَهَا

35.6/2498. Telah menceritakan kepada kami Adam telah menceritakan kepada kami Ibnu Abi Dza'bi telah menceritakan kepada kami Az Zuhriy dari 'Ubaidullah bin 'Abdullah dari Abu Hurairah radliallahu 'anhu dan Zaid bin Khalid Al Juhaniy radliallahu 'anhuma, keduanya berkata; Datang seorang Arab Baduy lalu berkata: "Wahai Rasulullah, putuskan perkara diantara kami dengan Kitab Allah. Lalu lawan sengketanya berdiri seraya berkata: "Dia benar, putuskan perkara diantara kami dengan Kitab Allah". Berkata Arab Baduy itu: "Sesunguhnya anakku adalah seorang yang bekerja pada orang ini lalu dia berzina dengan isterinya. Kemudian mereka berkata kepadaku: "Anakmu wajib dirajam". Lalu aku tebus anakku dengan seratus ekor kambing dan seorang hamba sahaya, kemudian aku bertanya kepada ahli ilmu maka mereka berkata: "Sesunguhnya atas anakmu cukup dicambuk seratus kali dan diasingkan selama setahun". Maka Nabi shallallahu 'alaihi wasallam bersabda: "Aku putuskan buat kalian berdua dengan menggunakan Kitab Allah. Adapun hamba sahaya dan kambing seharusnya dikembalikan kepadamu dan untuk anakmu dikenakan hukum cambuk sebanyak seratus kali dan diasingkan selama setahun. Adapun kamu, wahai Unais, --yaitu seorang sahabat bani Aslam-- datangilah si wanita dan rajamlah dia! Maka Unais berangkat dan merajam si wanita.

nak tanya gak..selalu dengar "ayat sahih" "ayat tak sahih"....kalau tak sahih apakah maksud itu bohong? dongeng? berita angin?
Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2011 02:53 PM | Show all posts
Reply 36# putput

Kita sekarang dan thread ini membicarakan soal atau isu murtad dan saya tidak tahu apa tujuan putput pusing ke isu zina pula.... kitab ulangan 17:2-5 jelas membicarakan hukuman kepada pesalah atau melanggar hukum agama dan salah satunya adalah berkenaan kes murtad (keluar dari agama). Harap putput tidak off topik.

Berkenaan Jesus tidak menghukum kes perempuan zina (Yohanes 8:11), ini tidak membuktikan Jesus memansuhkan kitab perjanjian lama sebaliknya dalam kes tersebut Jesus sendiri melanggar peraturan atau hukum agama yg terdapat dalam PL kerana Jesus sendiri pun orang yg berdosa.

Soalan saya di posting no. 35 masih PP belum menjawabnya.... ?
Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2011 02:57 PM | Show all posts
Reply 37# putput

Sekali lagi PP membawa isu yg tiada kena mengena dgn thread ini.
Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2011 02:59 PM | Show all posts
Reply 37# putput

Sekali lagi PP membicarakan isu yg tiada kena mengena dengan tajuk thread ini.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-5-2024 06:34 AM GMT+8 , Processed in 0.060006 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list