CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12
Return to list New
Author: tasha19

Derita Julia

[Copy link]
Post time 5-9-2011 05:15 PM | Show all posts
tasha19 bestla citer ni
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-9-2011 05:17 PM | Show all posts
zalimnye datinnnn...mencik aku lar.... iskandar pun jantan pengecut tak dak balll.... sian julia... harap julia tak apa2...  sambung lagik pleaseeee...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-9-2011 12:33 AM | Show all posts
Iskandar bergegas ke hospital apabila diberitahu Bella. Dia terus menuju wad bersalin dan terlihat Bella sedang menunggu di luar.

“isteri abang macamana Bella?”Iskandar bersuara.

“isteri?baru sekarang abang mengaku..kak Ju kat dalam lagi”balas Bella memarahi Iskandar. Belum sempat Iskandar menjawab, seorang doktor menghampiri  mereka.

“tahniah! Puan Julia selamat melahirkan bayi lelaki. Tapi puan Julia tak dapat diselamatkan. Racun yang ada dalam badannya sudah membunuhnya. Harap semua bersabar”ujar doktor sambil menepuk bahu Iskandar. Iskandar terduduk dan Bella menghampirinya.

“kak Ju ada pesan bagi surat ni kat abang kalau apa-apa jadi pada dia”Bella bersuara dalam tangisan.

p/s:terima kasih atas segala komen2 kwn2..komen korang sume tasha hargai sgt2
Reply

Use magic Report

Post time 6-9-2011 12:43 AM | Show all posts
dah habis ker?? alahai pendeknya...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-9-2011 12:55 AM | Show all posts
belom lagi...saba ye..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-9-2011 09:19 PM | Show all posts
Iskandar memandang sayu tubuh Julia yang kaku tidak bermaya lagi. Air matanya mengalir lagi dan sambil diperhatikan Bella dia mencium wajah isterinya. Kemudian dia memerhatikan bayi lelaki itu. Ditatap wajah kecil itu yang tidak ubah seperti wajahnya ketika kecil dulu. Setelah urusan selesai, Julia selamat dikebumikan. Iskandar pulang ke rumah dengan hati yang sayu. Dia melangkah masuk ke bilik Julia.  Surat yang diberi oleh Julia dibuka dan dibaca sambil berbaring di atas katil Julia. Di dalam suratnya Julia menyuruh Iskandar membaca diarinya yang disimpan rapi dalam almari pakaian. Selesai membaca, Iskandar terus mencari diari yang dinyatakan oleh Julia. Matanya terpandang sebuah buku catatan berwarna kuning lalu diambil dan dibaca. Helaian demi helaian diselak.

30 oktober 2010

Hari ni hari bahagia Ju abang Is. Kita dah sah jadi suami isteri walaupun abang bersikap dingin dengan Ju dan anggap Ju sebagai orang gaji. Semua itu Ju redha abang..mungkin dah ditakdirkan kita menjadi suami isteri. Ju nak abang tahu Ju dah mula mencintai abang..

Air mata Iskandar mengalir lagi. dia kesal apabila mengetahui Julia sangat mencintai dirinya sedangkan dia hanya menganggap Julia tidak lebih dari orang suruhannya. Helaian diselak lagi kerana dia tidak sabar membaca segala catatan Julia kepadanya.

11 november 2010

Kejadian malam tadi buat Ju rasa bahagia walaupun terpaksa. Sekurang-kurangnya Ju dah sempurnakan tanggungjawab Ju sebagai isteri. Tapi kenapa abang cakap kat datin macam tu pagi tadi? Ju rasa sedih sangat-sangat abang…tapi Ju tabahkan hati Ju yang Ju perlu beri abang masa untuk menyayangi Ju.
Fikiran Iskandar menerawang kembali pada kejadian malam itu. Dalam keadaan mabuk dia tak dapat menahan nafsu lelakinya itu dan Julia terpaksa merelakan perbuatannya. Dia mengeluh lagi dan menyesali segala perbuatannya.

1 januari 2011

Petang tadi Ju pergi klinik dengan Bella abang. Abang tahu tak kita akan jadi ibu dan ayah tak lama lagi. perasaan Ju masa tu terlalu gembira sebab dapat berikan hadiah istimewa ni pada abang tapi abang tak suka. Sanggup abang tolak Ju waktu Ju beritahu abang..benci sangat ke abang pada Ju??

Iskandar meraup mukanya. Buku itu ditutup dan diletakkan di atas katil dan dia berlalu keluar ke laman rumah. Dia tidak sanggup lagi membaca coretan isterinya.

“abang..buat apa kat sini malam-malam?kan sejuk..” Bella bersuara sambil duduk di sebelah abangnya apabila dilihat Iskandar sedang termenung di laman rumah.

“Bella rupanya..abang nak ambil angin kejap..bella tak tidur lagi”balas Iskandar sambil mengesat airmatanya.

“abang ingat kak Ju ke?”ujar Bella apabila terlihat abangnya mengesat air matanya. Iskandar hanya mendiamkan dirinya sambil merenung bintang-bintang di langit.

“abang tak boleh sedih macamni abang.. Arif perlukan abang..kalau kak Ju tahu abang macamni mesti dia sedih” Bella bersuara lagi apabila dilihat Iskandar tidak bersuara. Bella faham perasaan abangnya tetapi dia kesiankan Arif yang masih lagi kecil. Iskandar langsung tidak menghiraukan dan Bella menjaganya dengan penuh kasih sayang. Datin Linda masih tidak mahu mengakui cucunya walaupun sudah ketiadaan Julia.

“maafkan abang dik..abang tak boleh maafkan diri abang. Abang rasa bersalah sangat pada Ju. Dulu abang ego dan tak mahu terima dia” ujar Iskandar sambil mengalirkan airmatanya. Dia meluahkan apa yang terbuku di hatinya kepada Bella.

“yang dah lepas biarkan lah..bella pasti kak Ju dah maafkan abang. Bella masuk tidur dulu tapi nasihat Bella abang jagalah Arif baik-baik sebab itu yang kak Ju mahukan” ujar Bella sebelum melangkah masuk. Dia membiarkan Iskandar bersendirian memikirkan apa yang terbaik buat dirinya dan Arif.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 6-9-2011 09:36 PM | Show all posts
Bila dh tak de br nk nyesal
Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2011 01:05 AM | Show all posts
dah tak guna nak menangis pun... dasar jantan keparat
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 7-9-2011 04:25 PM | Show all posts
13 februari 2011

Abang..kandungan Ju sekarang dah masuk empat bulan. perut pun dah mula nampak sikit.bella banyak ambil berat pasal Ju abang..bella memang adik yang baik.. Walaupun Ju buat kerja rumah yang datin suruh, Ju tetap jaga diri Ju. Kadang-kadang Ju rasa penat tapi apa yang Ju boleh buat. Pagi tu datin bagi Ju satu bungkusan, datin kata baik untuk kandungan Ju. Ju rasa bahagia sebab datin mula menerima anak kita. Tapi tak lama lepas tu perut Ju sakit sangat, Ju risau kandungan Ju terjejas tapi nasib baik anak abang ni kuat. Ju sayang abang sangat-sangat.

Coretan Julia kali ini mengejutkan Iskandar. Dia tahu Datin Linda tidak pernah menerima Julia mahupun anaknya. Dia teringat kembali kata-kata doktor yang menyebabkan kematian Julia. Dia yakin ini semua angkara emaknya. Dia tidak akan membiarkan emaknya terlepas dari kesalahannya.

22 jun 2011

Tinggal sebulan lagi anak kita akan lahir abang. Ju rasa dah tak larat lagi..tapi demi abang Ju gagahkan juga. Perut Ju dah semakin besar ni buat kaki Ju selalu sakit. Ju selalu bayangkan abang urut kaki Ju dan usap perut ni. Impian Ju tercapai bila Ju hantar air kat abang tapi abang kenapa tiba-tiba berubah bila abang rasa anak kita bergerak?kalau abang bencikan Ju sekalipun janganlah benci anak kita..abang, kalau apa-apa jadi pada Ju masa bersalin nanti, Ju harap abang akan sayang dan jaga anak kita dengan baik.. haritu Ju scan, jantina anak kita lelaki bang.. kalau nama dia Arif Bin Iskandar mesti sedap kan bang..

Iskandar menyelak lagi namun itu merupakan helaian terakhir. Dia berazam untuk membela kematian Julia dan menjaga Arif dengan baik seperti yang diamanahkan Julia. Keesokan harinya dia lihat Datin Linda sedang menikmati sarapan pagi. Dia mengetap bibirnya dan menuju ke meja makan.

“mak, apa mak dah buat pada isteri saya??”Iskandar bertanya.

“apa yang mak buat?sejak bila kau mengaku Julia tu isteri kau?”soal Datin Linda pula.

“mak jangan buat tak tahu pula..mak bagi dia racun kan?sanggup mak tengok cucu mak mati?”Iskandar meluahkan segalanya tanpa menghiraukan perasaan Datin Linda.

“memang mak yang bagi lepas rancangan pertama mak gagal..mak ingat bila dia mengemop lantai dia boleh terjatuh..mak tak suka bila dia mengandungkan anak kamu Is..nanti harta mak jatuh kat tangan dia..”jelas Datin Linda.

“sampai hati mak nak bunuh anak saya demi harta..sekarang mak puas kan sebab Julia dah takde. Untuk pengetahuan mak saya dah mula sayang dia waktu dia sedang mengandung..tapi sebab racun mak tu dia meninggal selepas bersalinkan Arif..saya tak sangka mak sekejam ni!saya nak keluar dari rumah ni!”ujar Iskandar sambil mendengus kasar. Hatinya sangat marah membuatkan dia ingin lari jauh dari situ. Dia terus berlalu walaupun ditahan Datin Linda. Dia terus membawa Arif keluar dari rumah.

“Is! Is!”jerit Datin Linda memanggil anaknya apabila melihat kereta Iskandar berlalu dari rumah besar itu.

Bella hanya mampu melihat dan memujuk Datin Linda. Di hatinya juga dia kesal dengan apa yang berlaku. Baru dia tahu mengapa wajah Julia semakin pucat hari demi hari.

setahun kemudian..

Kepergian Iskandar membuatkan Datin Linda menjadi tidak terurus kerana kehilangan anak kesayangannya. Akhirnya Bella mengambil keputusan Datin Linda dihantar ke hospital mental. Iskandar pula bahagia bersama arif yang sudah menjangkau setahun umurnya. Walaupun sesekali dia merasa rindu terhadap Julia, dia tetap menjalankan kehidupannya seperti biasa. Arif ditatang seperti minyak yang penuh kerana amanah Julia dan menganggap arif sebagai hadiah yang teristimewa dari Julia.

**THE END**
Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2011 04:32 PM | Show all posts
huwaaaaa...  aku sedih sebab julia dah tak der.... dorang tak dpat sama2 besarkan arif...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-9-2011 11:05 PM | Show all posts
huwaaaaa...  aku sedih sebab julia dah tak der.... dorang tak dpat sama2 besarkan arif...
asyriqa Post at 7-9-2011 16:32



   huhu..tasha nak tnye..puas ati x ngn ending die?so far..apa pndpt awk tentang cite ni?bile julia da xde,tu je cre nk sdarkan iskandar tu..huhu
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2012 02:01 PM | Show all posts
sedih heroin nyer dh x de...
Reply

Use magic Report

Post time 28-8-2012 06:45 PM | Show all posts
sad ending... berkesan dijiwa
Reply

Use magic Report

12
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

3-5-2024 04:31 PM GMT+8 , Processed in 0.068082 second(s), 35 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list