CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 190|Reply: 0

Arab Saudi atur aktiviti ceria lebaran

[Copy link]
Post time 30-8-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
Program berterusan  semingguJEDDAH: Hampir semua bandar dan pekan di Arab Saudi sudah menyelesaikan  urusan bagi menyambut Aidilfitri.\n\n\n\nPersediaan itu lebih ketara di dua bandar suci Makkah dan Madinah di mana penduduk, ekspatriat dan pelawat tidak sabar menyambutnya. Sambutan itu akan bermula di dua bandar suci itu sehari selepas Aidilfitri.\n\n\n\n\n\nPihak pentadbiran di dua bandar suci itu berkata, aktiviti ketika sambutan lebaran  diwujudkan untuk memenuhi selera ribuan jemaah yang masih sesak di Makkah dan Madinah.Datuk Bandar Makkah, Osama Al-Bara meluluskan program sambutan dan pelbagai aktiviti hiburan diadakan oleh perbandaran itu dengan penyertaan penduduk, warga asing, jemaah dan pelawat.Pengarah jabatan keselamatan dan perkhidmatan sosial di perbandaran Makkah, Ahmad Muhammad Manshi, berkata sambutan itu  termasuk program yang dijalankan sendiri pihak perbandaran dan yang lain oleh  cawangannya, penduduk dan masyarakat asing.Katanya, sambutan itu yang akan bermula pada hari kedua lebaran akan berterusan selama seminggu.\n\n\n\n“Ada tarian rakyat dari Mesir, Syria, Afrika, India dan China sebagai tambahan kepada pertunjukan bunga api, malam berpuisi dan program khas untuk kanak-kanak,” kata Manshi.Beliau menambah,  sambutan itu juga  termasuk gerai makanan popular, pertandingan dengan hadiah dan lakonan.Manshi berkata, sambutan itu akan diadakan di tempat letak kereta di sepanjang Lebuh Raya Jeddah-Makkah, dewan tertutup kelab sukan Al-Wuhda, taman Um Al-Katad di daerah Al-Shukiyyah, tempat letak kereta di pasar Al-Hijaz, taman Al-Hussainiyah berhampiran Bandar Perubatan Raja Abdullah dan kawasan lain.Datuk bandar itu juga menubuhkan pasukan khas daripada perbandaran untuk menyelia pelaksanaan program sambutan.Pengarah jabatan kebersihan di  Madinah, Muhammad Ali Al-Alawi, berkata lebih 1,130 pekerja akan membersihkan plaza Masjid Nabi ketika hari raya menggunakan pembersih automatik dan trak sampah.Di bandar ini, sambutan  bermula pada hari pertama raya  dalam bandar termasuk Obhur, lapangan terbang lama, Dataran Al-Baieah, daerah Al-Hamra dan tempat lain. –  Agensi

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 10:46 AM GMT+8 , Processed in 0.067981 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list