CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 265|Reply: 3

Aizat mahu buat kejutan di DFP

[Copy link]
Post time 5-9-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
Rancang hasil lagu baru dinyanyikan bersama Ella dan Tam Spider\rPELUANG beraksi di pentas berprestij seperti Dewan Filharmonik Petronas (DFP) memang dinantikan setiap penyanyi tempatan seperti yang sudah dilakukan oleh Tan Sri SM Salim bersama Datuk Siti Nurhaliza, Datuk Khatijah Ibrahim, Datuk Shiela Majid, Ramli Sarip, Rezza Salleh dan Dayang Nurfaizah.\r\n\n\n\n\rSejak dari itu DFP mula menunjukkan dasar keterbukaannya dengan memberi peluang kepada lebih ramai artis membuat persembahan di konsert DFP Spotlight dalam suasana bertaraf antarabangsa. \r\r\n\n\n\n\nMalah, penyanyi Yuna juga turut diberi penghormatan pada konsert yang akan berlangsung pada 12 dan 13 September depan.\rPeluang itu turut dirasai penyanyi, Aizat yang akan beraksi di pentas yang gah dengan kemudahan akustik bertaraf antarabangsa pada 3 Oktober depan.\rKesempatan yang diberikan itu satu penghargaan besar bagi penyanyi muda ini sejak terbabit dalam bidang seni lima tahun. Malahan itu sudah menjadi sebahagian daripada impiannya untuk membuat persembahan solo di arena terbabit.\r“Ini adalah cabaran bagi saya dan satu rezeki kerana bukan mudah untuk kita mengadakan persembahan di sana dengan kemudahan akustik nombor dua terbaik di dunia memang mengujakan.\r\n\n\n\n\r“Sudah lama saya impikan untuk membuat persembahan di sana dan bila dapat peluang ini saya rasa macam mimpi. Saya rasa inilah konsert yang paling hebat,” katanya.\rMengharapkan persembahan yang memukau dan mengagumkan penonton nanti, Aizat menjangka akan ada beberapa kejutan yang akan dipersembahkan termasuk mendendangkan barunya.\rMenerapkan konsep santai pada persembahannya itu, lagu-lagu yang akan dipersembahkan akan diberi nafas baru dari segi rentak dan muzik.\r“Saya akan sampaikan lagu saduran dan ada beberapa lagu baru. Konsep santai tapi masih memikirkan mungkin ada kejutan buat penonton.\r“Akan ada visual bagi menampakkan kelainan. Persembahan mungkin dengan orkestra tapi ada suntikan baru dari segi susunan muzik supaya berbeza daripada persembahan saya sebelum ini,” jelasnya. \rAizat atau Muhammad Aizat Amdan, anak muda yang dilahirkan pada tahun 1989 adalah bakat yang dicungkil daripada program realiti Akademi Fantasia musim kelima bersama Dafi, Mila dan Heliza. Selain menyanyi, Aizat suka mencipta lagu dan lirik. Dia juga pandai menari dan mempunyai kebolehan melukis komik. \rPada peringkat awal, Aizat popular dengan lagu Kau Aku yang menjadi tema untuk drama Merah Putih. Penyanyi ini pernah menghasilkan dua album iaitu Percubaan Pertama pada 2008 dan Urusan Aizat Amdan (2010). Daripada album itu, muncul beberapa lagu single yang diminati pendengar seperti Itulah Dirimu , Pergi, Sungai Lui dan Perpisahan Ini.\rTidak sabar menantikan detik terbabit, Aizat menjanjikan persembahan penuh bertenaga agar meninggal kesan kepada penonton yang hadir.\rTerdahulu, selepas berhempas pulas di konsert Borneo Tour baru-baru ini, Aizat mengambil cuti panjang untuk merehatkan minda dengan bercuti di Queensland, Australia selama dua minggu.\rBermula kira-kira seminggu selepas Hari Raya, dia memberi tumpuan kepada pengubahsuaian studionya di Ampang, Selangor untuk menyiapkan studio rakamannya sendiri.\r“Memang harapan saya untuk memiliki studio rakaman sendiri agar dapat melakukan proses rakaman sepenuhnya di sini. Bila sudah ada studio rakaman sendiri bolehlah proses di sini saja.\r“Sebelum ini saya buat di rumah sampai kena terperap dalam bilik jadi dengan adanya kemudahan di studio dapatlah saya keluar rumah tengok dunia luar,” katanya.\rSelain itu, Aizat juga sedang menumpukan pada penghasilan single terbarunya berkemungkinan akan bergandingan dengan Tam Spider dan Ella.\rMalah, Aizat turut mengumpul material bagi penghasilan album barunya yang dijangka tahun depan dengan konsep serta rentak baru hasil ciptaannya sendiri.\r“Studio saya agak besar sedikit berbanding studio yang pernah saya pergi sebelum ini dengan bajet kurang daripada RM100,000 termasuk kelengkapan di dalam studio.\r“Bila sudah siap studio baru dapat tumpu pada single dan album nanti. Album baru saya kali ini mungkin akan ada berbelas lagu,” jelasnya.\rLebih membanggakan, Aizat akan mengadakan persembahannya di Sydney, Australia tahun ini serta akan menyambung pengajiannya ke luar negara tahun depan.

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-9-2011 02:21 PM | Show all posts
Aizat Aizat
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2011 12:36 PM | Show all posts
konsert kat DFP mmg terbaekkk...
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2011 12:54 PM | Show all posts
mmg terhibur mlm td...senyum je bila dengar Aizat nyanyi....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 07:02 AM GMT+8 , Processed in 0.037752 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list