CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 191|Reply: 0

Madonna gagal halang disaman

[Copy link]
Post time 9-9-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
Jiran tuduh penyanyi buat bising jadikan pangsapuri studioNEW YORK: Penyanyi terkenal Amerika Syarikat, Madonna gagal untuk menghalang tuntutan saman jirannya yang mendakwa superstar itu membuat bising di apartmennya yang ditukar menjadi studio latihan di Big Apple.’\rHakim menolak permohonan Madonna untuk mengenepikan tuntutan itu selepas keputusan awal hakim dibuat pada 24 Ogos lalu dilaporkan dalam Jurnal Undang-Undang New York.\r\n\n\n\n\r  Jiran berkenaan, Karen George berkata, Madonna sering melakukan latihan membabitkan muzik kuat termasuk menari sambil menghentak kaki hingga dinding apartmennya bergegar sehingga tiga jam sehari.\r\r\n\n\n\n\n  Madonna mengambil langkah memperlahankan bunyi pada 2009 tetapi George berkata, ia tidak berhasil. George menyaman Madonna dan lembaga pentadbir bangunan itu.\rMereka berkata, tahap kebisingan itu tidak pernah di bawah kadar yang dibenarkan. Hakim berkata, pertelingkahan itu memerlukan perbicaraan.\r“Bunyi dan kebisingan berlaku secara berterusan hingga dinding bergegar. Perkara ini serius,” kata peguam George, Steven Cohen.\rHakim Mahkamah Tinggi Manhattan, Louis York dalam keputusan setebal 11 muka surat itu menolak permohonan Madonna supaya saman itu digugurkan dan menegaskan George mempunyai hak untuk berasa aman di rumahnya.\r\n\n\n\n\r“Satu daripada fungsi kediaman adalah memberi perlindungan daripada dunia luar untuk penghuninya berehat dan berfikir dengan tenang.\r“Jika kebisingan yang disebabkan aktiviti Madonna menghalang jirannya menggunakan apartmennya untuk tujuan itu, jadi ia memberi masalah kepada penghuni kediaman,” kata York.\rDalam saman itu, George berkata, legenda muzik terkenal dengan lagu ‘Like A Virgin’  dan tetamunya melakukan tarian yang bising selama 90 minit hingga tiga jam sehari menggunakan muzik terlalu kuat di apartmen tiga tingkat itu.\rTetapi, jurucakap Madonna, Liz Rosenberg, yang tidak lagi tinggal di bangunan itu mempertahankannya sebagai penghuni contoh. \r“Beliau sentiasa menjadi jiran yang baik dan sudah tinggal di sana lebih dua dekad serta sentiasa mengikut semua peraturan bangunan itu,” katanya. \rSaman George dibuat selepas pentadbir bangunan itu gagal menyekat Madonna membeli unit ketiga bangunan itu pada 2007.\rGeorge, yang tinggal di bangunan itu sejak 1995, menuntut pampasan bagi penyelenggaraan yang terpaksa dibuat sejak Jun 2009. – AP/ Agensi.

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 10:50 AM GMT+8 , Processed in 0.049624 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list