CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 107|Reply: 0

Macam buat bangunan

[Copy link]
Post time 23-9-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
Mementaskan muzikal The Secret Life Of Nora sungguh mencabar kepada Steven Dexter“TANGGUNGJAWAB saya tidak ubah seperti juru terbang, sekiranya proses berlepas dan mendarat berjalan lancar, penumpang akan berpuas hati dengan penerbangan mereka.” \n\n\n\nItulah perumpamaan yang digambarkan Pengarah The Secret Life Of Nora, Steven Dexter dalam melaksanakan tugasnya sebagai peneraju muzikal ini.\n\n\n\n\nPengarah berasal dari Afrika Selatan tetapi kini aktif berkarya di panggung West End, London itu ketika ditemui di Istana Budaya baru-baru ini, mengakui betapa dia kini sedang berdebar-debar menanti respon penonton apabila karya itu dipentaskan 29 September nanti.“Saya sudah tahu cara kerja pelakon di sini tetapi saya masih belum mengenali tabiat penonton Malaysia. Saya tidak tahu apakah mereka suka atau bagaimana reaksi mereka setelah menonton hasil kerja saya. Adakah mereka sibuk untuk mengetahui apa yang bakal berlaku kepada setiap babak, semua itu menimbulkan rasa ingin tahu di hati saya,” ujar Dexter.Kepercayaan digalas Datin Seri Tiara Jacquelina ke bahunya disedari satu tugas yang berat kerana The Secret Life Of Nora bukan diadaptasi dari mana-mana filem mahupun buku, namun pengarah berusia 49 tahun itu tetap bersetuju menerima pelawaannya.Menurutnya, tawaran daripada Enfiniti Vision Media Sdn Bhd (EVMSB) diterima kira-kira setahun lalu. Manakala persetujuan untuk meminjamkan ilmunya hanya dibuat Mac lalu.\n\n\n\n“Saya pernah bekerja dengan produksi di luar London. Saya pernah terbabit dengan pementasan di Singapura kira-kira 18 tahun lalu tetapi tidak pernah menjejakkan kaki ke Malaysia. Keinginan untuk ke sini memang ada, justeru tawaran daripada Tiara adalah peluang sangat baik.“Selain dapat bekerja buat kali pertamanya dengan produksi di sini, saya juga menganggap peluang ini sebagai serampang dua mata kerana akhirnya dapat juga menjejakkan kaki ke Malaysia seperti diidam-idamkan. “Bagaimanapun, sepanjang tiga minggu di sini, saya tidak berpeluang ke mana-mana kerana terlalu sibuk dengan latihan. Mungkin saya akan memanjangkan tempoh untuk mengunjungi tempat menarik,” kata pengarah itu yang hanya berulang alik dari Istana Budaya ke akademi milik Tiara yang terletak di Kota Damansara.Ketika pertemuan ini diatur, pementasan The Secret Life Of Nora hanya berbaki kurang seminggu. Pada peringkat ini kata Dexter, dia sedang dalam proses menajamkan, mengukuhkan dan memperketatkan mana-mana bahagian yang masih longgar.“Mementaskan teater umpama membina bangunan, setiap pekerja yang terbabit di dalam pembinaan sebuah bangunan perlu tahu peranan dimainkan. Sebagai pengarah, saya perlu bayangkan segala-galanya, seperti letak duduk set, babak-babaknya, dan saya juga perlu menjangkakan sebarang kejadian di luar jangkaan.“Seorang ketua perlu bersedia dengan perancangan yang rapi. Kalau yang ini gagal, kita cuba yang itu. Perkara  paling saya bimbangkan adalah teknikal, kalau membabitkan teknikal, memang banyak kesilapan boleh berlaku sewaktu pementasan. Bagaimanapun saya berharap wayar yang digunakan untuk adegan terbang berfungsi dengan baik, projektor juga berfungsi. Saya berharap semuanya berjalan lancar.“Perjalanan menyiapkan sebuah muzikal umpama menaiki ‘roller coaster’. Bagaimanapun saya anggap apa yang saya lakukan sekarang sebagai satu proses pembelajaran dan satu cabaran baru yang saya pelajari,” kata Dexter mengagumi kecekalan Tiara.Pada pandangan mata Dexter, Tiara wanita bijak kerana dia mengetahui apa diingini. Namun biarpun saling bekerjasama, mereka tidak terkecuali saling berbalah pendapat. Tetapi melalui perbalahan itu, mereka akhirnya berjaya menjana idea lebih baik.“Tiara banyak mencabar saya, ada kala saya setuju dengan pendapatnya. Tetapi sesekali kami berbalah, tapi kami mempunyai persamaan kerana kami amat dedikasi dalam soal kerja. Saya akui amat mengagumi kecekalan Tiara dan saya amat menghormatinya,” katanya.Muzikal tempatan masih ketinggalanPADA mulanya Dexter enggan memberikan pandangan terhadap kegiatan teater tanah air. Namun selepas dipujuk, dia secara jujur mengakui aktiviti teater tempatan masih ketinggalan jauh.Namun dia mengagumi semangat Tiara yang bersungguh-sungguh memperjuang dan mengangkat teater muzikal untuk dikomersialkan. Menurutnya, persaingan dalam muzikal masih belum banyak tidak seperti di London. Justeru, tidak hairan kenapa kebanyakan pelakon di sini dilihat tidak begitu serius.“Bakat pelakon di sini tidak boleh dipertikaikan, kerana saya melihat kebanyakan mereka memang berbakat. Cuma dalam soal disiplin, masih banyak yang perlu diperbetulkan lagi. Jika di London, berlakon dalam teater adalah satu kerjaya. Persaingan di sana amat besar menyebabkan semua orang berebut-rebut untuk mendapatkan peluang.“Bagaimanapun di sini, pasaran muzikal masih terlalu kecil. Saya bukan mahu bersikap negatif tetapi saya hanya meluahkan keadaan yang saya lihat berlaku di sini. Saya berharap industri muzikal di negara ini akan berkembang lebih pesat.“Macam Tiara, walaupun dia menghasilkan teater muzikal tanpa mengikuti pengajian secara formal dan semua yang dibuat sebelum ini atas dasar cuba-cuba. Tetapi dia tetap berjaya. Cuma mungkin dari segi set, dia perlu perbaiki lagi kerana di West End, set yang kita gunakan lebih kecil untuk mudah di bawa ke mana-mana. ini pentang, terutama jika Tiara ingin menembusi peringkat antarabangsa,” katanya.

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 08:03 AM GMT+8 , Processed in 0.048062 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list