CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 108466|Reply: 463

BF marah klip3GP mimie. KOMEN PENONTON PG11. +1 Datin Ghairah pulak! PG15

  [Copy link]
Post time 4-10-2011 05:15 PM | Show all posts |Read mode
Post Last Edit by fukadaminchi at 18-10-2011 00:37



Apa cerita skang? dah berbaik ke belum? Kesian betul, patutnya nak jadi penyanyi & pelakon benda2 mcm ni kena la pandai handle. Adatlah...dah tu pilihan ko nak jadi artis lagi2 pelakon,  kena tahan la cemburu   

tak boleh salahkan pakwe jugak, tak ramai yang boleh terima tgk kekasih beraksi di ranjang walau cuma dalam lakonan. sabo je lah... nak tgok jugak filem ni, 'PANAS' mana aksi mimie kat ranjang sampai pakwe tak senang duduk

hope dorang berbaik & berfikiran positif utk sama2 kekalkan kumpulan One Nation Emcess... syg woo kalau berpecah.



*edit*  
MASIH ADA CINTA


DALAM hati masih ada cinta tetapi kerana terkilan dan marah melihatkan aksi kekasihnya, Shamimi Amalina Norhisham atau Mimi yang juga rakan seperjuangannya dalam kumpulan One Nation Emcee (ONE), kononnya beraksi 'lucah' dalam filem sulung lakonan kumpulan itu, Klip 3GP, membuatkan Jojoe terpaksa memikirkan semula hubungan mereka.

Hampir setahun dia, Mimi dan seorang lagi anggota kumpulan ONE, Mohd Norzaidi Edris (Zydee) berlakon dalam filem itu dan selama jangka masa itu juga Jojoe atau nama sebenarnya Nur Hasan Baias, 36, bersikap dingin terhadap Mimi dengan mengambil sikap tunggu dan lihat apa yang akan berlaku seterusnya.


Walaupun mereka berlakon bersama tetapi dalam filem yang mengutarakan empat kisah sekali gus itu, Jojoe dan Zydee berlakon dalam kisah kaki skodeng manakala Mimi sebagai wartawan yang terbabit dalam rakaman video aksi seksnya bersama teman lelakinya.

“Saya tahu karakter yang perlu dimainkan Mimi dalam filem itu tetapi tak sangka pula aksinya kelihatan melampau dan nampak seolah-olah dia berbogel. Sebahagian besar bahagian belakang tubuhnya terdedah dan aksinya di ranjang keterlaluan. “Ketika aksi itu dirakamkan, hanya pengarah filem itu (Aidilfitri Mohamed Yunos), penolong pengarah dan jurukamera berada dalam bilik itu. Sewaktu saya menontonnya dalam treler, saya tak berapa perasan aksi panasnya itu tetapi selepas saya melihatnya pada skrin monitor milik pengarah, barulah saya tengok dengan jelas adegan yang dilakonkan Mimi itu sehingga membuatkan saya tersentak dan terkejut. “Sampai sekarang saya masih sayangkan Mimi tetapi saya masih tidak dapat terima aksinya dalam filem itu. Sepatutnya Mimi berbincang dengan saya mengenai wataknya itu. Sekiranya Mimi terangkan pada saya terlebih dulu apa yang perlu dilakukannya, mungkin saya boleh terima tetapi sekarang sudah terlambat. “Memang kami sama-sama artis tetapi menyanyi di pentas biasa saja, tidak perlu aksi berlebihan. Senakal atau sebebas manapun saya, tiba bab mencari isteri, saya mahu yang tahu adat sopan, tidak terlalu bebas dan menjaga tata susila sebagai gadis Timur.


“Jangan beraksi keterlaluan kerana ia memalukan saya dan bimbang apa orang kata nanti. Apa yang dilakukannya takut turut memberi kesan kepada ONE,” katanya.


Buat masa sekarang, jelas Jojoe, walaupun masih menaungi kumpulan sama, biarlah mereka membawa haluan sendiri. Mereka bertemu atas dasar kerja dan tidak lagi intim seperti dulu. “Saya merindui saat kemesraan kami dulu tetapi hati saya belum boleh menerima Mimi. Masih cinta tetapi saya perlukan ruang untuk tenangkan hati dan perasaan. Kalau ada jodoh, adalah. Andai kata dia menemui pengganti, saya juga reda,” katanya.


http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/2011092422282020110924222820/Article/artikelMA
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 4-10-2011 05:16 PM | Show all posts


Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2011 05:16 PM | Show all posts
3 gp nie filem ..tapi tatau la cter aper.. jangan merapek2 lagi udahlaa
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-10-2011 05:19 PM | Show all posts
3 gp nie filem ..tapi tatau la cter aper.. jangan merapek2 lagi udahlaa
samshik Post at 4-10-2011 17:16



   tajuk filem dah panas weh... mesti berduyun2 belia pegi tgok   mimie plak hot stuff, baik punya...
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2011 05:24 PM | Show all posts
ni mesti mengisahkan budak2 zaman sekarang yang dah terlanjur..
pastu masa terjadinya proses terlanjur tu..depa rakam pakai fon format video 3gp
maka jadi lah cita ni..
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2011 05:24 PM | Show all posts
tajuk filem dah panas weh... mesti berduyun2 belia pegi tgok   mimie plak hot stuff, b ...
fukadaminchi Post at 4-10-2011 17:19



    mimie memang gile kentang woo



Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 4-10-2011 05:24 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2011 05:24 PM | Show all posts
tajuk nak lebat ..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-10-2011 05:25 PM | Show all posts
nak ajak mat rempit pi tonton la tuh  
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2011 05:25 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2011 05:25 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-10-2011 05:26 PM | Show all posts


Sinopsis filem KLIP 3GP

Eddie pada usia hanya sekitar 20-an sudah merasa kejayaan urusan perniagaannya di Internet. Dia seorang jejaka yang memiliki segalanya – tampan, menikmati kehidupan mewah dan juga teman wanita sekeliling pinggang. Tanpa diketahui sesiapa, Eddie sebenarnya meraih keuntungan daripada perniagaan yang membeli dan menjual klip-klip pornografi dan sensasi di Internet. Maya Akhtar pula adalah seorang jurnalis yang komited terhadap kerjayanya. Malangnya, dia telah jatuh mangsa kepada ugutan Sunny yang memiliki rakaman video hubungan sulit mereka.

Lebih mengejutkan lagi, perbuatan Sunny ini disokong oleh isterinya sendiri Rita, kerana inilah cara mereka membuat duit, dengan memperdaya wanita untuk tidur dengan Sunny dan memeras ugut mangsa kemudian. Suria, Mina dan Zakiah adalah tiga gadis remaja yang dalam perjalanan untuk mencari hiburan hujung minggu di Kuala Lumpur. Tanpa disangka, malam itu berubah menjadi suatu peristiwa yang menyeramkan apabila mendapati diri mereka diburu oleh satu makhluk yang mengerikan. Sandra adalah seorang gadis sekolah yang menjadi mangsa deraan seksual oleh Jefri.

Lebih dari itu, Sandra satu hari telahdiperkosa beramai-ramai oleh satu geng motosikal yang dianggotai Jefri dan abang kandung Sandra sendiri iaitu Burn. Acara perkosaan ini telah dirakamkan oleh geng ini melalui kamera telefon bimbit Jefri. Dalam filem 3GP, kehidupan watak-watak berbeza ini akhirnya bersulaman dan berkait melalui pembocoran klip-klip 3gp mereka kepada masyarakat Internet –dan dunia mereka bertembung dalam satu kemuncak yang dramatik.
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2011 05:30 PM | Show all posts
samshik Post at 4-10-2011 17:24



    dress pon cam dah sun*** what to expect, ske benar derang kalo dapat berlakon adegan camni ek? mesti feeling, method habis skil sebagai pelakon gamaknya....
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2011 05:31 PM | Show all posts
waa...ai stressed baca sinopsisnye
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2011 05:32 PM | Show all posts
dress pon cam dah sun*** what to expect, ske benar derang kalo dapat berlakon adegan camni ...
cmf_yipun78 Post at 4-10-2011 17:30



    hm .. sundel bebenorr... tu yang mek pun nganga haaa
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-10-2011 05:33 PM | Show all posts
body plum2... shape idaman wanita. pakai baju kurung pon still namapk seksi..sbb tu kot dia dpt watak ni. mmg patut pakwe jeles
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-10-2011 05:34 PM | Show all posts
buat filem macam nie sebenarnyer best kan??
salah satu cara utk nak bagi pompuan londeh saner sini .. bile kena hentam
terus cakap "kehendak skrip".. hukum tuhan letak sebelah!!  buduhlaaaa..
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2011 05:36 PM | Show all posts
keciknya pinggang mimie ni..dulu masa kt gangstarz dia cam berisi sikit pastu makin lama makin slim..ramping..seksi segala...
sekali pandang dh mcm di photoshop je pinggang dia tp hakikatnya mmg slimmmmm..
gamaknya kerap benor menari kot tu yg leh menten slimm..
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2011 05:36 PM | Show all posts
iols langsung tak teringin nak tgk bila baca sinop tu....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-10-2011 05:37 PM | Show all posts
dress pon cam dah sun*** what to expect, ske benar derang kalo dapat berlakon adegan camni ...
cmf_yipun78 Post at 4-10-2011 17:30



  
“Sebetulnya juga, Mimi pernah menolak tawaran (berlakon filem) ini sebanyak tiga kali kerana merasakan watak sebagai perempuan psiko ini terlalu berat kerana Mimi bukanlah seorang pelakon,” ujarnya.

Pelik juga mengapa pihak penerbitan Klip 3P masih mahukan Mimi biarpun selepas tiga kali dia menolak tawaran, padahal Mimi bukanlah pelakon profesional yang telah lama menceburkan diri dalam bidang lakonan ini.


Malah, hal yang paling membimbangkan dirinya adalah aksi ranjang yang dilakonkannya itu. Ini kerana dia tahu tindakan beraninya itu pasti mengundang kontroversi di kalangan penonton dan peminat filem tempatan kelak.


“Sebetulnya, Mimi tidak bogel. Ia hanya kelihatan seolah-olah Mimi seperti berbogel. Ada perkara yang Mimi tidak lakukan sendiri dan menggunakan pelakon pengganti yang kelihatan seperti Mimi,” akuinya.


Tambahnya, serius: “Perkara yang Mimi tidak boleh hindari, Mimi terpaksa berikan kepada pelakon pengganti. Itu kerana sememangnya Mimi tidak dapat melakukan babak tersebut.”




'mangsa keadaan'?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-5-2024 10:59 PM GMT+8 , Processed in 0.064492 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list