CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 210|Reply: 0

Perlindungan hak eksklusif artis

[Copy link]
Post time 7-10-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
Pemuzik, penyanyi nerhak dapat royalti jika pindaan Akta Hak Cipta ikut piawaian WPPT diluluskan\rBAYANGKAN sebuah kumpulan pemuzik sedang mengadakan persembahan langsung di tempat awam dan persembahan itu dirakam bagi tujuan komersial sama ada bagi persembahan televisyen, radio, digital atau medium lain. \r\n\n\n\n\rPenyanyi dan pemuzik terlebih dulu di bayar untuk melakukan persembahan.\r\r\n\n\n\n\nNamun selepas siaran itu ditayangkan semula menerusi medium lain, penyanyi dan pemuzik hanya mampu berputih mata untuk meraih royalti kerana mengikut Akta Hak Cipta 1987 di bawah Artikel 16A (2) menyatakan penyanyi dan pemuzik rakaman kehilangan segala hak eksklusifnya apabila memberi persetujuan bagi penetapan atau rakaman. \rMaka pelaku tidak ada hak lagi untuk menuntut hak mereka menerusi rakaman atas Artikel 16A (1) dalam akta yang sama.\rIni bermaksud, rakaman mereka digunakan bagi maksud komersial yang dipersembahkan di tempat awam atau penyiaran, pengguna rakaman itu seharusnya dikenakan bayaran royalti kepada penyanyi dan pemuzik.\rInilah perjuangan yang sedang diusahakan badan kutipan royalti, Performer & Artistes Rights (M) Sdn Bhd (PRISM) di dalam membela hak yang seharusnya diperoleh setiap penyanyi dan pemuzik tanah air.\r\n\n\n\nPRISM mencadangkan Akta Hak Cipta 1987 dipinda menuruti piawaian antarabangsa yang diperkenalkan Performances and Phonograms Treaty (WPPT) dan sudah digunakan oleh kebanyakan negara maju di dunia dengan memasukkan Artikel 15(1) dan (2) (WPPT).\rArtikel itu menyebut, pelaku dan penerbit fonogram berhak terhadap ‘equitable remuneration’ atau saraan saksama sekali bagi penggunaan secara langsung atau tidak langsung fonogram yang diterbitkan bertujuan komersil bagi penyiaran atau apa-apa komunikasi kepada umum.\rArtikel 15 (2) pula menyebut, pihak di dalam kontrak boleh menggubal undang-undang negara mereka bahawa saraan saksama sekali hendaklah dituntut daripada pengguna oleh pelaku atau penerbit fonogram atau oleh kedua-duanya sekali.\rPengurus Besar PRISM, Ong Peng Chu berkata, menyedari arus perkembangan teknologi terkini semakin drastik, semua sektor harus melalui penggubalan akta yang memberi hak dan keistimewaan kepada semua pihak. \r“Kami harap artis dan pemuzik bersatu memastikan kerajaan membuat pindaan akta hak pelaku dapat diselaraskan mengikut piawaian antarabangsa. Sekiranya usaha ini tidak berlaku, maka masalah yang dihadapi oleh artis dan pemuzik tidak dapat diselesaikan,” katanya yang ditemui Hip baru-baru ini.\rAkta Hak Cipta 1987 bakal mengalami pindaan di dalam beberapa artikel selepas kerajaan baru saja menyiapkan draf kedua. Draf ketiga sedang melalui proses pengisian dan kajian menyeluruh sedang berjalan sebelum akta ini diperkuatkuasa bermula pertengahan tahun depan.\rPRISM juga mengemukakan cadangan kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KDNKK) supaya Malaysia menjadi ahli kepada Konvensyen Rome (1961) dan Perjanjian Persefahaman dan Phonogram (WPPT) (1996).  \r“Kami ingin mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada kerajaan Malaysia yang berusaha untuk meminda Akta Hak Cipta terutama hak artis dan pemuzik untuk perlindungan yang lebih luas kepada mereka.\r“Sejak tahun 2004, PRISM mula mengemukakan cadangan supaya Malaysia menjadi ahli kepada Konvensyen Rome atau Konvensyen WPPT dan melakukan pindaan Akta Hak Cipta 1987 untuk menuruti piawaian WPPT yang diperuntukkan,” katanya. \rKonvensyen Rome adalah perjanjian antarabangsa yang khas untuk perlindungan hak pelaku, manakala WPPT menawarkan hak lanjutan perlindungan eksklusif untuk pelaku termasuk konteks teknologi digital seperti internet dan telekomunikasi dan yang paling penting, hak pelaku akan terpelihara ketika rakaman mereka disebarkan melalui teknologi baru.\rMalaysia menyertai Konvensyen Berne pada 1 Oktober 1990 yang memberi perlindungan penuh kepada karya seni dan sastera saja.\rWPPT pula memberi hak ekonomi baru bagi pelaku dalam rakaman suara seperti hak yang diberi kepada penerbit rakaman suara dan pencipta muzik. Begitupun WPPT juga memperkenalkan hak moral pelaku berkaitan dengan persembahan langsung dan rakaman penampilan mereka. \rPRISM luaskan jaringan\rSEMENTARA itu, dalam memperluaskan pengaruh dan meningkatkan kecekapan di dalam sistem kutipan royalti, PRISM mengukuhkan lagi kedudukannya ke peringkat antarabangsa dengan menjalinkan kerjasama bersama beberapa negara luar.\rPerkembangan hak artis dan pemuzik rakaman kini semakin mendapat perhatian negara Asia, terbaru Performers Rights Society Of Indonesia (PRISINDO) badan yang bertanggungjawab menjaga hak artis dan pemuzik Indonesia di tubuhkan pada Mac 2010 dengan bantuan badan antarabangsa seperti PRISM, SCAPR dan International Federation Of Musicans (FIM).\r“Pada 30 Julai lalu PRISM menandatangani perjanjian dua hala dengan PRISINDO, manakala pada 23 Jun 2011 perjanjian yang sama dengan CACE (Copyright Association of Chinese Entertainers) di meterai oleh PRISM .\rSebelum ini, PRISM mendapat mandat dan perjanjian dengan badan kutipan royalti dari negara seperti Sweden, Denmark, Poland, Crotia, Greek, Lithonia, Russia, Ukraine, Estonia, Switzerland, Romania, Austria, Czech Republic, Slovakia, Latvia, China dan Hong Kong.\rPRISM juga akan berusaha membuat perjanjian dengan United Kingdom, Amerika Syarikat, Jepun, Korea, Francis, Sepanyol dan Slovenia.\rPada awal Jun lalu, PRISM menggunakan sistem vericast; di mana sistem ini boleh mengenalpasti dengan tepat penggunaan lagu yang di siarkan di stesen radio. Dengan ini membolehkan pengagihan royalti dilakukan secara telus dan berkesan mengikut kadar penyiaran lagu.\rPRISM adalah negara pertama di Asia menggunakan sistem vericast. Ini adalah kejayaan besar dalam usaha untuk memantapkan lagi pengurusan pengagihan royalti.

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 07:38 AM GMT+8 , Processed in 0.275230 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list