CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Alste

Kawanku Seorang Penanggal

    [Copy link]
Post time 18-5-2016 03:32 AM From the mobile phone | Show all posts
Aku tgh baca baca thread ni bayi akak aku usia 3bulan tetiba melalak. Mati nati aku ingat penanggal taduli
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-5-2016 06:37 AM From the mobile phone | Show all posts
Usa.Gi replied at 12-4-2016 09:27 AM
Penanggal memang terbang berapi ke? Sebab ada yg cakap hatinya bercahaya? Confius..

Yeap. Klu ko nampak bola api terbang memalam heshe la tu.
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2016 07:04 AM | Show all posts
Penanggal ni kiranya orang yg belajar ilmu hitam la ya?
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2016 08:58 AM From the mobile phone | Show all posts
chazey replied at 18-5-2016 06:37 AM
Yeap. Klu ko nampak bola api terbang memalam heshe la tu.

Api tu sebenarnya cahaya dari hati dia lah ya? So kalau yang orang kata nampak bebola api dan tegur nanti dia akan jatuh gunapkai untuk penanggal atau tuju-tuju? Awak tau x?
Reply

Use magic Report

Post time 8-6-2016 11:33 AM | Show all posts
bola bola api...
Reply

Use magic Report

Post time 8-6-2016 02:12 PM | Show all posts
tt sampai sekarang x muncul2 ke..?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 8-6-2016 03:32 PM | Show all posts
nenek aku citer dulu dulu kalau org beranak dalam rumah diorg gantung daun mengkuang kt tingkap. daun mengkuang kan berduri jd kalau penanggal nk masuk usus2nye tersangkut kt duri2 tu
Reply

Use magic Report

Post time 9-6-2016 09:29 AM | Show all posts
pm kt sy contact number dia

insyaAllah ada ikhtiar
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-6-2016 11:57 AM | Show all posts
eeeeeeeeeeeeeee ngeri
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2017 01:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by AnggunSophea at 21-5-2017 04:41 PM

Pada yang acah acah urban dok provoke orang tu, sila lah terima hakikat benda benda macam ni sangat lazim berlaku di kampung.
Nama pun KAMPUNG. Kat bandar ramai yg jadi hantu, mana nak ada hantu lagi.
Kelakar baca forumer yg dok provoke TT tak sudah. Cuba bersikap neutral jika tak percaya sekalipun atau lebih mudah doa kan si pelaku tu bertaubat ke apa. Selagi tak kena memang tak percaya.


Orang kampung nak cantik menuntut ilmu salah, orang bandar nak cantik pergi bedah muka terus


Aku pun ada story pasal penanggal ni setelah aku baca segala ciri ciri yg ada dlm thread ni. Kisah ni jadi sebelum aku baligh dulu. Lepas baligh alhamdulillah takda dah.


Masa aku kecik, dalam awal2 sekolah rendah tu, aku ingat lagi ada satu minggu tu family aku ramai2 kecoh. Arwah nenek, mak dan maklong aku kecoh waktu siang nak cari pokok yg berduri. Rumah aku, arwah nenek dan maklong tu terletak sederet dan berdekatan. Sepupu aku pun majoriti bujang lagi masa tu.


Setelah kata putus dibuat, maka diorang memilih dahan pokok salak untuk dijadikan alat. If korang tahu pokok salak tu berduri2 lebih banyak dan amat tajam berbanding pokok limau. Pokok salak ni menyerupai pokok sawit, tapi dahan dia lebih kecik dan penuh dengan duri tajam. Masa tu aku kecik lagi, takda lah sibuk2. Cuma aku diberitahu oleh diorg yg tua2 ni, dahan salak tu nak elak babi datang rumah.


Tapi yg hairan nya diorang letak betul2 tepi dinding luar yg ada tingkap. Sepatutnya letak kat jalan arah hutan lah kan? Baru babi tu dari kejauhan dan terpijak lalu tak jadi datang. Itu dah satu kemusykilan dan aku baru terfikir harini. Tanya mak aku, memang tak lah dia nak jawab benda yg dah lepas.


Beberapa tahun kemudian di bulan Ramadhan. Masa umur aku 11tahun, lepas tarawih tu aku lepak dengan sepupu kat luar rumah sambil berbual bual. Penat main bunga api dan mercun segala. Masa tu aku pandang ke langit. Kampung kan, zaman dulu best, sejuk je. Baring baring atas buaian DIY bawah pokok sambil dongak bintang.


Tiba tiba ada cahaya melintas tak berapa tinggi dari bumbung rumah arwah nenek aku. Jelas sangat. Dia hilang pada masa aku masih memandang. Kira macam tak tau dari mana datang, tiba tiba ada je melintas then terus ghaib begitu je. Aku berpandangan dengan sepupu aku umur 10tahun, tak semena dia bukak langkah lari laju laju rempuh masuk pintu rumah arwah nenek. Siot je tak tunggu aku, memang aku pun kelam kabut follow la.


(Aku dibela oleh arwah nenek dari tadika sampai sekolah menengah. So sebab tu aku lari masuk rumah nenek, bukan rumah aku. Mak pak aku sibuk kerja)


Masuk je rumah, semua sepupu yakni sibling sepupu aku yg berlari tadi tu kerumun tanya kenapa. Kitorang cerita kitorang nampak lampu melintas atas bumbung tetiba hilang. Then kena gelak dan dibodoh bodohkan je dgn diorang. konon entah kitorang nampak lampu apa ke yg kitorang beria sangat nak takut. Aku nafikan lah lampu biasa. Dia menyerupai sejalur cahaya. Macam terbang laju, cahaya follow belakang. Takkan lampu boleh terbang. Bukan aku bodoh sangat even baru 11tahun masa tu. Nenek aku tak kata apa. Cuma menyedapkan hati je.


3tahun kemudian. Aku dah sekolah menengah. Dah besar sikit dari cerita cerita sebelum ni. Dah pandai berhusnudzon dan susah nak percaya hantu hantu ni. Masih lagi suka duduk luar rumah malam malam. Sebab anak kampung kan, mesti acah acah berani. Hahaha


Satu malam aku bergayut handphone dengan member aku kat luar rumah. Zaman tu line susah dapat. 3G pun tak wujud lagi. Aku berdiri dalam gelap je masa tu. Hutan pun keliling lagi masa ni. Malam tu bulan mengambang penuh, berdiri dalam gelap pun takda hal, still nampak suasana keliling.


Tengah aku bercakap cakap tu aku nampak bulan kat area pokok pokok besar dari kejauhan. Lebih kurang 500m macam tu. Tempat aku lepak tu agak tinggi dari kawasan lain so boleh nampak jelas lah dari kejauhan. Bulan tu mengambang penuh. Kalau dari rumah aku, nampak macam bulan tu arah kubur lah. Dari rumah aku ke kubur 500m pun tak sampai. Dekat sangat.


Apa yg peliknya dengan bulan kan. Memang bulan mengambang pun masa tu. Sebab tu aku duduk luar tak pasang lampu. Tapi yg hairan bulan tu bergerak. Dari jauh nampak dia macam bergerak perlahan seolah terawang awang. Eh, biar betul bulan bergerak?


Aku perhati je bulan tu lama lama. Dari celah pucuk hutan sawit depan jalan rumah aku masa tu, nampak lah memang betul bulan tu bergerak. Pokok sawit tu pun muda lagi. Bukan yg tinggi tinggi mcm kita selalu tengok area Hilir Perak tu. Masa tu aku berdiri kejung je, tapi bulan tu bergerak dari kanan membawa ke hujung kiri.


Melalui celah celah pokok depan aku tu, anak mata aku ikut je bulan tu dan makin lama makin terang pulak warna dia. Dah bukan bulan lagi dah, tapi bentuk dan warna dia menyerupai bebola api. Aku follow je dengan anak mata, benda tu bergerak sampai dah tak boleh tengok dari tempat aku berdiri tu. Ini sumpah ye pengalaman sebenar aku, even masa kecik aku tak percaya hantu.


Aku dongak atas kepala, elok je bulan dok setentang atas kepala. Means yang terawang awang tu sah lah bukan bulan. Nak kata obor orang gali kubur lagi lah tak logik. Tinggi benar pun. Benda tu terapung. Lagi pulak kubur pun dah ada pondok dan elektrik, bukan zaman belum merdeka.


Lepas nampak tu aku terus masuk rumah, tapi tak cerita kat siapa2 sebab aku tak nak orang kata aku menipu n berfantasi. Bila baca thread ni, mungkin juga lah dulu memang ada penanggal jugak kat kampung aku. Tapi aku kecik lagi, haram orang tua nak bagitahu. Now takda dah kot. Orang tua pun dah kurang sangat dah. Ada pun umur 70lebih gitu je. Yg betul2 tua semua dah takda. Dah meninggal.


Sekian pengalaman seorang budak kampung di Utara.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2017 12:03 AM From the mobile phone | Show all posts
AnggunSophea replied at 21-5-2017 01:46 PM
Pada orang bandar yang acah acah urban dok provoke orang tu, sila lah terima hakikat benda benda m ...

wah pernah nampak bola2 api.. tapii itu dulu la kan.. skrg sukar na jumpa..
dan kebanyakkan xpercaya wujudnya hantu ni. zaman da moden katanya
Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2017 12:14 AM From the mobile phone | Show all posts
ShrekFiona20 replied at 21-5-2017 04:03 PM
wah pernah nampak bola2 api.. tapii itu dulu la kan.. skrg sukar na jumpa..
dan kebanyakkan xper ...

Ye betul. Lama sangat dah story tu. Saya belum baligh lagi. Kawan yg saya on the phone malam tu pun dah beranak pinak dah.

Sekarang sangat jarang dah dengar pasal benda ni sebab zaman dan manusia dah moden seiringan. Kalau nak muka cantik repair je lah kat klinik.

Dah memang nafsu tu nak dituruti. Repair muka berdosa, menuntut ilmu salah jadi syirik pun berdosa juga. Sendiri nak berdosa n korbankan akhirat sangat..   
Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2017 12:35 AM From the mobile phone | Show all posts
AnggunSophea replied at 22-5-2017 12:14 AM
Ye betul. Lama sangat dah story tu. Saya belum baligh lagi. Kawan yg saya on the phone malam tu pu ...

oleh yg demikian, mensyukuri laa dengan nikmat dan rupa paras yg diberi kan.. citer u ni leh masok fiksyen shasha..
Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2017 12:51 AM From the mobile phone | Show all posts
ShrekFiona20 replied at 21-5-2017 04:35 PM
oleh yg demikian, mensyukuri laa dengan nikmat dan rupa paras yg diberi kan.. citer u ni leh masok ...

Betul tu. Saya kalau tak ingat dosa, dah buat juga muka kot. Tapi saya pilih p.surgery lah, bukan ilmu salah   Mujur lah ingat lagi.

Perempuan memang banyak nafsu dan keinginan. Cuma yg membezakannya mampu kawal atau tak je.

Aik, jangan lah masuk sana. Cukup utk geng forum saje  
Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2017 07:06 PM From the mobile phone | Show all posts
baru khatam baca. fuhh tak sangka ada lagi org amalkan ilmu ni ya,

tt mana ya? harap tt baik2 aja & kawan tt dapat berubat.

*masa tt bagi pantun tu, terdetik dihati adakah tt sebenarnya 'P' itu? huhu sorry tt
Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2017 12:41 PM | Show all posts
scarrynyer cete nie...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-5-2017 01:14 PM | Show all posts
i nak tanya..

kalau kita ada nampak something yang mcm ni, muka orang tapi badan seolah-olah macam ada tangan-tangan sotong  tu..penanggal jugak ke.. keadaaan waktu nampak tu dikatakan antara sedar or tak sedar/mamai tp waras.. huhuhuhu
Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2017 03:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by AnggunSophea at 23-5-2017 07:27 AM
maz1613 replied at 17-10-2011 02:24 AM
Huh...Dari page 1 aku baca sampai berpinar2 mata aku. Sangat ngeri...Penangal ngan tengelong ni bend ...


Teringat ayah aku pernah cerita kat mak aku masa dulu. Ayah aku ni dulu kerja ulang alik KLIA - Ipoh hari hari. Tapi jarang balik rumah, selalu tidur office je. 3-4hari sekali baru ada balik.


One fine night, ayah aku dah berhari tak balik rumah, so nak balik jumpa anak bini. Masa tu ayah bawak kereta office, parking kat tepi jalan je. So lepas dah kunci, dia nak berjalan ke rumah tetiba nampak kawasan dia berjalan tu terang.


Ayah pun dongak lah kepala ke atas nak tengok apa benda yg punca jadi terang tu. Rupanya bebola api terapung separas pokok kat situ. Tak lama kemudian dia menjunam masuk semak. Ayah terus jalan cepat cepat masuk rumah. Lokasi ni pun area rumah aku jugak.


Ish, makin kuat andaian yg kampung aku dulu pun ada menatang ni. Benda ni berlaku lama dah. Mungkin penghujung 90an atau awal 2000.
Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2017 04:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Shahreen74 replied at 10-7-2013 01:40 AM
nape la kawan tu x buat plastic surgery ke klu nak cantik betul2.. bukan hanya pandangan jer..Klu il ...

Saya pun ada terfikir dulu tau pasal plastik surgery ni. Sebab kakak kerja bahagian tu. Selalu orang dok hina hidung saya tak mancung. Batang hidung pendek dan hidung kecik. Bila tak senyum elok je kecik, bila senyum pipi tarik hidung nahh kembang setaman  


Tapi fikir2 balik. Berdosa tu dah tentu. Mati pulak kena bawak benda yg bukan original badan. Nanti ada anak, anak rupa tak sama. Mak pak hidung mancung, anak tetiba kemek.


Beratur org mengutuk. Jadi fitnah n buah mulut org pulak. Dosa ubah kejadian asal, dosa jadi punca org mengutuk, dosa jadi punca org buat fitnah kata bukan anak sendiri ke apa pulak. Banyaknya dosa, dari niat asal nak bagi lawa taknak org kutuk je  
Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2017 09:50 AM | Show all posts
pengalaman sy pulak..mlm krismas 1986,,,msa tu mmg glp kt sebuah kg di J... tetiba npk bola2 api melintas kt dpn umah arwah atuk...
esoknya arwah atuk meninggal kul 3.00pg disebabkan serangan jantung...kebetulan kot..

Al fatihah  utk kedua2 arwah atuk,semoga roh mereka ditmpatkan dikalangan mereka yg beriman..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-5-2024 07:17 AM GMT+8 , Processed in 0.067829 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list