CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: cik_es

Panggilan Telefon Misteri (Part 2)

     Close [Copy link]
 Author| Post time 22-12-2011 05:12 PM | Show all posts
cik es anak sulung perempuan ke? rasanya kalo x silap mcm penah baca cik es mention psl kakak....dlm ...
tucenmeow Post at 22-12-2011 15:43


sy anak tunggal perempuan, kakak yang sy pernah mention dalam part 1 itu bukan kakak kandung tp sebaliknya kakak angkat yang dijaga oleh ayah sy sejak die tingkatan 1. Tapi dah mcm kakak kandung sebab agak lama dah stay bersama walaupun on dan off sebab adakalanya dia balik ke rumah keluarga kandung. Al-Fatihah untuk die sebab kakak yang sy maksudkan sudah tiada, dia sudah meninggal dunia awal tahun 2011 kerana kemalangan jalan raya tak jauh dari kawasan feri Igan, Sarawak.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-12-2011 05:19 PM | Show all posts
sy anak tunggal perempuan, kakak yang sy pernah mention dalam part 1 itu bukan kakak kandung tp  ...
cik_es Post at 22-12-2011 17:12


Dia dah kahwin ke Cik Es?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-12-2011 05:23 PM | Show all posts
Reply 943# want2bhappy

ya,pernah berkahwin tapi jodoh tak panjang, bercerai, tiada anak.
kakak angkat sy tu ada iras muka pelakon Nur Khairiah atau Khiriah ape ntah nama pelakon tu lupa pulak. Kenapa,kenal ek?
Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2011 05:27 PM | Show all posts
Reply  want2bhappy

ya,pernah berkahwin tapi jodoh tak panjang, bercerai, tiada anak.
kakak angk ...
cik_es Post at 22-12-2011 17:23



masakan saya kenal.. jejak kaki kat miri pun tak pernah lorr...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-12-2011 05:29 PM | Show all posts
masakan saya kenal.. jejak kaki kat miri pun tak pernah lorr...
want2bhappy Post at 22-12-2011 17:27


oh hihihi... bukan apa, cara bertanya tu mcm awk kenal dia,hihi.

Ok lah, malam ni bakal ada sambungan InsYa Allah. Jaga diri ye sayang2 semua
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-12-2011 11:34 PM | Show all posts
Post Last Edit by cik_es at 22-12-2011 23:35

16 ..

Siang malam kamu asyik dengan walkie-talkie dan selalu berpura-pura menelefon orang dan mengarahkan sesuatu. Sehingga ayah mula mengesan sesuatu yang pelik bila kamu,yang baru berusia 7 tahun tapi mula bercakap benda pelik-pelik. Kamu kata, ada orang suruh kamu pulang ke rumah. Rumah mana lagi, kita kan memang sudah di rumah? "Ala,rumah la..yang kat kubur sana tu" kata kamu. Ayah mula bimbang, dan peristiwa ayah menanam uri kamu di kubur itu, terimbas kembali dalam ingatan.

Rumah yang itu kah..?

Ayah abaikan sahaja kata-kata kamu waktu itu, kerana ayah anggap itu hanya kebetulan,walaupun sebenarnya ayah tak sedap hati,tapi sebolehnya ayah tidak mahu terlalu memikirkan. Hari demi hari berlalu, kamu makin leka dengan walkie-talkie tu hingga mengabaikan kerja sekolah yang selalunya kamu siapkan selepas Isyak. Satu hari, mak kamu marah, dan kamu pun berkecil hati kerana dimarahi. Keesokan harinya kamu menghilangkan diri hingga tidak pulang ke rumah selepas waktu sekolah walaupun hari sudah lewat petang. Ayah bimbang dan mula mencari kamu di merata tempat, termasuk di sekolah, di kedai tempat kamu selalu singgah waktu pulang sekolah, di rumah kawan-kawan kamu, di rumah tempat kamu selalu hadir kelas mengaji pada waktu petang, tapi kamu tiada. Mak kamu sudah mula menangis dan menyalahkan dirinya sendiri kerana memarahi kamu.

Kami mencari kamu hingga ke malam, tapi malangnya tak berjumpa. Akhirnya pada hari yang sama juga, iaitu lebih kurang pukul 10 malam, abang kamu yang sulung terjumpa kamu di belakang rumah, dengan keadaan tidak sedarkan diri. Ayah terasa pelik, sedangkan ayah sudah beberapa kali keluar masuk dan melalui kawasan itu tapi kelibat kamu pun ayah tak nampak. Kami jumpa kamu dalam keadaan kamu yang lembik, tangan,kaki dan bibir kamu lebam kebiruan. Ayah bimbang kerana kamu penghidap asma yang agak teruk,ayah bergegas membawa kamu ke hospital. Waktu itu, ayah menjadi tak tentu arah,mungkin kerana ayah panik melihat kamu dengan keadaan sebegitu. Tambahan pula mak kamu sudah pengsan bila melihat keadaan kamu,sangka nya kamu sudah tiada. Atas bantuan jiran-jiran, mereka turut sama membantu apa yang perlu. Ayah tidak mahu menelefon ambulans kerana ayah sudah tidak sanggup menunggu,oleh kerana hari sudah malam,pastinya jalan tidak lagi sesak. Ayah memandu kereta dengan laju,nasib baiklah malam tu jalan dah betul-betul lengang.

Waktu itu kamu duduk di kerusi belakang bersama sepupu ayah. Tiba-tiba ayah terdengar seperti kamu mengerang sakit. Ayah cepat-cepat menoleh ke belakang untuk seketika, sekadar untuk melihat kamu. Kurang dari beberapa saat,ayah menoleh ke hadapan semula kerana sedar diri tengah memandu, tapi ayah terkejut besar bila melihat kelibat seorang gadis berbaju kurung dan berselendang putih melintas jalan, ayah brek mengejut dan kereta yang kita naiki terbabas ke tepi jalan. Walaupun tiada kecederaan teruk dan hanya bahagian depan kereta yang kemek kerana terlanggar pembahagi jalan, tapi ayah rasa betul-betul ketakutan. Sepupu ayah sedikit marah dan mengarahkan ayah duduk di belakang bersama kamu dan dia akan gantikan ayah memandu ke hospital, jiran lain yang sedang mengekori dari belakang dengan menggunakan kereta lain turut tersentak dengan kemalangan yang berlaku secara tiba-tiba itu, syukurlah kemalangan kecil dan semua penumpang tidak ada kecederaan serius. Pepatah sudah jatuh ditimpa tangga memang dah mengena sangat lah dengan ayah waktu itu. Hendak mengeluh pun sudah terasa letih.

Tanpa menunggu dengan lebih lama, kami meneruskan perjalanan ke hospital walaupun dengan keadaan bahagian depan kereta yang sudah pun kemek. Lantak lah, asal masih boleh dipandu, redah sahaja, kata sepupu ayah yang kamu panggil dengan panggilan Ngah. Ayah terpaksa mendengar sahaja bebelan Ngah kamu, ayah bukan sengaja, ayah cuma menoleh ke belakang kerana terdengar suara kamu mengerang sakit, itu sahaja. Tapi, Ngah kamu menafikan dakwaan ayah, kamu berada dalam pangkuan dia, dan memang kamu belum sedarkan diri, apatah lagi mengerang sakit, memang tiada. Ayah sudah rasa berderau, mainan apa lagi semua ini? Perempuan berbaju kurung putih itu,ingin menduga ayah kah? Orang yang sama kah waktu ayah menanam uri kamu? Peristiwa itu kembali berputar dalam ingatan.

Ayah cepat-cepat lupakan dan tidak mahu fikir lagi. Sebaik sahaja tiba di hospital, kamu di bawa ke wad kecemasan dan doktor berikan rawatan. Selama beberapa hari kamu di hospital kerana sakit asma kamu yang agak teruk. Dari segi perubatan,memang kamu begitu kerana asma. Tapi, apa yang menyebabkan kamu begitu, apa puncanya ayah tidak tahu. Kenapa kamu hilang hingga lewat malam dan dijumpai dengan keadaan begitu, ayah juga tidak tahu. Ngah kamu mencadangkan ayah perlu bawa kamu pergi berubat, berjumpa dengan mana-mana pengamal perubatan tradisional kerana ada kemungkinan makhluk lain suka pada kamu dan menyorokkan kamu dari pandangan mata kami. Itu pun bernasib baik kerana mahkluk itu 'memulangkan' kamu pada kami,kalau tidak? Ok,ayah tidak mahu membayangkan itu.
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 22-12-2011 11:34 PM | Show all posts
Minggu berikutnya, kamu sudah kembali sihat walaupun masih lagi batuk-batuk. Ayah selalu memerhatikan kamu jika hari sudah menghampiri petang,ayah takut kejadian itu berulang. Ayah juga sudah tidak membenarkan lagi kamu pulang berjalan kaki dari sekolah,walaupun jarak antara rumah dan sekolah memang sangat dekat, tapi ayah akan menjemput kamu pulang, tidak seperti kebiasaannya kamu pulang berjalan kaki bersama kawan-kawan yang tinggal di kawasan berhampiran juga.

Pada satu malam, waktu tu kita semua tidur lewat sebab ada majlis harijadi abang kamu yang sulung. Bukan main gembira lagi kamu, macam kamu yang sambut harijadi. Waktu tu, mak kamu masak istemewa dari malam-malam biasa, kita tak jemput orang luar pun, hanya kita anak-beranak sahaja. Ayah dah siap-siap sediakan hadiah dan kamu macam biasa, merajuk sebab tak dapat hadiah,alah bukannya harijadi kamu hehehe. Kalau kamu merajuk, kamu suka mengasingkan diri dalam bilik. Tapi, ayah pujuk-pujuk sikit,selalunya kamu dah okay je,sengih lebar lagi. Ayah biarkan sahaja dulu kamu merajuk, ayah malas nak layan sangat.
Nanti-nanti okay la tu. Tiba-tiba tanpa disangka-sangka, kamu berlari dari dalam bilik ke ruang tamu dan tertawa riang. Eh, dah tak merajuk ke? Ayah pun pelik, sekejap je kamu merajuk kali ni, tak seperti selalu yang perlu dipujuk dulu baru nak keluar bilik. Ayah memerhati dari jauh dan kelihatan seperti kamu sedang menunjukkan sesuatu pada abang kamu, iaitu sekuntum bunga raya merah.

Menurut kamu, ada kakak yang beri bunga tu pada kamu sebagai hadiah walaupun bukan hari jadi kamu.

"Kakak mana yang bagi ni?Siapa nama dia? Tinggal mana?" tanya ayah.
"Kakak tu lah, yang selalu tu. Alaa..." kamu mula mencebik bibir kerana ayah banyak tanya.
"Oh.. kakak yang pakai baju kurung putih tu?" ayah serkap jarang.
"Uih, ayah kenal dia? Tapi dia cakap dia tak kenal ayah,dia cakap jangan bitau ayah" kata kamu. Ayah tersentak, ayah tahu kanak-kanak seperti kamu selalu jujur dalam berkata-kata, kanak-kanak tidak pandai menipu.

Sejak dari hari itu, ayah mula mencari bomoh. Kerana ayah sudah dapat merasakan ada sesuatu yang tidak kena pada kamu. Pada satu malam, mak kamu sedang menjahit dan dia duduk membelakangkan ayah. Dia kelihatan tenang dan memandangkan itu sahaja masa yang ada kerana ayah sibuk pada waktu pagi dan petang dan adakalanya balik rumah pun tidak bercakap sangat dengan mak kamu, jadi eloklah malam ni saja ayah bincangkan. Ayah mula teragak-agak untuk memulakan cerita. Waktu itu ayah sudah mula merapati mak kamu, tapi ayah belum cakap apa-apa. Akhirnya, kerana tak tahu macamana nak mula, ayah batalkan niat itu. Mak kamu tidak menyedari ayah sudah di belakang kerana dia leka dengan mesin jahitnya. Ayah baru sahaja hendak melangkah pergi, hendak ke dapur membuat kopi. Tiba-tiba emak kamu ..

"Kalau abang nak, si Zizan tu kan pernah bawa anak dia berubat, kot boleh tolong ke,tanya lah mana dia pegi berubat dulu?" kata-kata itu buat ayah terpinga-pinga. Ayah menoleh ke arah mak kamu, tapi dia tidak langsung menoleh ke arah ayah dan masih leka dengan mesin jahitnya tu. Ayah tak cakap pun apa-apa lagi, tapi mak kamu seolah mendengar apa yang ayah fikirkan. Tapi ayah cuma mengangguk sahaja, ayah tidak beri respon. Waktu tu, ayah sudah mula merasakan mak kamu ada kebolehan membaca fikiran orang lain atau mendengar apa sahaja yang terlintas dalam hati. Ayah seram sejuk.

Esok harinya, ayah nekad untuk membuat 'ujikaji' sendiri. Ayah kena pastikan ini semua bukan kebetulan. Petang tu, sewaktu mak kamu leka menukar pasu bunga orkid yang banyak tergantung di tepi rumah, dia membelakangkan ayah. Ayah seru memanggil mak kamu,tapi di dalam hati sahaja. Ternyata mak kamu menoleh seolah-olah dia mendengar. Ayah terperanjat, ayah merenung tepat pada mata mak kamu. Ayah cakap dalam hati lagi, kalau betul mak kamu dengar apa ayah fikir, tolong masuk ke rumah dan kita bincang sekarang. Mak kamu sudah pucat, dan dia menundukkan kepala. Perlahan-lahan mak kamu melangkah naik ke rumah dan berhenti betul-betul di depan ayah. "Ok, kita bincang" kata mak kamu. Sah, ayah tidak tersalah fikir, ternyata benar mak kamu mampu membaca fikiran orang lain. Ayah sudah berdebar-debar, sudah berapa belas tahun kami hidup sebagai suami isteri, tapi baru kali itu lah ayah sudah tahu rahsia mak kamu yang sebenarnya. Sepatutnya ayah sudah tahu lama, tapi ayah anggap semuanya kebetulan belaka. Tapi, ternyata tidak.

Petang itu, ayah berbincang dengan mak kamu. Mak kamu mengaku, dia punya kebolehan itu tapi bukan setiap masa. Hanya pada waktu-waktu tertentu sahaja dan dia tidak tahu bagaimana dia boleh jadi macam tu, nak kata mewarisi dari keluarga yang lain, tak pernah pula dia dengar. Dia boleh membaca fikiran orang-orang yang rapat dengan nya, yang dia sayang. Tapi selain dari itu, dia tidak mampu. Dia cuba membaca fikiran orang yang tidak dikenali, atau tidak rapat, tetapi ternyata gagal. Semuanya berlaku tanpa dia duga kerana kerap kali dia menyangka ayah bercakap dengannya,tapi yang sebenarnya ayah cuma cakap dalam hati sahaja. Mak kamu menangis, dia bimbang ayah marah kerana tak pernah berkongsi tentang itu. Mak kamu cuma risau jika kebolehan itu akan buat ayah tak selesa.

Ayah tergamam, kerana ayah pertama kali mendengar tentang itu. Ayah tak marah, cuma ayah tak tahu apa perlu ayah lakukan. Mak kamu kata, dia dapatkan rasakan kamu mewarisi kebolehan itu tapi dari segi penglihatan dan penghubungan dengan alam lain. Iaitu mendengar dan melihat sesuatu yang orang lain tidak nampak. Pernah sekali waktu mak kamu membawa kamu bersama pada majlis pengebumian anak kepada ustazah yang mengajar kamu mengaji, kamu melihat sesuatu. Mak kamu curiga dan terus bertanya "Ada nampak sesuatu ke?" dan kamu mengangguk. Mak kamu tidak bertanya dengan lebih lanjut, kerana dia pun takut dan lebih baik jika dia tak tahu apa-apa. Anak kepada ustazah agak tu sebaya dengan kamu Sha, tak sampai setahun pun beza umur kamu dengan dia, kesian, muda-muda lagi sudah bertemu ajal.

Malam tu, kamu beritahu pada mak kamu..

"Kesian arwah tu kan mak, dia ada simpan duit dekat belakang almari tu, lama dia kumpul. Nak belikan mak dia kain baju raya" kata kamu.
"Kenapa pulak simpan belakang almari?" tanya mak kamu.
"Ala, nanti mak dia jumpa,mesti mak dia simpankan. Budak kecik mana ada bank! Dia nak buat surprise! Kan hari raya tak lama lagi kan"
"Ye ke? Cukup ke duit tu nak beli kain?"
"Entah"
"Mana Sha tahu duit tu kat belakang almari?" tanya mak kamu lagi.
"Mesti lah dia beritahu" kata kamu yakin.
"Beritahu pada Sha ke?"
"A'ah la"
"Bila dia beritahu?"
"Tadi.."
"Tadi bila tu?"
"Tadi la,masa kat rumah dia"
"Kan dia dah meninggal Sha masa kita pergi rumah dia tadi"
"Memang lah dia dah mati, tapi dia cakap kat Sha la sebelum dia kena tanam tu"

Mak kamu sudah susah hati, semakin dia yakin kamu ada sesuatu kelebihan lain yang adik-beradik kamu tidak miliki. Atas sebab rasa ingin tahu, beberapa hari kemudian, mak kamu menziarah sendiri ke rumah arwah dan bertanya pada ibu arwah, tentang duit yang disorok di belakang almari oleh arwah. Apabila diperiksa,ternyata ada tetapi ibu kamu cuma kata,dapat tahu melalui mimpi saja,mungkin kebetulan.

Bila mak kamu balik rumah, dia tak cerita pun peristiwa tu pada ayah. Ayah jadi tak tahu apa-apa dan bila ayah dah tahu, ayah susah hati. Ayah tak pasti adakah itu kelebihan dari sudut positif atau sebaliknya. Ayah terima kalau itu anugerah Allah pada kamu tapi jika diberi pilihan, ayah tak mahu kamu ada kelebihan itu. Biarlah kamu membesar seperti abang-abang kamu yang lain, seperti adanya, normal dan biasa.

Ayah melihat kamu membesar di depan mata dan seringkali itu lah kamu sering memberitahu ayah jika ada penduduk berdekatan yang meninggal dunia. Walaupun di tengah malam yang sunyi, kamu boleh bangun dan menghampiri ayah lalu berkata ..

"Ayah.. ada orang meninggal kat rumah hujung sana,kesian dia. Ayah pergi lah tengok.." kata kamu.
"Mana kamu tahu?" tanya ayah.

Kamu merenung ayah dan berkata .. "Macam biasa ayah,dia bagitahu saya..." sambil tersenyum dan kali ini,senyuman kamu tidak lagi kelihatan manja, malah ..menakutkan..

Bersambung ...
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2011 12:02 AM | Show all posts
terima kasih cik es utk sambungan mlm ni...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-12-2011 12:10 AM | Show all posts
Cik Es, saya dapat bayangkan macamana seramnya ayah Cik Es masa CIk Es senyum tu...huhuhu.

Masa ayah CIk Es citer tu, Cik Es ingat tak pengalaman2 yang pernah brlaku tu?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-12-2011 12:23 AM | Show all posts
Cik Es, saya dapat bayangkan macamana seramnya ayah Cik Es masa CIk Es senyum tu...huhuhu.

Masa  ...
nizar2604 Post at 23-12-2011 00:10


tak..sy sudah x ingat banyak,cuma ingat sikit2 atau secara samar-samar sahaja. semua kisah di atas adalah melalui apa yang ayah cerita balik pd sy.
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2011 12:27 AM | Show all posts
terbaikkk
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2011 12:38 AM | Show all posts
seram pulak rasanya kaka twins baca tengah2 malam nih.....
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2011 04:24 AM | Show all posts
Reply 139# jerangkoong


   terima kasih daun keladinanti buat lagi !
saya sayang usaha awak hargai sangat2!!!
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2011 08:22 AM | Show all posts
terbaekkkkkk.. cik es.. sy nak tanya.. time mak cik es dan cik es boleh dgr bisikan hati org lain tu.... dia mcm kita dgr seolah2 org bercakap kat kita la ye.. padahal org tu cuma ckp dlm hati.. .. begitu.. sy igtkan kut la cam dlm drama sallu tu kan.. kata2 tu cam ada echo... bergaung gitu..
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2011 08:25 AM | Show all posts
takotnyaaa
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2011 09:29 AM | Show all posts
Kamu merenung ayah dan berkata .. "Macam biasa ayah,dia bagitahu saya..." sambil tersenyum dan kali ini,senyuman kamu tidak lagi kelihatan manja, malah ..menakutkan..


ok....i can imagine it....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-12-2011 09:56 AM | Show all posts
eh. sebelum ni ada member cerita, ada dalam radio ape tah, orang ni call ckp dia ada kelebihan yg sama. bleh dengar apa yg orang yg dia syg atau rapat, fikirkan. tak sangka ada gak orang yg ada kelebihan ni ye.
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2011 09:59 AM | Show all posts
Reply  berusjamban

    dan ada jugak mcm citer TV3 dulu yg Eliza Dushku yg berlakon..tak ingat ...
amoilawa Post at 22-12-2011 10:26



   rasanya citer tu tajuk Tru Calling... bila dia bangun pagi apa yg dia mimpikan akan jadi kenyataan...
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2011 10:52 AM | Show all posts
Sha, citer ayah awk pasal kwn yg meniggal dan bagitau duit dia sorok blakang almari... awak masih ingat lagi tak? masa tu umur sha berapa...?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-12-2011 11:18 AM | Show all posts
terbaekkkkkk.. cik es.. sy nak tanya.. time mak cik es dan cik es boleh dgr bisikan hati org lain tu ...
want2bhappy Post at 23-12-2011 08:22


Jangan salah faham ye, yang boleh mendengar bisikan hati org lain itu cuma arwah mak. Sy tiada kebolehan itu. Arwah mak mmg prefer orang tak tahu, tp seringkali kantoi bila dia ingat orang ckp dengan dia, tp sebenarnya org tu cakap dalam hati saja. Tp kebolehan itu tak dapat dia praktikkan dengan sebarangan orang, cuma orang yg dia betul2 sayang dan rapat sahaja.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

9-5-2024 08:12 AM GMT+8 , Processed in 0.067127 second(s), 39 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list